10 July, 2010

3 Bulan, 2 Minggu, 6 Hari

Salam dan hai

Tajuk post ni dah menunjukkan yang post ni hanya post kemas kini persiapan saya.

1. Kad Kahwin
Sudah sign off dah LH sudah hantar ke kilang untuk print. Mungkin dalam minggu depan sudah boleh dapat. Ada sedikit perkara kecil yang saya tak perasan, tapi terlambat untuk betulkan. Tapi tak apa. Abaikan. Tak berbaloi untuk buat saya tertekan pun *tipu, sedangkan tadi lepas perasan, gila tak de mood. tapi nasib baik jumpa cadar katil cantik. Terus beli dan mood OK kemballi* Kemudian baru sesi mengikat riben dan rasanya hal remeh dan teliti macam ni, sesuai buat dengan ibu. Nanti kad yang sudah beriben, baru bagi kat D. Anggaran masa sehingga akhir bulan ni--paling lewat.

2. Set cadar katil pengantin
Cadar katil biasa sahaja tapi rasanya sesuai nak digunakan untuk bilik tidur saya nanti. Saya memang tak berminat dalam hal bilik pengantin ni. Tapi untuk ibu, layankan aja. Ibu dah pesan, cari cadar katil yang dibuat daripada cotton 100% kalau boleh. Sudah risik harga dengan kawan-kawan yang dah berkahwin, memang kena tunggu ada sale, baru la dapat dalam kadar RM200 cam tu untuk design yang cantik. Jadi masa singgah ke Parkson, berkenan dengan satu design, warna pink *geli gila tapi itu sahaja yang sesuai dengan warna cat dinding dan design cantik* harga dalam budget, jadi terus sambar. Selesai. Dapat pulak free gift comel ni dua!


3. Barang kemas untuk hantaran
Sudah amik! Cantik. Saya suka *senyum lebar. tapi ruang untuk engrave di cincin tu terlalu kecil pulak. Kang buat rugi nak engrave. Tapi bagi juga, cuma buat singkatan nama "D & B" sahaja. Tapi cincin merisik hari tu, pun kami amik keputusan nak engrave. Yang tu, tulis nama kami *mode suka. Tapi minggu depan baru boleh amik. Haiih. Jadi, bawa balik dulu gelang.

4. Baju untuk famili
Baru amik baju ibu untuk majlis saya daripada tailor. Baju kurung biasa sahaja. Ibu memang seorang yang simple. Tapi asal dia suka, saya pun suka. Ayah punya baju dah lama amik, daripada bulan 3 hari tu pun dah siap. Baju untuk abang saya yang kedua, k.Rina cakap dah hantar kat Kimie Kajang. K.Ana, Awi dah dapat terima tak kena pakai baju warna pink?? *gelak guling

5. Siling baru

Terima kasih untuk pembetulan ejaan *mod malas nak semak ejaan hihi**. Ayah nak juga renovate siling bilik saya, jadi layankan sahaja. InsyaAllah, kerja bermula 17hb, nanti katil lama saya dikeluarkan dan selepas selesai kerja renovate tu, saya tidur di atas tilam sahaja. Huhu, berlapikkan tilam, tidur di atas lantai. Pasal terlalu awal nak pasang katil baru. Semuanya selepas raya, baru katil dipasang.

6. Kemas kini lagi
Kemas kini lagi belanjawan dan tentatif perjalanan kami. Sekarang, semuanya saya simpan dalam pendrive ni. Huu, sunguh cepat masa berlalu!


7. Video Save the Date
OK, lega !! Alhamdulillah, sudah selesai! Terima kasih Nity datang tolong aku *hugs & kisses. Sabar ye B2B, nanti sebulan sebelum majlis, InsyaAllah saya akan masukkan.



Ok, sekian sahaja kemas kini hujung minggu.

Sangat penat dan terhidrat!



10 Julai 2010

11 comments:

  1. wah bagus bagus..excited mahu tgk kamu naik pelamin..

    Err xora..yang no. 5 tu rasanya siling yang kamu maksudkan. Ke silap jugak? Huhu

    ReplyDelete
  2. cik xora, bila2 bleh tak bg tip2 nk kena check utk kad kawin? =)

    bestnya..banyak dah setel ni.
    btw, ejaannya ialah siling. without y. hehe..

    ReplyDelete
  3. Dear all: yeah benar!! Pelajaran hari ni bukan syiling ye, siling ye. eja semula Xora :p hihi. SK, nanti saya dah dapat kad, saya akan buat post mortem ye ttg tips tu ye ? :D

    ReplyDelete
  4. hehe bestnya dengar persiapan cik xora :) moga terus sukses :)

    ReplyDelete
  5. hi babe... nampak nya date wedding kita sama rupanya (motif nk highlight jugak).. wah banyak yg dah siap ek...all items mentioned above,i x prepare lagi.. mati la...

    ReplyDelete
  6. Nora, thanks ya :D InsyaAllah, harap semuanya pun selamat

    Zaila: haah, kita kan kembar tarikh!

    ReplyDelete
  7. wah, sudah banyak yg dah diperkemaskan dan ready..

    makin dup2 tak? hehe..

    ReplyDelete
  8. bgs nye! x sbr tunggu wedding xora.. semua yg xora tulis kt sini, i settlekan a week before wedding. hehe

    ReplyDelete
  9. salam..hai,saya pn b2b gak..hehe..nak tanya doorgift utk guest u bg apa ek..tgh mencari ni..huhu..lagi 2bln nk jadi b2b..:-)

    ReplyDelete
  10. salam..hai,saya pn b2b gak..hehe..nak tanya doorgift utk guest u bg apa ek..tgh mencari ni..huhu..lagi 2bln nk jadi b2b..:-)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)