Salam dan hai.
Lagi kemas kini.
1. Bilik pengantin
Semalam pergi dengan ibu ayah, cari idea untuk bilik pengantin. Saya berkenan dengan deko yang dibuat kat dalam satu kedai ni, jadi bawa la ibu ayah pergi tengok kedai tu dan amik idea daripada dekorasinya. Diorang pun suka dan setuju. Tapi masa tu cuma tengok sahaja, belum beli. Sekadar bertanya ongkosnya dengan orang kedai. Sudah minta ayah tolong belikan keperluan untuk dekorasi tu minggu depan. Ok lega, idea untuk bilik pengantin sudah selesai. Sekarang cuma nak realisasikannya secara berperingkat.
2. Kad kahwin
Belum sempat emel lagi kat LH. Esok saya akan emelkan semua pembetulan. Sudah bincang dan dapat persetujuan (walaupun ada konflik heheh.. Ini la nasib bila kad kahwin satu, jadi kena dapatkan persetujuan bersama). Rasanya dengan kepantasan bekerja mereka, sebelum akhir minggu depan pun, sudah boleh dapat draft kedua.
3. Penuhi jemputan
Minggu ni agak lapang jadi sempat penuhi jemputan kenduri Ziela. Tapi tak sempat nak tunggu sampai habis pasal kena berkejar ke tempat lain dengan ibu ayah.
Huuuh! Minggu terkejar-kejar sikit, tapi rasanya boleh lagi kalau nak dipadatkan.
Mungkin minggu depan, buat aktiviti lain pula. Kena kejar dateline senarai semak.
4 Julai 2010
salam
ReplyDeletekak
mohon pautkan blog saya di blog akak ya
terima kasih
http://www.rakkayu.blogspot.com
ooh xora u dtg! nape xtonjolkn dirimu..buruknye gambar sy tu..hehe..btw tq sudi dtg..really appreciate it! :)
ReplyDelete