06 December, 2010

Tiga Kasih Diraikan: Kisah Kedua


Salam dan hai

Selepas selesai menghadiri majlis Hanisah, malamnya tu pula, meraikan majlis blogger Yanie dan suaminya. Seperti biasa, kami datang lewat pasal hujan renyai-renyai dan Yayang pakai sampin lama (haha. ampun yayang. selamba fitnah D. tak, saya yang mekap lama) Saya minta D pakai baju melayu pasal saya memang suka tengok orang lelaki melayu berbaju melayu dan saya rasa majlis malam, memang sesuai kalau nak pakai baju melayu. Memandangkan kami memang tak pernah merancang nak pakai sedondon, jadi susah juga nak cari warna yang kami berdua ada. Akhirnya, warna ungu kami pilih pasal D dah ada baju melayu warna ungu. Samping pulak, molek-molek sahaja sampin nikah tu dengan baju ungu.

Ok, tak tahu kenapa perenggan pertama bercerita tentang tatarias?

Ke majlis Yanie!

Kami tiba lewat 15 minit daripada waktu ketibaan pengantin. Parking tak susah pasal kami pilih parking di luar dewan, senang nak balik. 5 minit awal sedikit keliru nak masuk pintu mana. Kemudian nampak orang ramai-ramai, ikut sahaja. Masa naik tangga tu, dah nampak ada tetamu beratur. Saya rasa macam ada bbq kot (kambing ke yang dipanggang? tak perasan) kat luar dewan. Bila kami naik sahaja, elok tengok perarakan pengantin belum bermula.



5 minit keliru lagi sekali pasal saya tak tahu nak letak hadiah di mana. Nak tanya orang, semua orang macam sibuk nak uruskan pengantin. Jadi terkedek-kedek la saya angkut hadiah tu ke hulu hilir. D pun pakat cari sama-sama meja letak hadiah, sambil dia ambil gambar pengantin.



Kemudian ada suara memanggil "Xora xora"

Saya "mana ni meja letak hadiah"

Dengar lagi "Xora!"

Saya pandang kosong pada dayang anggun berbaju ungu tu. Dia senyum. Saya toleh belakang, kalau-kalau dia senyum kat orang belakang saya. Kemudian dia kata lagi "Xora kan?"

Imbas kembali muka-muka blogger yang pernah saya jumpa ---TING!
Hana!

.. dan perkara pertama saya cakap "Eh, blogger kan? macam mana jadi bridemaid pula?"

Ok. anti klimak. Patut cakap la hai ke, apa khabar ke..

Ok, saya memang tak pandai bersosial.

Mata Hana sangat galak, buat smookey eyes mesti menjadi (anti klimaks lagi, sempat nak perhatikan mata orang macam mana) Haha. Sempat berborak pendek sahaja dengan Hana pasal dia memegang tugas penting untuk perarakan pengantin!

Jadi, setelah kegagalan mencari meja letak hadiah, kami pun angkut hadiah ke dalam dewan dan akhirnya, D jumpa meja letak hadiah kat mana, dalam dewan rupanya.

Ok. Selesai. pandai-pandai ketepikan diri ke satu meja yang tak ramai orang.

Kita kongsi dekorasi majlis

Arch begini



Centerpiece.. tetiba terimbau majlis kami dulu.


Buah tangan-- yang diberi masih menggunakan cara si anak dara datang ke meja tetamu dah letak buah tangan dimeja. Comel! Pasal budak yang beri ni muda tapi nampak sangat mesra. Rasa cam tak janggal lagi, walaupun meja tu kami sorang duduk hahah.



Meja buku tetamu/ guestbook. Bunga tangan digunakan untuk deko meja tetamu --idea yang perlu dipraktikkan. Jimat kos dan cantik!


Pelamin.


Bila pengantin tiba di atas pentas, bacaan doa dibaca sebelum mereka duduk dipelamin.


Ada perkara melucukan masa ni. Ada seorang kanak-kanak perempuan kecil, telah 'menawan' pelamin ini sebelum pengantin sempat duduk! Sedang orang lain kusyuk berdoa, budak kecil tu entah daripada mana, pulak kusyuk dengan percubaan dia naik ke atas kerusi pelamin. Nasib ada seorang abang tu, terus bawa dia turun. Adik, tunggu kamu besar, baru ada pelamin sendiri, ok?

Lepas pengantin duduk, kami pergi ambil makanan. Katerer terletak diluar dewan dan masa tu pun orang dah beransur, boleh la kami ambil makanan. Nasi kenduri ni memang sedap. Makan nasinya sahaja pun sedap!

*tapi gambar makanan tak ambil pulak!

Kami tukar tempat duduk, pilih kedudukan meja yang paling strategik untuk lihat keseluruhan perjalanan majlis.

