02 March, 2010

Wedding--Mamak Style!

Salam dan hai

Terlewat ni nak up post ni.

Sedikit bz dengan kehidupan realiti :D OK majlis Mohd Irwan dan Nadia Nadira ni berlangsung pada 27hb. Pada malam hari, hari yang sama majlis di rumah Wani. Majlis Irwan atau panggilan manja dia kitorang bagi Irwan Mamak, ni dibuat di Menara PGRM (kalau tak salah la pasal kad kat D. Saya tak ingat sangat :P). Irwan ni kawan saya dari sekolah rendah. Nadia ni saya kenal masa saya buat diploma kat UiTM Segamat. Tak sangka, mereka bertemu jodoh di UiTM Shah Alam. Irwan pun terkejut bila saya dan Nadia masing-masing cam, walau kami takde la berkawan rapat. Tapi selalu bertegur sapa juga la kalau terserempak kat kolej dulu. Dah nama jodoh kan? :D

Irwan dah pesan datang awal pasal parking mungkin akan jadi masalah. Ikutkan pada kad, ketibaan pengantin dalam 745pm tapi tipikal la, mesti kena jumpa VVIP dan VIP dulu. Jadi saya dan D tiba pun dalam 8pm. Pengantin ada dalam bilik VIP (saya stalker jadi ternampak :P)

Sangat suka susunan usherer! Kami disambut dengan baik oleh kaum kerabat Irwan. Tersusun di belah kanan sedara mara perempuan, belah kiri sedara mara lelaki. Jadi mudah la untuk bersalam.

Dah masuk dewan, pun ada penyambut lagi. Mata kami mula melilau cari muka yang kami familiar. Muka kawan-kawan sekolah. JUMPA! Jadi terus aje duduk semeja sambil makan kacang untuk alas perut yang lapar bangat :P (lapar ke hapa, petang tu sudah la ada majlis Wani saya dah makan tak ingat, kemudian ada jemputan jiran yang baru pindah, pun saya tumpang makan sekali.. nyums!)

Tunggu pengantin agak lama gak, tapi takpe la,nama pun raja sehari kan. Lagipun, emcee majlis amat pandai 'kill the time'. Dia pergi meja ke meja dan minta kita buat ucapan untuk Irwan (suara dan muka emcee tu amat familiar. Rasa cam dj radio). Masa mic sampai kat D, saya tengok muka D dah pucat sangat :P ahahah.. Dia cakap pun tergagap, jadi saya konon backup la bisik kat dia ucapan sekian-sekian. Tak tau la dia dengar ke tak :P Tapi bila D pass mic kat saya, saya terus pass kat kawan sebelah. hihihihi.. Kawan saya sebelah pass kat kawan lagi sorang. Dah jadi cam main microphone beracun! :P

Tapi kawan-kawan yang lain amat sporting nak bagi ucapan.



Sambil-sambil tu, kami dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu hindustan oleh salah seorang sedara mara Irwan. Suara dia boleh tahan sedap. Dan amat profesional. Pasal dia boleh pause salam orang kemudian sambung nyanyi balik. Hebat! Tanpa lupa lirik langsung (Tapi kalau dia lupa pun, kami tak sedar pun pasal dalam bahasa Hindustan) Saya pun leka gak amik keadaan sekitar dewan PGRM ni.



Syiling dewan cantik :P


Warna tema majlis putih+turqoise. Sedara mara Irwan semua pakai warna turqoise. Sempat saya bisik dengan D, nasib la kami tak jadi pakai turqoise tadi! Kalau tak, boleh la terus jadi usherer :P


Oh ya, pelamin Irwan! Ni la pandangan pelamin Irwan dari sudut tempat duduk kami.


Zoom sikit~! Cantik! :D


Dalam 9pm baru pengantin bersedia untuk berarak. Kompang diorang siap pakai drum. Bunyinya jadi amat best dan meriah!! Ada cam hindustan tengah warm up before menari.


