Salam dan hai
Semalam malam, tak tau apa yang rasuk diri saya, tapi tiba-tiba semangat jitu nak taip nama-nama jemputan untuk ibu ayah. Sebelum balik pun, sudah bagitau ayah siap-siap, balik nanti bagi saya buku hitam dia yang ada semua nama-nama tetamu dia. Saya nak taip.
Saya kesian sebenarnya, tengok ayah dan ibu gigih menulis satu-satu kad kahwin tetamu diorang masa abang saya kahwin dulu. Penat oh tulis. Amik masa beberapa hari, baru siap. Jadi saya rasa, memandangkan saya pun ada masa terluang, jadi apa salahnya saya taipkan siap-siap atas kertas sticker. Nanti dah sampai waktunya, mereka cuma tanggalkan dan lekat sahaja.
Sebenarnya, tak kisah pun sama ada nak tulis nama jemputan kat kad tu, pakai tulisan tangan atau print dan tampal.
Ada sesetengah orang suka kan tulisan tangan, lebih mudah dan lebih personal. Ada yang suka print nama tetamu pada sticker atau print nama tetamu dan tampal pakai gam, lebih nampak bersih dan elegant. Mana-mana pilihan pun tak salah. Terpulang pada pilihan dan kesesuaian sahaja.
Saya punya nanti, adalah kombinasi daripada kedua-duanya. Tetamu yang mana saya dah ada alamat lengkap dan memang dalam senarai tetamu, saya akan print siap-siap atas kertas sticker. Mana-mana yang kalau-kalau saya tertinggal, tak sempat saya taip, saya tulis pakai tangan aje.
Tapi sebolehnya, semua nama saya nak taip. Tak berapa nak sebenarnya nak tulis pakai tulisan tangan. Pasal.. erm..
Dah tengok tulisan saya??
Buruk.
Kesan akibat terlalu banyak bekerja dengan komputer agaknya. Jarang gunakan tangan untuk menulis.
Malam tad, sudah siapkan tetamu ayah ibu yang ada alamat rumah. Tu pun lebih kurang 70+. Tetamu yang tiada alamat rumah, ayah kata biarkan. Yang tinggal tu ayah akan bagi pakai tangan sahaja pasal banyak sedara mara dan kawan-kawan masjid ayah sahaja.
Pagi ni, saya baru buat percubaan printing. Ni kertas sticker kat bawah ni, untuk tetamu saya. Baru beberapa jemput saya sempat tulis.
Walaupun sebenarnya taip, print dan tampal ni lebih leceh daripada terus tulis di atas kad, tapi mungkin kelebihan pada saya adalah masa. Saya ada banyak masa sebelum majlis. Jadi ada baiknya saya buat dulu mana yang saya sempat. Kalau sudah 'masa kecederaan', saya pun tak berani dan malas nak luangkan masa menaip satu-satu nama.
Tapi kan, penemuan baru-- saya dapat siap taip alamat untuk 70+ tetamu ayah ibu dalam masa 30 minit. Rasanya, kalau saya menulis, mesti makan lebih banyak masa kot. Lenguh lagi, berhenti pergi minum dulu, tersilap tulis lagi..
Rasanya, sempat kot nak taip semua nama-nama tetamu saya dan D, yang lebih kurang dalam 200 kad ni, atas kertas sticker. InsyaAllah.
Selesai perihal kad dan sticker nama. Hujung minggu ni InsyaAllah nak selesaikan urusan kad kahwin pula. Ayah sudah buat pesanan penaja, Raya pastikan kad sudah siap pasal nak edarkan kad masa beraya rumah orang. Jadi daripada pengalaman uruskan kad kahwin abang saya, tarikh siap kad bertindih dengan waktu nak raya memang waktu yang amat kritikal. Tu belum amik kira, kalau-kalau ada masalah pada kad macam, kad tak betul spesifikasi atau sampul tak cukup ke. Baik siapkan awal sedikit. Jadi bila dah siap dan kalau lah ada masalah, masih ada banyak masa untuk meroyan dan minta yang bukan-bukan kat vendor :P
Lagi kemas kini.. erm! Semalam saya meroyan sekejap pasal video DIY saya kat Movie Maker boleh pulak tak dapat save! Jadi lepas taip alamat rumah tetamu, saya terus sambung buat video tu daripada sifar. Baru sempat siapkan zaman sekolah sahaja dulu, tapi masih tercari-cari idea untuk teks selingan. Jadi kiranya, masih belum siap.
Sekian kemas kini daripada saya.
Ada B2B yang emel bertanya, macam mana nak pilih lagu yang sesuai untuk video. Yang tu, nanti saya akan tuliskan post minggu depan ya?
Selamat berhujung minggu dan pada mereka yang ada jemputan hujung minggu ni, berhati-hati di jalan raya ok!
4 Jun 2010
eiy jgn share lagu feveret kite! wakakaka aku si hati busuk!
ReplyDeleteKo tau, semalam aku dah nak pakai lagu tu. nak bagi ko sakit hati. haha. tapi tak jadi coz lagu tu tak sesuai dgn jalan cerita aku. tapi memandangkan ko dah mention jgn share, so aku nk share :P
ReplyDeletewhee! nak tunggu entry itu! hihi..
ReplyDeletenak jugak!!!! =)jgn lupa sy yer ehehe
ReplyDeletekena 2ggu nie... cam 2ggu movie baru kat pawagam.. heheheh
ReplyDeletesy tgh gigih menaip-gunting-tampal ni.hehe
ReplyDeletexora..ryna setuju bab nak taip sbb tulisan tagan x comey..tapi tulisan ryna lagi comot..hehe..
ReplyDeleteselamat menaip dgn gigih okeh..
xora!! cepat2 skett..nnt elya boleh refer..
ReplyDeleteand ur hand writing pun ok jee...elya type2 ni lambat sket...mebi nnt suh adik laa type kan !!~ devide2 tugas...ha3
nape u xdpt nk save pulak? btw, i bet u saw the links i gave?
ReplyDelete