14 October, 2010

Alas Centerpiece Mudah dan Murah

Salam dan hai

Gambar ni dah lama dalam kamera saya, cuma hari ni baru saya transfer.

Saya amik gambar ni selang beberapa hari lepas majils hari raya di opis.

Ternampak centerpiece ni dalam bilik air.



Dah layu, pasal dah lama pun majlis berlalu. Tujuan pos ni bukan berkenaan kesegaran bunga atau jenis bunga yang digunakan.

Tapi tentang alas centerpiece ni.



Orang kedai tu pakai bekas plastik sampah yang hitam tu untuk jadikan pembalut span centerpiece ni.

Kalau tengok daripada sudut macam ini, memang tak perasan.

Tapi kalau tonggengkan centerpiece ni, boleh nampak.


Lain orang, lain caranya. Selama ini, saya selalu tengok bekas aluminium foil itu yang digunakan. Tapi bila tengok plastik bungkus sampah ni digunakan, bagus juga pasal materialnya tebal dan tak mudah terkoyak. Jadi air daripada span, takde la keluar.

Sematkan dawai untuk secure kedudukan plastik sampah ini.



Siap.

Lagi idea centerpiece yang ekonomi kan? Tak perlu beli bekas hijau yang mahal tu.



14 Oktober 2010

6 comments:

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)