Meja ni, pakai bunga centerpiece yang berbeza daripada meja pertama kami.


Kadang-kadang, tak semua perkara perlukan persamaan. Perbezaan tetap mampu mengindahkan majlis.

Masa kami mulai makan, upacara tepung tawar pun dah dimulakan.


Salah seorang daripada pasangan yang merenjis, rasanya saudara belah Yanie, sempat membacakan doa sebelum merenjis. Saya rasa macam amat molek sangat bila pakcik sendiri bacakan doa khas untuk kita (pengantin). Rasa macam sangat-sangat dekat dihati. Bagi saya, tu antara moment yang paling best dalam majlis Yanie.

Bukan pakcik ni. ni sekadar gambar hiasan.


Zoom sedikit hampir dengan pentas


Antara lain yang saya suka, adalah majlis ini diiringi pemuzik pakcik-pakcik yang best! Lagu-lagu tradisional. Suara makcik tu pulak, sudah mirip macam Saloma. Serius tak tipu! Bila lagu rancak, mereka sesama mereka macam enjoy sangat bermain muzik. Jadi kita yang tengok ni pun, turut terhibur *saya sempat snap gambar berlatak belakangkan mereka pasal teruja.



Selepas selesai upacara tepung tawar, pengantin menuju ke meja santapan beradap. Sambil tu, montaj ditayangkan untuk tontonan khas tetamu majlis. Semua gambar-gambar pre wedding Yanie dan pasangannya yang bertemakan kasual.



Kemudian, ada persembahan daripada sekumpulan penari. Yang ini saya tak dapat tangkap mereka daripada mana, tapi mereka mempersembahkan 3-4 jenis tarian, dengan muzik secara live daripada kumpulan pemuzik diatas.

Selepas pengantin selesai makan, mereka naik semula ke pentas. Saya tak ingat, yang mana satu dulu; potong kek atau berucap.

Takpa, mungkin Yanie boleh cerita lebih terperinci nanti.

Saya sempat menjengah masa Yanie tengah potong kek. Sorang sahaja saya disitu. Keras. Kiri kanan depan belakang kamera dslr.





Lepas pengantin berucap dan potong kek, mereka turun untuk royal walk. Untung, mereka mulakan daripada belah saya duduk jadi rasanya mesti sempat saya nak salam. Kami masa tu memang dah nak balik, tapi tetap kena jumpa pengantin dulu.

Yanie tak berapa cam saya dan saya pulak janggal nak panggil diri sendiri 'Xora'. Tapi memandangkan tu nama pena saya, jadi kena perkenalkan diri dengan nama tu. Sempat ucap tahniah pun rasa dah lega.

Saya dan D pun terus nak pulang. Sedang elok saya jalan, Hana datang tahan dan bagitau bloggers lain nak jumpa saya.

Reaksi: Keras.

Camne ni?

Memang janggal saya jadinya. Saya dah terserempak dengan Elya masa nak pergi ambil makanan, jadi dia memang saya cam dia. Zaila pun saya cam pasal selalu nampak gambar dia dalam blog dia. Cuma blogger yang lain, ambil masa untuk cam.



Ya, itu dia si social retarded sedang diri berpeluk tubuh.

Selesai sudah majlis Yanie.

Terus pulang, esoknya ada majlis bertandang Reen pula.

Jumpa kereta ini.



Oh ya, thank you tag Yanie, dia letak terus di dalam kotak. Praktikal dan tak perlu fikirkan nak ikat dengan riben bagai !



Seterusnya; meraikan cinta
Reen







6 Disember 2010

5 comments:

  1. wahh baju reen sgt lawa,hehe
    bestnyer dpt jumpa blogger kan,hikhik

    ReplyDelete
  2. okeh ulasan yg bernas=)..err ade jgk si sebok kt meja tu tgh memandang org yg berpeluk tubuh berkata2..hahahaha:p

    ReplyDelete
  3. xora rajin buat review. bagus!
    mesti xora tak cam saya kan?
    takpe. sy pun terasa muka xora nampak lain. mungkin solekan & tudung kot~
    serius! lain ! btw, nice meeting u :)

    ReplyDelete
  4. owhh..sgt terperinci review kamu..sy sgt suka..=)

    hihi..nasib hana dpt ccam xora..

    *hana mmg cepat cam org* =D

    ReplyDelete
  5. Hai Xora. Guess i'm one of your 000+ silent readers :) this is my first time writing comment here. I suka cara you review weddings yang u attend. Unlike (sorry to say) most bloggers yang i baca their reviews, diorang lebih banyak cerita pasal diorang jumpa blogger tu blogger ini, dan sikit sahaja share pasal the wedding itself. wedding is all about the bride & the groom and the beautiful ceremony, instead of siapa bloggers yang datang. just my 2 cents. keep it up!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)