03 July, 2010

3 Bulan, 3 Minggu, 6 Hari


Salam dan hai

Kemas kini ringkas tentang perjalanan saya.

Draft kad sudah dapat! Alhamdulillah.

Saya suka draft kad saya pasal LH Creative dapat hasilkan kad yang amat simple, seperti yang saya nak. Tiada ayat menjela yang orang mesti takkan baca, nama saya dan ahli keluarga besar dan jelas fontnya, tiada border kad yang terlalu melampau kerawangnya; cuma yang saya rasa perlu dibetulkan.

a. Muka depan kad. Saya tak pernah guna nama pertama saya. Sedangkan masa tunjuk draft ni kat famili, abang saya kata "Oi, apasal nama ko, ko pakai *****?!!" Perhatian: Tiada siapa panggil saya dengan nama pertama saya, termasuk keluarga saya sendiri. D akan panggil nama pertama saya kalau dia nak menyakat saya. Tapi bukan salah orang kad pasal kad contoh yang saya bagi, memang pengantinnya pakai nama pertama dia jadi mungkin pasal tu orang kad tu buat macam tu.

Imej hati tu (*nganga) harus dihapuskan. Tak mahu gambar. Sedangkan gambar kami pun saya tak letak, apa tah lagi gambar yang bukan gambar kami :P



b. Sampul kad. Lagi sekali, tak mahu ada tercetak nama kami berdua. Biar orang tertanya-tanya, gerangan siapakah yang mengutus. Tak mahu rama-rama.


c. Saya dambakan bunting yang simple. Masa designer telefon saya tanya "nak letak gambar tak?". Saya kata taknak. Tiga kali dia tanya, tiga kali saya jawab taknak. Tup-tup, diletakkan gambar kartun. Tapi tak apa. Bagus untuk usaha mereka menghasilkan sesuatu yang lebih daripada yang pelanggan inginkan. Saya percaya setiap orang ada citarasa sendiri, tapi mungkin rekaan ni bukan untuk saya. Jadi nanti mahu email mereka contoh bunting yang saya nak. Amat simple pasal yang penting, nama kami dapat dibaca sekali imbas dengan terang, nyata dan jelas. Rasanya mesti orang kad tu pun pelik-- ada ke orang nak design simple macam ni *angkat tangan


Esok baru nak balas emel mereka. Kena bincang dengan D dulu macam mana. Tapi bagus perkhidmatan LH pasal kurang daripada 10 hari yang dijanjikan, sudah hantar draft pertama dengan pembetulan yang amat minimum. Pembetulan hanya disebabkan citarasa saya dan bukan silap orang kedai. Semuanya OK buat masa ini Alhamdulillah *senyum*



3 Julai 2010

6 comments:

  1. LH mmg terbaek! kerja diorang cepat. harga pon okay jugak. *haha, puji sbb buat kt tpt yg same jgk*

    ReplyDelete
  2. bunting itu bukan ko!!~tukar2!~

    ReplyDelete
  3. Ida: bias ye! :P
    BPT: totally!

    ReplyDelete
  4. dok terbayang how the card will be,xora...simple camne tue..selalu mia jumpa kad yg plg simple depan tu kosong (tulis nama penagntin) je.

    ReplyDelete
  5. Mia: Tu simple yang saya nak :) memang nak edit dan cuma letak nama kami sahaja. :)

    ReplyDelete
  6. >> yezza saya pon tmpah kat LH Creative, mmg terbaekk..order saya diorg siapkan dlm masa 5 hari..and suma nya perfect cam yg saya request...siap dapat extra 10 kpg katanya in case ada kad yg rosak, tapi after check xde yg rosak, so rezeki dpt extra..hehehe

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)