Salam dan hai
Kali ni saya nak berkongsi resepi, cara nak buat muffin yang enak, dalam majlis sanding saya dulu.
Saya pernah tulis tentang muffin ni dalam Post ini dulu.
Resepinya amat mudah!
1. Gunting
2. Tabur
3. Pukul
4. Masak!
Ok, serius tak tipu. Saya pakai pek segera muffin nak buat muffin majlis sanding saya. Pengsan oo kalau nak buat pakai resepi original buat muffin ni. Harus la pengsan. Jadi memudahkan kerja dan yang penting, dan paling utama--pastinya sedap.
Saya tak tahu kalau tempat lain ada jual, tapi saya pergi ke Bangi, kedai Yummies (ejaannya camni ke? Tak pasti. Tapi signboard warna merah putih). Kedai ni lokasinya selang dua kedai daripada kedai Al-Ikhsan Bangi. Kiranya blok bersebelah dengan Klinik Az-Zahra, atau seberang jalan dengan stesen Petronas.
Sila google Map, mungkin ada kot.
Peknya ada dua; 500g atau 1kg. Perasa ada blueberry, strawberi (ni rasa cam plastik sikit. Tapi tak tau la kalau rasanya dah ok), vanila, coklat dan coklat chip. Hari tu ada Banana dan Kiwi juga. Tapi tu perasa yang kurang popular, jadi jarang ada.
Harga dalam RM8.00++ utk 500g dan kurang RM15 untuk pek 1Kg--kalau tak silap. Tapi kalau 500g, boleh dapat bekas muffin sederhana (besar sedikit daripada bekas muffin saya masa majlis sanding) dalam 40 bekas, ikut kita nak isi penuh mana.
Cara nak buat, pun ada pada pek dia. Cuma tambahkan tepung muffin tu dengan telur, minyak jagung dan air. Pukul sampai sebati, kemudian sudah siap untuk diisi dalam bekas dan dibakar. Tak silap suhu nya 180 darjah selama 25 minit (atau sehingga kekuningan --untuk blueberry)
Jadi pada B2B yang nak alternatif lebih murah dan mampu dibuat, boleh pergi ke kedai Yummie ni untuk beli. Kalau untuk berniaga, pek segera ni agak mahal. Tapi kalau untuk buat sendiri jadikan tambahan makanan/ doorgift/ sponsor untuk majlis rumah terbuka/ tunang/ nikah atau sanding ke, berbaloi daripada segi penat dan duit kalau tempah kat orang. Kalau nak buat dan bawa ke rumah mentua atau bakal mentua pun boleh :)
Cuma kedai tu kadang-kadang terlalu ramai sangat orang, jadi tempat letak kereta dan ruang memang jadi masalah. Nak pergi, elok hujung minggu pada waktu pagi atau malam, betul-betul sebelum 8 malam. Kat kedai tu, macam-macam ada. Nak buat kek span segera pun ada, pizza pun ada. Jadi jengah-jengah la ke sana, mana tahu terjumpa bahan-bahan lain yang boleh tolong korang kurangkan kos katerer, kan?
Walau ini bukan air tangan pengantin yang sebenar-benarnya, tapi saya pukul adunan dengan penuh kasih sayang .. Hihi. Ok selamat mencuba!
10 November 2010
yang ni tak sempat makan :( sebab zaa kan datang lambat...
ReplyDeletewaa..aku br nak tny resepi..aku tertipu la nie..wakakaka..even aku x dpt rs, tapi aku tau...mesti penuh dgn kasih sayang..ececeh.. azeimah elias
ReplyDeletesalam...kak..nak tnya....kat kedai tu je kew yang ada jual???pd saya gak jauh la...sebb tinggl di kl....plan ank bt sendri gak door gift tuk tetamu...hehhee..salma perkenalan..admire la ngan story mory akak..hehehe
ReplyDeleteHaflia, mungkin kat tempat lain pun ada cuma tak tau la rasa sama atau tidak. yg saya tahu, kat S.alam ada satu kedai bakery yg jual produk sama.
ReplyDeletekite ambik 2-3 kali muffin ni. cedapppp. kite pun dh singgah beli bahan kat kedai tu. nanti nak try buat jugak la :)
ReplyDeletexora ; nama ape brand utk bahan buat muffin tu?
ReplyDeleteDebu, takde brand psal kedai tu re-packaging semula. tapi boleh cari di kedai Yummie, di Bangi. Kedai ni berhadapan/berdekatan dengan Masjid warna hijau kat Bangi, blok bersebelahan dengan klinik azzahrah
ReplyDelete