Salam dan hai
Semalam dah cerita tentang pelamin. Kali ni nak lompat kepada cerita ketibaan pengantin ke dewan.
Lepas saya meracau dengan deko DIY di dewan (pasal masa mencemburui kami yang terkial-kial berdua menguruskan deko di meja beradap, meja potong kek, signage buku tetamu, meja buku tetamu dan meja tetamu), terus ke rumah pasal dah dapat SMS daripada K.Nurin yang dia dah sampai rumah saya. Boleh tak? Pengantin masih di dewan masa MUA dah sampai? Nasib Nity cik pengapit yang akan dimekapkan terlebih dahulu, jadi Nity yang kat dewan pun gegas balik ke rumah saya.
Memang daripada perancangan awal, saya dan D kedua-duanya akan bersiap dari rumah. Tiada orang dah di rumah. Adik beradik semua dah ke dewan, saudara mara memang terus ke dewan. Tapi D tak terus singgah rumah. Dia siap nak gi basuh kereta *Geram!. Tapi tak apa, rilek sudah. A.Rashdi sampai pun dalam 11 pagi, jadi sempat la duduk-duduk dulu dengan dia sementara tunggu Nity siap mekap.
Lepas Nity siap mekap, dia balik rumah amik baju. Jadi baru giliran saya. Masa tu pulak baru ingat, dompet saya dalam kereta D. Takut kalau kena curi masa basuh kereta. Telefon D banyak kali, macam isteri spot check suami ada affair. Lepas tu baru berangkat. D tengah mandi. Nasib dompet saya elok tak terusik.
Sambung mekap dengan hati yang tenang.
Saya tak ingat bila, tapi tiba-tiba D dah sampai. Kemudian, kawan-kawan yang terlibat dengan konvoi pun datang. Kami memang tak mahu ramai. Cuma 3 kereta sahaja; kereta Mun, Nity dan Awang. Ketiga-tiga kereta ni bewarna hitam, cuma kereta D aje warna perak. Memang sengaja kami pilih begitu, baru nampak kami menonjol. Saya dah tulis persiapan sebelum konvoi dalam post ini.
Kami memang tak terkejar-kejar pasal K.Nurin dapat siapkan kami sebelum 12.30pm dengan sangat efisyen! K.Nurin mekapkan pengapit saya, Nity dulu. Kemudian saya dan terakhir baru lah D. Malah K.Nurin yang selesaikan masalah tudung sanding saya {Post}. Kena buat satu post khas untuk K.Nurin ni.
Berbalik pada tengah hari tu, masa terluang kami gunakan untuk bergambar dulu, minum air dulu, buat panggilan dulu. Gelak-gelak dulu.
Sambungan daripada post terdahulu itu--Berkenaan nombor plat tu. Entah macam mana, rupanya papan plat kereta D yang asal, berbeza daripada plat kereta abang saya, Am. Macam Am, dia boleh tanggalkan plat kereta dia tanpa ada masalah. Tapi D nye papan, sedikit berbeza, terus tak boleh nak masukkan. Kami pula memang tak terfikir nak cuba dahulu.
Jadi bagaimana?
Selesaikan aje. -- Kami double selotape. Haha
Serius, kami tampal sahaja. Pakai double selotape yang tebal tu warna hitam. Supaya tak de la terlalu ketara.
Memang kering hati sahaja, bergerak daripada rumah ke dewan di Bangi dengan nombor plat haram. Ngeri juga. Tapi kami fikir, kereta Mun bawa tu, lagilah kalau ditahan, memang terus kena sita kot~~
Jadi fikir, tak apa. Kita redah sahaja. Jadi memang pandu antara satu sama lain, jarak dekat gila pasal nak tutup plat nombor kereta kami daripada orang perasan.
Kami keluar rumah 12.45, jadi memang sebelum 1 petang, kami pasti akan sampai insyaAllah. Saya terus telefon Awi, maklumkan kami sudah bergerak. Awi kata ok. tapi 5 minit kemudian, dia telefon semula
Awi: Ko dah nak sampai ke?
Saya: Dah dekat lampu isyarat tol UPM. Lagi 5 minit sampai.
Awi: Ko bawa kereta slow-slow sikit. Pengantin belum sampai.
Saya: (diam.. dan berfikir) Hapa??? pengantin?? Aku la pengantin!!!
Awi: Eh bukan.. Kompang belum sampai.
Saya terus gelak. Rasanya Awi sedikit tertekan pasal tu sudah melalut cakapnya.
Kami kena tunggu kat Petronas sementara tunggu budak kompang bersiap. Bila dapat panggilan suruh masuk dewan, kami pun masuk. Tapi tetap kena tunggu kat tepi pasal kompang masih belum siap. *jeling D
Saya nampak daripada jauh, Am dah lencun peluh. Berlari ke hulu hilir, muka macam nak pukul orang. Semua orang dia dah marah. *Am memang baran.
