Salam dan hai
Serius, tahun ni saya paling banyak dapat ucapan, tak kira kad, PM di Facebook, atau secara berdepan; mesti akan selitkan ayat 'raya terakhir sebagai seorang Cik'
Tak kisah pun ditanya macam tu. Tak menjengkelkan. Perkara menjengkelkan pada hari raya ini:
1. Konsert Siti di semua stesen television. Boring.
2. Ulangan filem-filem yang sama, kejap di TV3, kejap di ASTRO.
3. Konsert yang entah apa, mesti penyanyi-penyanyinya, pantang tangan diangkat, mesti nak terus bersalaman dengan yang lain. Pantang! Terangkat sikit tangan, terus nak disalam.
Ok, tak bagus cakap benda negatif.
Saya nak tulis bagaimana raya disambut oleh saya.
Ingat tak inai mekah yang saya pesan kat Laling dulu [Post penuh]. Baru berkesempatan nak cuba, tapi mangsanya adalah Echa. Dia pun rela sahaja. Jadi persetujuan bersama la.
Tapi saya pun cuba sendiri pasal inai ni kan berbeza ikut darah orang--katanya. Jadi saya cuba kat diri sendiri juga. Ni gambar inai selepas 5 hari. Warna memang tak pekat, tapi warnanya memang kekal lebih lama, memandangkan aktiviti raya melibatkan begitu banyak aktiviti membasuh pinggan.
Rasanya, kalau saya letak minyak cap kapak dan beberapa bahan tambahan lain, mungkin lebih merah kan?
Pagi raya, saya ada buat adengan minta maaf paling dasyat. Tapi tu saya simpan ceritanya dalam post yang lain.

Balik Muar, mesti kena makan ayam masak kuning nenek. Tak tau apa namanya, tapi kami pandai-pandai bagi nama ayam masak kuning pasal warnanya. Memang ayam paling laris dipagi raya, biar la ada ayam lain-lain sekali pun. Nenak masak, tak kira periuk kecil atau sekawah, rasanya tetap sama. Ibu pun tak dapat nak tiru rasa ayam ni.
Ayah dah mula edarkan kad jemputan, walau masih teramat awal. Tapi tak apa la. Yang penting, saya siapkan sahaja bahagian ayah yang mana. Sambil-sambil tu, siapkan bahagian saya juga.
Walau post di atas tak menjawab persoalan bagaimana hari raya terakhir sebagai seorang cik, tapi yang pastinya, saya dan D kedua-duanya mengalami situasi yang sama.
Elok sahaja saya sampai ke kampung, soalan pertama pakcik-pakcik saya, mana tunang? Oooh tidak. Bukan cara keluarga kami tayang tunang/ pasangan kepada saudara mara sebelum majlis. Bawa dan kenalkan pada ibu ayah itu memang perlu, tapi untuk bawa ke kampung, kami adik beradik memang tak pernah buat. Ibu cukup pantang hal ini. Sama juga pantangnya, kalau saya nak ke rumah D. Ibu kata, 'Jangan nak mengedan kat rumah orang!" Rasanya baru tiga kali saya datang ke rumah D dalam tempoh 5 tahun kami bersama, dua kali beraya dengan kawan-kawan lain, dan sekali masa D nak perkenalkan saya pada famili dia.
Sudahnya, semua saudara mara teruja nak tengok rupa D. Bagus juga kat dalam kad, kami memang tak letak gamabr. Kalau nak tengok, datang pada hari majlis ya?
D pun, makcik-makcik nya pun datang beraya ke rumah, sambil nak tengok gambar. D macam saya juga, bagitau tunggu hari majlis. Sampai mak D berseloroh, D pun cuma bawa saya ke rumah jumpa mak dia sekali sahaja. Lepas tu dah tak pernah bawa. Haha.
Elok juga sebenarnya tak tayangkan pasangan kita awal-awal pada saudara mara. Kurang pendedahan, membuatkan kehadiran pasangan kita amat dinanti-nantikan. Baru la lama merasa keterujaan kehadiran ahli baru dalam keluarga *Senyum.
Apa?? Lagi 47 hari sebelum majlis? Ok.
Rileks.
13 September 2010
Xora,
ReplyDeleteBoleh cuba sedikit petua di sini - http://ma2niput3.blogspot.com/2010/05/inai-oh-inai.html
lol
ReplyDeletemy family pun sama Xora, yang pompuan jgn ngada2 nk pegi lelaki punya rumah sgt before ada ikatan yg sah! mula2 dulu moncong jgk ngahaha tapi bila dah lama ni, baru nampak/faham apa yang nak disampaikan :D
aaa! so soon! go Xora! go D! :D
bagus tul petua jgn tayang pasangan b4 kawen.. br sdara mara mcm tgu2 kn.. ala, da terlambat tuk ikut panduan tu.. da slalu g kampung tunang.. huhu..
ReplyDeletenway.. all the best
selamat hari raya xora,samalah! Sy dh 4thn kwn encik tng,tp hr ni bru msk kali ke-3 pergi rumah beliau..mak xkasik g slalu,hehe..
ReplyDeletehehe..sy slalu prgi umh die..
ReplyDeletenanti msti bkal mak mertua bosan kan?huhu..
hahah by pun baru sekali jumpa. tapi kadang2 fikir. kenapa sekali je. hahaha. memang dia sorok betol2.
ReplyDeletebetul2 kalau selalu tengok pun boring kot :) tp cam aku nie, cam selalu je, camne? huhuhu
ReplyDelete