20 July, 2010

Belum Pernah Jumpa Yang Ini


Salam dan hai

Ada beberapa perkara saya terlepas pandang untuk kemas kini, jadi nak buat sekali harung:-

1. Cat tembok rumah
Ayah dah siap catkan tembok rumah. Sebenarnya, bukan la cat betul-betul. Tapi cuma touch-up sikit aje dengan baki cat putih daripada kerja siling hari tu. Walau cuma touch-up tapi tetap seronok tengok rumah dah serupa baru.

2. Innershine
Ok yang ini memang pengaruh televisyen. Tak mungkin la kan, lepas minum tiba-tiba mata terjadi macam mata anak kucing kan! Tapi laju sahaja tangan capai kotak-kotak ni kat Watsons! Saya dah minum sebotol. Sedapnya...!! Sangat suka. Tapi sayang nak minum pasal otak secara automatik berkira-kira, sebotol ni hampir sama harga dengan makan tengah hari saya! Jadi macam sayang nak minum. Mungkin nak amalkan dalam sebulan-dua sebelum majlis.


3. Bulan madu
Dulu, saya pernah tulis kat sini yang kami memang tiada rancangan bulan madu pun
[post penuh disini] .
Tapi tak sangka, dalam diam D uruskan semua *lompat!. Terharu sungguh-- baik daripada pengangkutan, tempat tinggal sampai aktiviti kat sana, semua D uruskan. Saya cuma angguk-angguk sahaja macam ma'am besar bila dia update kat saya apa rancangan dia. Alhamdulillah, harap semuanya diizinkan Allah *senyum

Ok. Cukup kemas kini buat masa ini.

Kalau ikut kepada senarai semak untuk Bulan Jun, semua alhamdulillah, masih ikut jadual. Cuma amik kad kahwin daripada LH sahaja yang belum berjalan. Mungkin dalam minggu ini atau minggu depan saya dapat khabar kot. Sepatutnya, dalam bulan ni, saya dan D kena pergi jumpa katerer untuk bincang dengan mereka, antaranya macam warna riben kerusi. Saya nak warna kuning macam gambar kat bawah ni (Atau mungkin ton lebih lembut), tapi tak tau la mereka ada ke tak. Sebolehnya, memang tak mahu riben warna gold. Kena tengok koleksi dalam simpanan katerer macam mana.


Sumber: photoaura.net


Ok, sebenarnya, tajuk post kat atas ini, berkaitan dengan gambar kat bawah ni. Tadi yang panjang-panjang kat atas tu cuma mukadimah sahaja *hihi

Saya terjumpa sesuatu menarik dalam Internet lagi---'bunga tangan' ni di laman web
Ruffledblog.


Sumber: Ruffledblog

Ini kali pertama saya terjumpa 'bunga tangan' dibuat menggunakan manik! Saya tak tau macam mana bunga ni direka. Dengan baju pengantin amat sederhana, tanpa sebarang manik atau renda, bunga tangan tu beri sentuhan magikal kepada keseluruhan penampilannya!

Dasyat cantiknya.

Paling utama, bunga tangan tu dibuat sendiri oleh--Ibu pengantin.

Kasih sayang ibu tiada tandingan *senyum. Erm, bila nak kasi ibu mulakan projek bantal bulat pulak ni *ngada-ngada.


20 Julai 2010

14 comments:

  1. tak lama ye ur big day..congratulation..moga lancar semuanya ye..amin.. :)

    ReplyDelete
  2. xora,
    i suggest u mkn grapeseed oil or vit e utk effect sm mcm innershine pati prune.. xde la mhl mcm innershine tue.. huhu

    ReplyDelete
  3. Nuraitul: terima kasih. InsyaAllah ya :D

    Aifa: saya sekarang selalu amik Primrose oil dgn Vit. C. Grapeseed oil tak pernah dengar lagi. nak cari kat mane?

    ReplyDelete
  4. ya..sama lah kita cik xora..innershine...pasti di minum..emm sedap ek?

    ReplyDelete
  5. xora sy pun terpengaruh jugak innershine tu..haahaa...serious sedap kalau minum yg sejuk kan...tapi takot la xora, sy still was2, boleh ka sy ni beseri???hukhuk..

    ReplyDelete
  6. bunga tangan tu unique. suuka =)

    kalau dlm 3 bulan sebelum majlis makan innershine tu okay kot. sbb mahal kottt. huhuhu

    ReplyDelete
  7. makin tgk mcm2 makin byk idea akan makin tension..lol..

    nnti da siap bntal tu make an entry on it tau

    ReplyDelete
  8. INNERSHINE. Pilih yang sgt baik. saya pun makan ni 2 bulan sebelum jer atas alasan yang sama. hahahaha... but its work. rasa refresh sgt dan bertenaga pastu bukan je dapat sinarkan mata but its also can help on the eyebag. For me la but saya rasa its will work for u too dear.

    Happy planning and countdown for the DAY. =)

    ReplyDelete
  9. eleh..ayat mau bodek mak la 2..hehe..

    moga berjaya!

    ReplyDelete
  10. innershine mmg sedap sgt.penah amal before wedding tp sbb minum gitu2 je (kos xdak n mahai la) jadi x tau la berseri ke tak.kena selalu minum kot br jadik

    ReplyDelete
  11. xora,
    kalau tak silap sy prun tu utk kulit. kalau nak beli yg utk mata, pati berry ok. tp memang elok produk. cuma harganya jer lah buat kita pikir 2x nak teguk sampai habis kan..sAyang :p

    ReplyDelete
  12. grapeseed oil yg sy mkn leh dpt kat HPA mart.. kl byk kot outlet hpa...

    ReplyDelete
  13. kat Brunei memang byk bunga tangan yg d buat daripada manik...

    ReplyDelete
  14. baru terbaca post xora yg ni..
    camne leh terlepas lak ni.. :P

    suke bunga tangan tu! my mum pun tgh gile wat bunga manik skang ni.. cantiknyee.. nape la my mum xblaja awal2.. kalo x, leh mintak die wat kan bunga tangan cmni dulu.. heheee.. ngade jugak! :P

    * nak wat entry utk bunga manik mama laa.. tq bg idea.. hehe!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)