10 May, 2010

Hafiz- Hafizah


Salam dan hai

Entah kenapa, pada hari Ahad hari tu, dari pagi ke petang, sepanjang perjalanan kami, banyak pula la kemalangan berlaku.


Nak nya Putrajaya tengah hari semalam memang hujan selebat-lebatnya. Sampai banjir kat sesetengah tempat.

Tapi jemputan tetap kena pergi. Kali ni jemputan dari kawan sekolah kami, Hafiz Jamal.


Masa kami sampai, saing pula dengan pengantin. Pengantin datang dalam hujan rahmat


Ni kali pertama pergi ke Dewan Seri Seroja. Tak tau pun kat Presint 15 ada dewan. (Gambar ni amik masa dah selesai majlis. Pasal tu tak hujan lagi. Hihih)


Nasib dewan ni ada basement parking. Sedap gak parking pasal tak perlu risau apa.

Bila saya dan D pergi ke pintu utama dewan, tak pasal-pasal saya dan D sudah macam daripada rombongan belah perempuan pulak. Ikut aje la berjalan belakang pengantin. Pasukan kompang stylo berbaju melayu bersampin kuning.



Molek pula bila nama pasangan dekat-dekat macam ni :D


Masa kami sampai, sedikit keliru nak amik makanan kat mana. Rupanya, meja buffet disediakan ruang lobi dewan dan lepas amik makanan baru masuk ke dewan. Saya rasa, mungkin tu cara untuk muatkan kerusi meja lebih padat dan penuh di dewan tu.

Kami duduk betul-betul dekat dengan meja pengantin. Tiada pelamin, Cuma terus makan beradap. Tapi kat atas pentas, pasukan kompang tadi, mainkan lagu gamelan pula. Best sangat!

Seperti biasa, saya dan D memang suka kacau pengantin makan. Sempat la amik gambar dengan pengantin baru- Hafiz Hafizah.


Saya jumpa Hafizah sekali sahaja masa
majlis Naufal. Bagi saya, dia seorang yang sangat ramah, tanpa perlu nak terlalu bersungguh-sungguh. Saya rasa selesa berborak dengan dia. Dia sangat menyenangkan walau pertama kali berjumpa.

Masa nak turun, boleh terperasan bunga pahar (thanks Ally! :P) ni. Saya dok fikir, mana la telurnya. Rupanya, bunga pahar ni pakai bunga puyuh! Stylo, pasal bunga pahar tu warna gold, kemudian ada benda bulat-bulat, kemudian tiba-tiba ada telur puyuh. Cantik!


Ni buah tangan majlis. Restu Rezeki semakin fofular la sekarang!


Selamat Pengantin Baru Hafiz. Teringat masa Hafiz ni kat sekolah dulu. Punya la jarakkan diri dengan perempuan. Sampai kalau tersentuh hujung baju dengan perempuan, bagai nak gila dia kibaskan hujung baju dia! Tak tau la apa yang dia nak samak sangat. Tapi tup-tup, dia kahwin dulu daripada aku! Hahaha


10 Mei 2010

8 comments:

  1. wah...hafiz-hafizah...ma fren plak, shazwan-shazwani...he3

    ReplyDelete
  2. bebeh gmbo pertama itu di jalan menuju puchong area kinrara bukan?

    *aku sedang kompiden jawapan aku betol neh*

    ReplyDelete
  3. Mrs.Eng: best kan, sweet aje tengok!

    B.P.T: betul! 10 markah utk ko!

    ReplyDelete
  4. nama sy pn hafizah hehehe tapi x penah lg ada bf nama hafiz :P

    ReplyDelete
  5. nama sy pn hafizah hehehe tapi x penah lg ada bf nama hafiz :P

    ReplyDelete
  6. bunga manggar ke bunga telur ni xora?hehe...sy rs bunga telur kot yg xora mention tu..hehe..idea tu sgt best..

    ReplyDelete
  7. Ally, tu la akibat bila rumah internet takde, tak dapat nak semak :P thanks pasal alert saya :D

    ReplyDelete
  8. Blog walking ~ salam perkenalan...

    Sedap nama pengantin, Hafiz + ah :)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)