NOTA: Ketika post ini dibaca, saya masih sibuk dengan persiapan-persiapan akhir kami. Jadi semua post , telah dijadualkan. Segala komen dan pendapat saya akan baca kemudian. Terima kasih.
Salam dan hai
Saya sudah mula bercuti. Semalam, terus shoot email ofis kepada jemputan. Ada yang saya jemput awal sebulan, jadi takut mereka terlupa. Jadi, emel terakhir ni, macam gentle reminder.
Buat masa ini, kebanyakkan reaksi kawan-kawan pejabat, positif. Tak ramai sangat cik bedah atau abang bedah. Best pasal ramai orang suka nyanyi lagu "Selamat.. Pengantin baru..". Macam-macam versi ada. Kalau saya tengah beli makanan, pun kata "Haih pengantin baru, jaga-jaga makan".. Kebanyakkan reaksi, saya tak rasa terganggu pasal saya tau, cuma ini sekali sahaja masa saya. Lepas ni, 'tiara' akan beralih kepada Reen.
Semalam tolong Reen masukkan kad kahwin dia.
Selesai 400+ kad, buat bersama dengan Laling. Best!~ Teringat masa Nailah dan K.Nadzrah tolong saya ribenkan kad jemputan. Memang yang penting kerjasama!
Hari ni, saya akan tumpu pada bilik pengantin. Nak gilap perabot dan vakum semuanya. Keluarkan barang hantaran, gilap tembaga. Kemudian nak cari tudung kosong untuk sanding. Sudah dapat tudung daripada vendor tapi saya nak tudung kosong. Tudung yang di beri memang cantik dan meriah, cuma saya nak sesuatu yang lebih sederhana. Biar tumpuan pada wajah saya. Tapi K.Rina dan Ibu suka anak tudung tu. Jadi, penyelesaiannya, saya kena beli juga tudung kosong, kemudian kalau saya lembut hati nak pakai anak tudung sarat tu, saya akan pakai. Kalau saya rasa terlalu semak, saya akan pakai yang kosong sahaja.
Esok insyaAllah nak buat muffin. Tak banyak, dalam 200+ sahaja. Jumaat nak buat hantaran dengan Nity. Sabtu-- oh ya, kena kahwin hari Sabtu.
Tapi.. kertas kerja penanggah belum buat lagi.. Tak apa, satu-satu. Mesti boleh !
27 Oktober 2010
yeay..ahad boleh jumpa PENGANTIN!!
ReplyDeletexora!!! tetiba kena balik kampung! mak tak sihat.
ReplyDeleteneway selamat pengantin baru k!!! By doakan semua bjalan dengan lancar.. gambar jangan lupa upload!! kalo tak by minta thru email. hahaha.
kamu ni sangat teliti orangnya. mesti boleh!
ReplyDeletehehe..yeay..goodluck dear..see u this weekend..
ReplyDeletegood luck dear :) semoga semuanya akan berjalan lancar.
ReplyDeletexora..semoga semuanya berjalan lancar yer...i salah sorang silent reader blog u & pernah minta fail excel u dulu...i pun dah selamat jadi pengantin 10-10-10 aritu...SELAMAT PENGANTIN BARU buat u xora ...Semoga kekal hingga akhir hayat.
ReplyDeletewah..debaran kian dirasai..jgn nerbes sgt k..yg penting kene senyun je time majlis tu nnt..
ReplyDeletehappy for u..tp sedey sebab nanti tade sapa dah nak buatkan muffin bluberi sedap for me lagi uhuk2 :(
ReplyDeletejumpa sabtu nokkks! eih, bukan, khamis malam aku dtg hantr tat :)
ReplyDeletedah start cuti dah! yay!! insha Allah selamat semuanya..
ReplyDeletesalam xora. Selamat Pengantin Baru. selalu jenguk blog yg sangat berinformasi ni. sgt bermanfaat. :) btw, insyaAllah, smoga semua bjalan dgn lancar. selamat menjadi org baru..
ReplyDelete