05 August, 2010

86 Hari Lagi


Salam dan hai

Post semalam saya ada bagitau saya akan amik HIV test [
post penuh]

Saya amik cuti separuh hari. Rata-rata, ramai yang kata tak perlu amik cuti pun, tapi saya amik pasal saya nak ikat riben kad lepas buat saringan HIV. Setiap masa amat berharga! (saya anggarkan, alau saya dapat ikatan riben 60 keping sehari, saya perlukan 16 hari untuk siapkan semuanya!)

D jemput saya dalam 1.50 petang tapi disebabkan trafik, kami sampai dalam 2.05pm sedangkan Klinik Kesihatan Seri Kembangan bukannya jauh daripada rumah kami. Saringan HIV test disini bermula pada pukul 2 petang dan sehingga 4 petang, hanya pada hari Isnin, Rabu dan Khamis. Kepada B2B yang belum buat ujian saringan HIV, tolong ingat untuk pergi ke Klinik kesihatan terdekat dan tanya dulu hari apa diorang akan buat ujian saringan ni pasal setiap Klinik Kesihatan, mungkin berbeza pada hari dan waktu. Ada klinik kesihatan yang buat ujian ni ikut jumlah berapa ramai yang mendaftar pada hari itu.

Terima kasih banyak-banyak pada B2B dan mantan B2B yang pernah tulis cite tentang proses saringan HIV pasal kalau tak kerana semua post-post tu, mungkin kami akan amik nombor dan tunggu giliran yang tak kunjung tiba ;p

Saya terus gesa D ke kaunter dan amik borang. Memang tak perlu beratur (tapi kena beratur la depan kaunter. Jangan potong barisan di kaunter tu!) Borang ni dapat percuma sahaja. Kalau boleh, bawa pen sendiri. Tak perlu terkial-kial depan tu karang tunggu giliran nak pakai pen di klinik.


Lepas isi borang (cuma isi maklumat peribadi macam tulis nama penuh, alamat, nombor telefon), hantar borang semula ke kaunter. Kami orang yang pertama *yeay

Duduk sebentar.



Tapi kerusi tak sempat panas lagi, staf dah panggil nama kami. Diberi nombor giliran. Terus ke tempat yang dia suruh tunggu, letak borang dalam tray, kemudian duduk tunggu dipanggil.


Sekejap sangat buat saringan tu. Tak sampai 10 minit pun. Tapi masa cucuk jarum kat jari, sedikit sakit banding masa
derma darah hari tu. Pembantu perubatan tu titiskan darah kat satu alat, tunggu sebentar kemudian dapat keputusan. Kalau tak silap saya, staf tu kata kalau negatif, akan ada garisan kat bahagian C-T. Kalau positif ada perubahan pada ruang D. Tu kalau saya tak salah dengar la.

Terus dapat keputusan masa tu juga.


Lepas tu, terus boleh balik. Kejap sahaja kan ujian saringan ni?!

D masuk pejabat semula dan saya teruskan kerja melangsaikan deko kad jemputan.



Nota: Dengan baki hari kurang daripada 2 bulan, sudah tiada lagi masa untuk saya mencari idea baru. Sekarang, masa kena digunakan sepenuhnya untuk laksanakan apa yang dirancang. Jadi besar kemungkinan post saya yang kemudian-kemudian ni, akan menjadi semakin ringkas dan semakin kurang idea-idea baru. Tapi kalau saya terjumpa idea baru, saya akan kongsikan disini InsyaAllah



5 Ogos 2010

12 comments:

  1. Jorah!!~ haku nk meroyan neh!~mak aku nth ape sampuk dia mau diy veil!!~ aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!~

    ReplyDelete
  2. bagus gak tulis2 pasal ni...at least kita tahu apa yang dirancangkan?

    ReplyDelete
  3. hey.. sama la kita.. lagi 86 minggu saja lagi.. huhuhu.. harus bertukar pada i-need-to-start-preparing-things-now mode.. kalau x... asyik la berlengah, bongkang depan tv.. huhuh.. good luck on ur preparation..

    ReplyDelete
  4. so it's written non reactive on the slip tu la kan?awat kat klinik shah alam dia tak mo letak :(

    ReplyDelete
  5. laa..sekejap je ke. saya ingatkan nk dapat result kena tunggu beberapa hari. dgr mcm besar je kan..HIV tu. thanks xora for the info.

    ReplyDelete
  6. zaa dulu pun buat kat klinik kesihatan seri kembangan jugak! memang kejap je testnya..



    ok xora, ni masa untuk beri perhatian untuk benda yang penting tau..gud luck dear!

    ReplyDelete
  7. HIV test ni valid 6 bulan ek??oraits..ingat kan 3bulan je..

    ReplyDelete
  8. BPT: nnt aku wat post utk ko ok?

    Bai: yup, dalam waktu singkat camni, kena ikut perancangan dah kan?

    Zaila: iye, kita kan kembar tarikh! :D kalau bongkang depan TV smbil potong TQ kad tu, tak pa :P

    Meey@: aja aja fighting!

    Amalina: saya nye non reactive, tak jelas pulak. risau gak. ei ngapa dia tak letak? habis result camne nak tau?

    SK. haah kejap sgt. nak nya kalau kita yg first. tak smp 10 minit pun.

    Zaa: noted! tu la, dah takde masa nak experimen. skrang semua kena realisasikan aje.

    Hana: ada perbezaan pendapat dalam hal ni. ada yg kata, mmg HIV test tu valid 6 bulan,tapi utk kegunaan dalam hal kahwin ni, dikira 3 bulan selepas tarikh dibuat. utk pastikan, baik tanya kat pihak pengurusan nak kawin ni kot.

    ReplyDelete
  9. xora..kamu sememangnya perlu memfokus pada hari wed kamu saja! tinggal 86 hari saja lagi huhu serius saya pula yg berdebar hehe

    ReplyDelete
  10. Dulu masa buat HIV Test pun mcm terkejut jugak..uiks, sekejap jek rupanya. Ingatkan kena tunggu lama untuk resultnya..Memang canggih la klinik kesihatan sekitar Selangor ni.hehe

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)