07 September, 2010

2-1= 3


Salam dan hai

Patutnya, post ni saya tulis dalam blog peribadi saya, tapi pasal teruja, bantai sahaja tulis di sini.

Semalam dapat dua berita gembira, satu berita tak gembira tapi bersyukur juga. Jadi 2-1= 3. Tiga-tiga tetap berita yang gembira.

Kita mulakan dengan berita gembira.

1. Jeans UiTM.

Ingat tak post empat bulan sudah? Tentang
seluar jeans UiTM saya.



Semalam, gatal-gatal mahu cuba. Tup-tup!! Muat. Oooh memang la amat suka! Rutin gym tidak banyak membantu, tapi puasa pula yang berjaya menurunkan berat badan saya. Tapi pasal jeans ni zaman saya muda-muda, jenis low-cut, jadi sekarang ni, rasa macam tak selasa pula nak pakai. Jadi tak rasa nak pakai, cuma muat dalam jeans lama, merupakan satu pencapaian untuk diri sendiri. Cuma masa raya ni, kena jaga makan sikit.


2. Nemo the Bunny

Ni Nemo.



Nama dia saya kasi Nemo, pasal telinga dia cacat, tak boleh nak tegak. Tak tahu kenapa. Jadi teringat kartun Finding Nemo, yang Nemo tu sirip dia cacat. Jadi saya pun kasi nama arnab ni Nemo. Nemo ni abang saya yang sulung baru beli Ahad lepas untuk Echa. Pasal abang dan kakak ipar saya pergi umrah. Jadi arnab ni la peneman anak tunggal mereka.

Tapi rasanya, saya yang terlebih teruja dapat binatang peliharaan. Kali terakhir ada binatang kat rumah, masa saya umur 12 tahun. Jadi bila dapat arnab ni, sangat la suka. Walaupun Nemo macam takut-takut kat orang, tapi bila saya bagi karot, terus laju makan. Nemo susah nak tidur. Nemo pun tak suka makan makanan yang dibeli. Selera kampung rasanya, cuma lalu salad dan karot sahaja.

Ok, ok. Tahu. Nemo ni untuk Echa, bukan saya. Haha.


3. Raya Terakhir seorang Cik
Raya ni insyaAllah raya terakhir sebagai seorang Cik. Cuma rasa tak lengkap sikit pasal abang sulung dan kakak ipar saya pergi umrah. Jadi gambar keluarga, kurang dua orang. Tapi tak apa la. Yang penting, Echa ada dengan kitorang. Jadi muka Echa tu dah muka abang dan kakak ipar saya. Maka jadi sahaja lah!



7 September 2010

10 comments:

  1. wah cik xora ptt berbangga ngan pencapaian itu.. cayalah!!

    ReplyDelete
  2. hi xora...huhuhu sama la kita kan..last raya sebagai cik..tahun depan cam ne la kan..huh cant imagine la!!

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya!..

    jadi mama tumpang la kejap pd echa yer..tlg jaga duit raya echa yer..hehe..

    ReplyDelete
  4. babe, semangat utk aku juge utk kurus! :) nemo kiut miut

    ReplyDelete
  5. owhhh..tidak..jgn bcerita soal kekurusan!!!

    ReplyDelete
  6. oh no!! xora!! u did it!! hahahah well done, babe! :)

    opss...selamat hari raya xora..maaf kalo zaa ade tersalah bicara..
    enjoy raya tahun ni puas2 ok!

    ReplyDelete
  7. wah..sape la yang x gembira kan klu bole muat lagi seluar zaman muda remaja dulu..syabas bete..ni yang semangat nak turunkan lagi berat badan roy ni..

    ape pon..selamat menyambuat hari raya yang terakhir sebagai cik..samela status kite ni erk..

    ReplyDelete
  8. Cik Xora,
    well done!
    Next year, Puan Xora!

    ReplyDelete
  9. gud job xora! raya sakan pls tahun nie.. sbb this raya adalah raya last sebagai seorg cik.. mari kiter merasainya bersama2.. :) sedih ada.. gembira pun ada.. :o

    ps: konpius.. 2-1=3? bkn 1 ker? syaz siap kira ngan jari nih.. tihihiih..

    ReplyDelete
  10. Syaz, tajuk tu saya tulis 2-1=3 pasal 2 news best, 1 news tak best walau sebenarnya best, jadi campur semua dapat 3 ;P

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)