16 July, 2010

Bukan Hak Milik Kekal


Salam dan hai

Hari ni, saya ada terima emel daripada seorang B2B. Dia hantarkan
gambar ni kepada saya



Memula macam tak faham, kenapa dia hantar gambar ni, tapi lepas baca mesej dia kat bawah tu, baru saya teringat, "Oh, ye saya pernah post deko pasal ni dulu berkenaan
Door hanger"

Ada soalan dia yang buat saya terfikir. Pasal dia tanya, saya berkongsi semua idea yang saya dapat daripada Internet ni, tak rugi ke? Nanti orang lain dah pakai, sudah tak fresh pada majlis saya.

Entah la sayang, tak terfikir pun.

Pasal yang saya fikir, kalau pun bukan saya yang post, mungkin orang lain yang post. Atau mungkin boleh jadi, mereka sendiri terjumpa idea tu tanpa bantuan mana-mana blogger.

Ilmu dan idea ni sentiasa berkembang. Tiada apa perlu ditakutkan atau disorokkan.

Yang saya kongsi disini, info yang saya kebetulan terjumpa dalam Internet. Info
yang memang bebas dibaca oleh sesiapa sahaja. Kalau tuan punya idea sendiri boleh berkongsi, apa tah lagi saya yang sekadar 'bernasib baik' terjumpa idea tu. Jadi tiada apa yang perlu dikedekut.

Cuma kalau idea tu memang hasil daripada buah fikiran saya sendiri,itu perkara yang berbeza :) pasal terdapat elemen sentimental pada idea tu, sudah pasti saya mahu saya yang 'rasmi'kan idea itu. Hihi. Iye, memang saya ada beberapa idea yang saya simpan senyap-senyap dan hanya berkongsi dengan kawan paling rapat. Bukan la idea yang dasyat sangat pun, cuma macam saya kata, terdapat elemen sentimental pada idea itu. InsyaAllah selepas majlis, saya akan kongsi.

Kemudian, dah alang-alang masuk laman sesawang Photoaura, saya pun layan tengok
gambar kawin Reyna. Cantik!

Soalan: Korang pulak macam mana? Sejauh mana korang simpan sesuatu idea daripada Internet? Adakah korang berkongsi atau simpan sorang-sorang?




16 Julai 2010

13 comments:

  1. macam zaa takde la simpan sangat, ape yang zaa dapat@tau, zaa share.lagipun za sendiri banyak tengok dari blog xora. :) thanks dear..sangat banyak yang xora share dapat zaa apply dulu :)

    ReplyDelete
  2. xora, u're such a very nice person! sangat berhati mulia.

    saya memang tak banyak idea. most of the entry saya letak utk majlis sendiri, impian majlis biasa saja. jadi tak ada idea canggih2. typical. kadang2 terjumpa something yg extraordinary bg saya, saya post ja..saya tak kisah pun org lain dah guna dulu, sebab saya pun belum tentu guna idea tu. teringin juga nak tgk idea tu direalisasikan. dan kdg2 kita boleh belajar, baiki mana yang kurang dari majlis orang tu.

    tu pendapat saya.

    ReplyDelete
  3. Zaa: absolute pleasure Zaa :). happy to help!

    SiKecil: "saya tak kisah pun org lain dah guna dulu, sebab saya pun belum tentu guna idea tu. teringin juga nak tgk idea tu direalisasikan" -- itu dia!tu adalah ayat yg lengkap utk sampaikan maksud saya :D betul SK, pasal kadang2 apa yg kita nak, cuma nak tengok idea tu hidup kan? tanpa kira siapa pun yg realisasikan.

    ReplyDelete
  4. erm, kalau lala, lala suka share, sebab lala pun rajin servey2 blog b2b ni, utk majlis lala nanti.

    kan kebaikan tu. kalau sama pun, apa salahnya sebab yang datang kenduri tu nanti bukan orang yang sama pun. hehe

    ReplyDelete
  5. hehe sharing is caring rite =) nora suka tgk idea xora, banyak benda leh wat lagipun ia sentiasa berkembang =)

    setakat ni pun nora masih belum ada idea yg betul2 mahu digunakan, maybe sbb majlis pun pertengahan tahun depan so masih tercari2 .. bila tengok b2b sharing idea it was so wonderful =)

    nora pun xkisah org guna idea sama sebab seronok tengok org buat, kadang2 ada juga idea sama tapi konsep tak sama. be creative rite =)

    ReplyDelete
  6. haishh.. susah nak jawab ni :P

    sometime simpan, sometime publish. haha. betul jugak ada benda yg patut dikongsi n some other things biarla kita yg rasmi dulu kan. hehehe.

    tapi mostly lebih seronok kalau kita share. rasa seronok or maybe bangga bila org apply idea yg kita bagi or tunjuk tu. thats what the blog for. "SHARE THE IDEAS"

    ReplyDelete
  7. ada yg ptt share kita share la kan..

    stuju ngan xora. keep sharing. ilmu tu ada di mana2. x elok kedekut ilmu.... hehe

    ReplyDelete
  8. Xora slalu post idea deco yg nice.. :) suke2.. rasenya tak salah kan kongsi.. kalau kita kongsi lagi banyak ilmu kite dpt next time :)

    ReplyDelete
  9. hihi..kite kongsi idea yg telah dipakai org lain tak kurang ape2 pun..unless u come out with a really fresh idea, then yg tu kite kena 'patent' jadi hak milik sendiri dulu..biar kite yg rasmi b4 others did..hehe..

    ReplyDelete
  10. hehehe xpe...simpan sket utk diri sendiri yer babe :)

    ReplyDelete
  11. Reyna tu cantek. sekali tgk ada gaya cam lisa surihani kan?...

    ReplyDelete
  12. selalu kata..berkongsi baik kan..

    mgkin kita x perasan..bila kita buat post..yg ada info baik dan sama2 bole manfaat..kebaikan tersebut tersebar..dan ganjarannya?

    mmmg kita x pk..tapi yg baik akan berbalik kalau bukan utk majlis kawen kita pun ( cth : jika kita ada share pasai idea kawen la kan..)..tapi mgkin bila satu hari kita pula kering idea mgkin pasal ilmu hias rumah..tiba2 dapat info tersebut dari blog org lain pulak..so konsepnya sama kan..

    ReplyDelete
  13. setuju dgn fikaryna..
    mcm sy, takde blog, takde idea, and to be honest tak tau lgsg dr mana nk stat plan wedding sendiri..

    tp, bila jumpe blog b2b mcm xora punye ni, rs grateful sgt, psl byk idea2 mnarik yg boleh dipertimbangkan..
    secara tak lgsg, jd guide utk plan majlis nnt.. dlm masa yg sama, slalu terdetik dlm ati utk doakan yg terbaik pada org yg byk membantu berkongsi idea2 yg best2 ni..hehe

    betul lah ape orang kata, tak rugi berkongsi:D

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)