Salam dan hai
Kemas kini lagi tentang persiapan saya *dalam mode pantas*
1. Katil bilik pengantin
Bilik pengantin adalah bahagian persiapan yang saya paling kurang amik tau. Sampai ke tahap, katil pengantin pun ibuayah yang pilih. Saya cuma bagitau, mungkin katil kena warna coklat, untuk sesuaikan dengan built-in cabinet dalam bilik tu. Katil dah lama sampai tapi saya langsung tak tengok. Ada tersimpan elok dalam kotak. Ibu tak kasi buka dulu, takut saya lenjan. Katanya nak pasang lepas raya. Layan~
2. Senarai tetamu
Siap sudah print senarai tetamu belah ayah. Lebih kurang 100 orang sudah siap. Lagi 200 kena siapkan, tapi ayah kata, yang baki-baki tu ayah bagi by hand, jadi tak perlu sticker pun tak apa.
Kawan-kawan setaman dan kawan pejabat pun, saya sudah print elok-elok atas sticker. Kawan pejabat paling mudah nak tulis nama pasal saya cuma rujuk kepada directories terus. Hihi. Pasti ejaan takkan salah.
Memandangkan setem akan naik harga mulai bulan ni, jadi saya ras bagi kad by hand menjadi alternatif terbaik buat masa ini, selain e-invitation. Mana kawan-kawan setaman yang sudah pindah, yang itu sahaja yang saya akan pos. Terima kasih kepada BakaL Puan T, yang berkongsi list tu dengan saya, kami setaman dan kebanyakkan jemputan kami sama. Terima kasih banya-banyak wei!
3. Engraved cincin nikah
Terima kasih pada laling bagi saya idea untuk engrave. Daripada dulu, memang tu jadi impian saya. Tapi entah macam mana, masa beli cincin tu, langsung tak ingat. Ni tips penting juga; kadang-kadang kena kongsi cerita tentang impian kita dengan kawan-kawan terdekat yang dipercayai, pasal mereka dapat ingatkan kita perkara yang mungkin di saat akhir, kita terlupa.
Tapi belum tanya lagi salesperson tu. Kita tengok macam mana terma dan syarat nanti.
.. dan tak, cincin saya bukan macam gambar kat atas. Tu sekadar contoh.
4. Skrip emcee
Saya cuma pakai semula skrip majlis abang saya hari tu, buat sedikit olahan bersesuaian dengan majlis kami nanti. Banyak juga bahagian skrip asal yang saya buang pasal tak mahu skrip terlalu panjang, mengah emcee nak kejar. Pantun semua pun, saya minimumkan penggunaannya.
Isunya sekarang, saya cuba jadikan skrip tu tak terlalu formal dan lebih santai di halwa telinga tetamu. Tapi menemui jalan buntu. Jadi saya kasi skrip tu kepada seorang kawan. Dengan pengalaman dia selalu jadi emcee, saya rasa dia boleh olah semula skrip tu lebih baik daripada saya.
5. Bantal hantaran.
Alhamdulillah, sudah siap 3 bantal hantaran. Tinggal lagi 6 bantal. Terima kasih ibu yang buatkan! Lepas ni, projek DIY ibu seterusnya, menjahit langsir.
Itu sahaja buat masa ini.
1 Julai 2010

dear, realitinya kamu dah byk yg setel...saya , katil pun lem beli lagi, senarai tetamu pun lum kumpul lagi,huuhu
ReplyDelete=) kita pon nk engrave his ring! tp maybe tunggu after raya.. kot kot mengurus. hahaha =P
ReplyDeletesaya suke engrave semua bende, jam tgn pon engrave juga! best!
ReplyDeletexora, nanti update pasal engrave tu ye.. incase ada tmpt takleh buat engrave ms beli. mungkin ada option..
ReplyDeletebyk dah setel ye..good2.
nampaknya berjalan lancar seperti dirancangkan.. insyaAllah.
tak sabar tau nak tgk wedding xora!bestnya tgk prang prepare ;)
ReplyDeletediam x diam...mia dok baca org nye persiapan...mia pun x hbs2x g...tgk masa mkn cepat berlalu....xora byk gak dh siap2
ReplyDeletesungguh efisyen anda ye...i need more time tapi tamo kawen lambat..bole ke nk curik mase ngn nk exams lagi.*benci!* >.<
ReplyDeletebravo babe!
ReplyDeletehappy betul tgk orang semua dah byk setel.. =)
xora bukan prang...tapi orang...silap eja..sowi
ReplyDelete