16 July, 2010

Warna Bunga Tangan


Salam dan hai

Kadang-kadang, isu warna bunga tangan pun boleh jadi konflik.

Ada sesetengah pengantin, walau baju sudah putih, mereka tetap pilih warna bunga tangan putih. Bak kata orang, biar serba putih dan suci. Sama gak pengantin lelaki yang bersamping putih.

Tak salah. Tiada siapa yang kata tak boleh.

Pengantin harus la pakai apa sahaja yang mereka nak hari tu.

Citarasa dan selera setiap orang adalah berbeza. Yang itu memang kenyataan.

Sebenarnya, ayat pendahuluan kat atas tadi, takde apa. Cuma saya nak bercerita tentang bunga tangan. Bunga tangan saya untuk kedua-dua majlis InsyaAllah saya akan usahakan sendiri. Atas faktor kos, saya DIY sendiri nanti InsyaAllah. Pasal tu terpaksa rajinkan diri tengok YouTube cara nak buat bunga tangan *gelak.

Sumber kat bawah ni pula, antara laman sesawang yang ada ajar cara nak gubah bunga tangan.

Sumber: Realsimple.com

Saya dah ada sedikit gambaran tentang kombinasi warna untuk bunga tangan untuk majlis nikah saya nanti.


Bukan bunga macam ni. Ni sekadar gambar hiasan pasal cantik pula saya tengok.

Cuma yang jadi masalah saya, bunga tangan untuk majlis sanding.

Memandangkan insyaAllah tema kami warna kuning, saya terfikir, takkan la bunga tangan pun nak warna kuning? Warna paling selamat adalah warna putih. Tapi nanti sama pula dengan bunga pelamin--dah nampak cam baki bunga pelamin dijadikan bunga tangan pula nanti.

Jadi, menemui jalan buntu, saya tanya kepada vendor baju sanding saya, warna bunga tangan apa yang sesuai. Dia cadangkan tanpa fikir panjang --Merah! Baru nampak romantik.

Reaksi saya: takmo Merah! Tak kena langsung. Tiba-tiba timbul merah dalam kuning tu.

Tapi bila saya tengok gambar kat bawah ni--OK, Tarik balik komen tadi!


Sumber: WhiteSignature


Betul juga, buang masa sahaja la kan kalau penat-penat buat bunga tangan, tapi dalam gambar, kecantikkannya tak naik dalam gambar!

Soalan: Majlis korang nanti, pakai bunga tangan warna apa pula? Macam mana kriteria pemilihan bunga tangan korang erk?



16 Julai 2010

8 comments:

  1. bunga tangan rama-rama! - nikah
    yellow fresh flower - sanding :)

    ReplyDelete
  2. salam~~
    sy tdakla pndai sngt bab2 ni tpi dri pglman sy..bnga ptih krg sesuai kern bl tkena flash kmera..akn nampk pdar n krg mnonjol
    sb phtographer sndiri y mnshatkn..still leh gna sb tplg pd indvdu kan? :D
    ms my wddg sy lbh ttarik ngan bnga tgan wane merh wlpn tema sy pink + white + black

    ReplyDelete
  3. i sooooo want roses pink white yellow for my bunga tangan... siap dh bgtaw kat vendor nak bunga tgn mcm tue, tp last2, die buat mmg 180 degree lain, and i dont like it. kecewa. =(

    ReplyDelete
  4. xora i pun xtau nk wrne ape..memandangkan dh byk sgt warne dlm wedding nnti.heee

    bru terpikir putih.tp btul jugak..nnti xmenyerlah.

    merah??erm..ngn pink..ok kot.hehe

    ReplyDelete
  5. xora, zaa rasa merah adalah sangat cantik dengan kuning. as mine masa bertandang dulu pun. naik sangat! :)
    but its up to u dear!

    ReplyDelete
  6. Thal: wahh! sudah lama ditetapkan rupanya :)

    Fni: itu la, rasanya kita semua ikut deria mata kita kan? asal cantik, kita akan rembat! :p

    Aifa: ha, nanti nak cari gambar tu kat blog kamu la. boleh?

    Ziela: merah itu seksi

    Ms. Nona: pink tetap nak masukkan gak ye? :P

    Zaa: ha, nak terjah blog kamu gak. nak cari gambar bunga tu. boleh ye?

    ReplyDelete
  7. i pun lom decide nak hb kaler ape!!!
    wahhh.stress jugak ni.
    sudah rambang mata.sume cantek2 kan!!
    takde yang tak cantek lah! =)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)