Seperti biasa, ada la upacara bacaan doa dan merenjis. Kemudian, pengantin menuju ke meja beradab. Jeng jeng jeng..!!! Ada gimik sikit masa katerer nak hidangkan makanan. Ni baru original nasi kandar!!



Mamak, nasi kandar satu!!! Ok, tak dapat nasi kandar yang diminta. tapi dapat nasi yang sedap juge!! Nyums!!


Ni katerer yang diambil. Kabur la pulak :( Sowy


Lepas makan, kami lepak di luar, tunggu kawan-kawan yang lain. Sambil tu borak-borak dulu. Tapi tetamu semakin lama, semakin la ramai. Jadi kami nak bagi laluan pada tetamu lain untuk duduk dan makan. Masa tu dah hampir 10pm. Dah lewat sangat. Jadi mahu tak mahu, saya dan D kena minta diri dulu. Irwan dan isteri tengah salin baju untuk upacara potong kek. Tapi sempat la amik gambar kat banner besar diorang! sebesar size sebenar manusia!

Oh ya, semua tetamu akan dapat buah tangan ni.


Jangan ingat ni telur! Irwan bagi sesuatu yang saya kira unik dan mewakili asal keturunan dia dari keturunan mamak.. Dia bagi manisan ini :D First time saya dapat, jadi saya amat jakun dan teruja! Selalu nampak dijual, tapi tak pernah beli. Kalau saya dapat makan pun, kalau jiran-jiran India yang kasi masa Deepavali.


Pendapat peribadi saya: Saya sangat suka bila majlis perkahwinan yang tak lupakan tradisi dan keturunan masing-masing. Sangat cantik majlis ni diadun dengan semua kriteria tu! Saya tak berpeluang dari segi material, masa dan wang ringgit. Jadi tengok orang lain dapat realisasikannya, saya cukup suka! :D

UPDATE: gambar mempelai curik dari FB dia :P


Nota: InsyaAllah dalam bulan ni, saya nak ubah layout blog ni. Sudah hampir 9 bulan menggunakan layout yang sama ni.. Huhu.. Harap saya tak buat tindakan bodoh yang menyebabkan saya kehilangan semua list-list blog dan vendors kat tepi ni ha~!











2 March 2010

7 comments:

  1. gambo pengantin nya xora..nak tgk..huhu..tp majlis mmg unik n meriah la..

    ReplyDelete
  2. hey, i ada timewedding tu.. i rse i perasan u pass mic malu2 nk kasi ucapan.. hehe kebetulan..

    ReplyDelete
  3. Ryna: Nanti saya kidnap gambar dari facebook kawan2 yg lain ye? saya kepilkan kat sini :P

    Sue: Wah, kamu udah tau rupa saya :P ekekekekek.. Malu oh, jadi mic tu dah jadi cam main mic beracun! :P

    ReplyDelete
  4. sgt menarik..n sgt cntik warna biru tu lalala kalau leh post skali pic pengantin yer xora

    ReplyDelete
  5. kebetulan bakal mtua roy pon mamak gak tp da x kuat adat tradisinya..mgkn da bcampur dgn jawa..sbb tu lebih ikut adat jawa..

    yg pastinya tema turqoise tu sama ncn tg riy mahu kan..

    ReplyDelete
  6. ni memang dah macam wartawan melaporkan majlis je ixa,hehe..:) complete semua..yang tak datangpun dapat rasa suasana majlis..:P

    ReplyDelete
  7. yup, emcee dia mmg bijak. emcee dia tu host hello on two kat RTM. saya juga ada dtg wedding ni. setuju dgn awak, majlis diorang ni mmg best sbb dia sgt hargai tradisi mereka. dan di majlis mereka ini sgt terserlah kerjasama semua saudara mara mereka. semua bertungkus lumus menjayakannya. sgt enjoy!

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)