Salam dan hai
Hari ni baru masuk opis. Perkara pertama saya buat:- mohon cuti.
Lepas selak jadual, rasanya selepas majlis kami pada 31 Oktober, minggu depannya 5hb November tu Deepavali. Jadi fikir punye fikir, saya cuma pakai cuti tahunan saya untuk 3 dan 4 hb November sahaja. Cuti kawin cuma 2 hari aje. Cis. Tapi jadi la, guna untuk 1 & 2 hb. Cuti sebelum majlis, buat masa sekarang saya cuma mohon 3 hari sebelum majlis saya sahaja. Kalau perlu cuti lebih awal, baru mohon lagi.
Ok, cukup pasal rancangan cuti kawin.
Kali ni nak kongsi gambar yang saya dapat daripada Google Images. Tak sempat nak save asal file ni daripada laman web mana. Deko menggunakan bingkai dan kertas berbentuk hati.
Cara deko yang mudah. Beli bingkai (atau kalau rajin, boleh buat bingkai ni sendiri. Nak jimat, gunakan semula sahaja bingkai yang sedia ada) dan macam-macam idea daripada betntuk hati ni boleh dihasilkan.
Idea ni saya rasa praktikal kalau nak guna dalam bilik pengantin, Save the Date atau hiasan di meja Guestbook. Rasanya, semuanya bergantung dengan kreativiti B2B semua nak deko untuk kegunaan di mana.
Pendapat peribadi, saya suka gambar yang terakhir tu *senyum
12 Julai 2010
xora..seme cantik tp yg bawah 2 mcm hati pecah jer..hehe..
ReplyDeleteRyna. haha. dak eh. tu hati nak kumpul jadikan lengkap tu sekeping hati yg besar :P
ReplyDeletecomelnye idea nih.hehe.sangat praktikal utk buat:p
ReplyDeleteyeay dah mohon cuti heheheh wahhh deco tu sgt menarik n kreatif...yg betul2 gagah nak wat luv2 tu sure mampu merealisasikannya..=P
ReplyDeletesaya tidak segagah itu hehehe
same fikiran dengan fikaryna...tapi bila xora dah jawab..kira btol la tuhh...terbalik ghupernye.. :p
ReplyDeletebest ar blog xora neh. banyak banget idea cantik!
ReplyDeleteoyyes!
ReplyDeleteyg last itu memang cantek!
cik Xora, jemput ke blog sy terima award :)
ReplyDeleteoowhh...teringin nak buat2 kreatif mcm ni...
ReplyDeletetapi belum ade mood and idea lagii laaa...
my personal fav pun yg last tu jugak..
ReplyDeletebabe.. i pun berkira2 nk mengambil cuti ni.. raya pun i cuti sikit2 je.. semua nk simpan utk wed punya last minute preparation. =(
Salam!!! Cantik blognyer... MC suka dan selamat pengantin baru nanti. Jangan lupa jemput saya yer?
ReplyDelete