Hanya selepas dapat kebenaran bergerak daripada Am, baru kami bergerak dengan penuh perlahan pasal nak kasi A.Rashdi tangkap plat kereta kami.
Walaupun terlewat kira-kira 10minit, tapi senyum jangan tinggal
Sumber: Facebook Awang
Ingat ye bakal pengantin semua, kalau ada sesuatu diluar rancangan kamu, teruskan senyum. Apa-apa yang kurang, orang takkan salah pengantin. Siapkan diri dengan "perisai", pada hari tu, tak perlu amik tahu apa yang tak kena, siapa yang belum siap. Itu semua kamu boleh tahu, selepas majlis.
Menulis tentang ketibaan pengantin, sebenarnya kami mendapat inspirasi nak memandu kereta sendiri daripada majlis abang saya dulu.
Tapi kami tak mahu banyak sangat kereta pasal masih trauma dengan kejadian jam panjang itu!!
Maka 3 buah kereta aje pun jadi la!! Hehe. *Mak D jahitkan bantal warna kuning khas tu, boleh nampak dalam gambar kami tadi di atas. Best!
Selesai cerita ketibaan pengantin. Dah boleh masuk fasa penceritaan tentang perarakan yang mencemaskan sampai arch nak jatuh pasal terlalu ramai orang berpusu nak ambil gambar... dan muncul seorang Pak Long dan Abang Ngah yang telah menyelamatkan keadaan.. Oh ya, cerita kasut saya tersangkut pada kain masa naik ke pentas pun, saya akan kongsi. Kita akan lihat ketenangan seorang pengapit yang amat peka... Kami amat suka pengapit kami!!
kelakar..pengantin kena tunggu kompang..jarang2 jadi macam tu! heheheh :p
ReplyDeletecomel~! takutnye kalo jd cam u..tgk2 kompang ta sampai2 lg..huhuhu~
ReplyDeleteZaa n Khu: iye mmg jarang2 tapi tak mustahil :P yg penting, sbg pengantin, tak perlu dok sibuk nak tahu kompang apa jadi, etc2.. senyum aje. tu urusan org yg dah incharge. jgn rosakkan mood kita pasal hal-hal tak dijangka kan ni :)
ReplyDeletemcm2 citer ada....senyum mmg wajib time tu huhuh haisshh debar lak nak tunggu minggu depan
ReplyDeletetringat kekelam kabutan awi: korang2, kompang xsampai lagi neh..abislaa..tau kan izza mcm mana.
ReplyDeleteaku: izza = masa harus punctual!~
hehehe.. mcm2 cite kann..?? suke sgt ngan bantal kat blakang kete tuh.. mmg menyerlah! sy smpai lmbt. mase mule2 smpai, dh nmpk kete pengantin dpn dewan dan trus jugak nmpk bantal tu.. ;)
ReplyDeleteoh kejadian serupa dgn my wed...alkisah kain tersangkut pada kain tatkala melangkah tangga dewan..owh sy siap angkat kain sebelah boleh???hahaha...& mase bertandang kompang xsampai2...they arrived bile kami dh ade atas pelamin...oh incik hubby marah dlm senyum...peace hubby...hehehe...tup2 kena gak byr full..oohh byknye kejadian belum habes review...but that's all spices of a weddings itself..
ReplyDeletexora..wah, jadi pengantin berjaya kontrol macho bila kain tersangkut..hehe..
ReplyDeletenanti nak baca citer..
Farah: jgn takut. insyaAllah semua yg dirancang akan terlaksana cuma terkucil sana sini tu standard tapi jgn lupa senyum!
ReplyDeletePuan T: hahah.. itu la.. aku kata pukul 1, 1 ko dah smp, bukan 1 baru nak siap!
Nyomel: saya pun suka bantal tu! tapi nak buat tak reti la pulak. if tak mmg dah buat byk2 :P
Etty: wahh itu sudah lebih! udah la datang lewat, berani ye minta penuh??
dah banyak majlis kahwin saya pergi kan, kebarangkalian kompang datang lambat daripada pengantin memang tinggi! terutama sekali masa musim cuti sekolah..kesian pengantin dah sampai tapi kompang tak berbunyi..bila tanya kenapa lambat, diorang cakap harini je ada 4 jemputan..camno tu? ketibaan pengantin selalunya standard dalam pukul 12-1.30 kan, jadinya bdk2 kompang ni terkejar-kejar nak penuhi semua jemputan..
ReplyDeletekalau ikut saya memang tak nak kompang real, pakai cd punya pun ok..tapi dah dengar ada orang nak juga :) kenalah siapkan mental & fizikal hehehe
p/s: sorry pnjg lebar plak komen :p