14 October, 2010

Karangan: Saya Sekeping Biskut


Salam dan hai

Masa sekolah rendah dulu, mesti kita ada belajar cara buat karangan tentang riwayat hidup.

Contoh topik: "Saya sehelai tikar". Bermula dengan kisah gembira bagaimana dianyam, dan kemudian dibeli, tiba-tiba macam drama Melayu, harus la ada tragedi berlaku. Lepas tu, tikar tu dibuang di tong sampah. Akhiri karangan "Begitu la riwayat saya sebagai sehelai tikar"

OK. Bazirkan masa seminit perenggan atas ni.

Tujuan tulis: Projek DIY biskut coklat chip

Sebab:
1. Rempeyek makcik tu dah tak jual. Jadi untuk tetamu kunyah-kunyah, hidangkan biskut.
2. Adat Jawa. Harus ada makanan banyak-banyak untuk dihidangkan pada tetamu. Meraikan tetamu dengan kadar luar biasa. Kalau ada tin biskut, dengan tin-tin harus dibawa keluar. Balang biskut tak main.

Dorongan nak DIY:
1. Nak beli, mahal
2. Mahal kalau nak beli

Resepi: Shida, anak kawan ibu. Pakai resepi perniagaan dia pasal saya suka coklat chip dia.

Sasaran siap: Minggu ini

Maka, sudah genap 2 hari pulun buat biskut (ke daripada minggu lepas Laling aku sebut kena buat biskut??). Habis semua benda ditolak ke tepi, untuk buat biskut pasal tu nak kejar dateline minggu ini.

Buat biskut kahwin pun ada dateline. Jangan ingat biskut raya aje ada!

Saya buat sorang-sorang pasal takut pasal tu lambat sikit. Bulat-bulat, tekan dengan garfu, masak.

Siap!-- setengah botol pada malam kelmarin. Popia yang belah kiri tu, rancangnya pun nak dibuat, tapi masih samar-samar pasal tak tau ibu sempat buat ke tak.



Sebenarnya, seperti mana-mana DIY, mesti ada kurangnya. Ini kali pertama saya buat biskut pakai resepi ini jadi memang redah, berprinsipkan cuba dan gagal. Ada yang terlebih masak. Ada yang terlebih koko. Shida tertinggal tulis bahagian masak berapa lama, jadi saya tak mahu kacau dia, maka, belajar sendiri agak-agak.

Sehingga adunan ketiga, baru saya dapat sukatan yang tepat.

Jadi kalau korang nampak, ada 3 jenis warna biskut, terima la seadanya dengan hati terbuka. Lagi satu, biskut ini memang dibuat dengan kecilnya pasal memudahkan nak masuk mulut dan sebagai ilusi nampak biskut macam banyak. Hihi

Pasal tak yakin dengan diri sendiri, saya bagi sampel kat beberapa kawan pejabat.


Keputusan: Diluluskan oleh 'tikus-tikus makmal'. Selamat untuk dimakan oleh tetamu insyaAllah

Sudah siap satu balang besar. Ada dalam 900+ keping biskut. Malam ni nak sambung buat adunan lagi. Nak genapkan dalam 1,000 keping. Hujung minggu ini kena siapkan semua biskut-biskut.


InsyaAllah, kalau ada rezeki, sudi-sudi kan merasa biskut buatan air tangan pengantin pada hari majlis.. ececece...

Post selingan:

Ni bunga pahar (..ke bunga telur.. ke bunga jely? Pasal pakai jely, bukan telur) yang akan dibawa berarak masuk, mengepalai perarakan ketibaan pengantin nanti InsyaAllah. Pilihan mak D, pandai makcik (belum sign lagi, jadi kena panggil makcik) pilih. Latar belakang tu, bantal nikah. Satu sarung sudah siap dengan selamat. Terima kasih Ibu! Sekarang Ibu nak teruskan dengan sarung yang kedua.





14 Oktober 2010


13 comments:

  1. faveret biskut raye tu..yeay..bleh la rase nanti kan?hehe..

    ReplyDelete
  2. wahhh leh biz biskut pas ni..=) nak gak leh?

    ReplyDelete
  3. nak resepi...mail kan blei?? hehe..

    ReplyDelete
  4. Kina: datang majlis awal tau, dapat makan biskut. hhehe

    Farah: bakal pengantin, hati2 makan tau!

    Reen: issh.. takleh ni. amanah orang. Makan boleh :D

    ReplyDelete
  5. nape aku x npk isi dlm balang tu ? ko saje ek x on flash ? ;p

    ReplyDelete
  6. rajinnyer cik xora.. amik award di blog sy yer :)

    ReplyDelete
  7. special sgt2 kalo tetamu mjlis kawen dpt merasa kuih muih air tangan pengantin!!!..

    xora, bg la resepi n cr buat...

    ReplyDelete
  8. Ya Allah gigih betul ixa ni!! chaiyok2!! semoga semuanya berjalan lancar. Kena simpan yang dah siap tu, sebab kalau saya memang cepat habis sebab makan sendiri time tengok tv,haha

    ReplyDelete
  9. hahah xora, seme mintak resipi :p
    sedap2... aku ngan laling ko akan curik satu balang sesiap. itu tatik kami dtg awal :p

    ReplyDelete
  10. Hi There xora..nmpak sedap..nk mintak resipi boleh nak try buat...

    ReplyDelete
  11. kepada yg request utk resepi: maaf sgt, tak dapat bagi. amanah daripada puan punye resepi.

    ReplyDelete
  12. Nana, maaf tak dapat kongsikan resepinya

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)