09 March, 2010

Tips Nak Pilih Kain


Salam dan hai

Perhatian: Post ni amatlah panjang gila. Sila kebalkan mata anda!

Saya banyak terima email baru-baru ni, yang kebanyakkannya minta pendapat saya macam mana nak pilih kain untuk nikah.

Terlebih dahulu, jujur saya angkat tangan menyerah, saya bukan orang yang sepatutnya ditanya. Saya bukanlah fashionista. Jauh sekali, pereka yang tau apa yang sesuai dan apa yang tidak. Saya seperti kamu semua, kita memilih berdasarkan naluri kita. Kita pilih apa yang kita suka dan selesa pada badan kita. Kita tau 'babat' jahat bersembunyi di mana. Walaupun pengetahuan kita semua hanya la berdasarkan apa yang kita baca di majalah dan Internet, tapi dari awal kita sudah bina pakaian impian kita.

Saya cetek dan tidak arif dalam perihal pemilihan kain. Sebab itu juga, saya sendiri pun bergantung pada tailor.Tailor saya pilih bukan lah terdiri daripada nama-nama besar. Jujurnya, saya tak mampu nak bayar workmanship untuk pereka ternama. Saya kena akur dengan budget saya.

Jadi, saya memang tiada garis panduan dalam memilih kain apa yang sesuai. Saya rasa, kalau kamu google atau kamu beli majalah pengantin, ada banyak artikel yang pernah menulis tentang hal ni. Itu rujukan yang lebih tepat dan manfaat.

Saya hanya boleh berkongsi dari segi pengalaman camna saya memilih kain dan design untuk baju nikah saya. Pengalaman dari orang biasa-biasa sahaja, tiada pengetahuan asas tentang apa jenis kain yang ada, tapi datang ke kedai kain dengan harapan menggunung untuk realisasikan impian kita. Harap kalau tak banyak, dapat bantu sikit pun jadi lah.

1. Rekaan inspirasi kamu
Saya tak cadangkan kamu taip "baju pengantin 2010", atau "baju lace cantik" kat ruang search Google tu. Saya rasa kurang effective begitu. Saya rasa, ada lebih baik, kamu pergi ke laman web OP-OP, dan tengok gambar-gambar dari majlis perkahwinan. Gambar-gambar OP lebih jelas, lebih terperinci dan banyak snap dari sudut berbeza. Jadi kamu dapat lihat rekaan tu dari tepi, belakang dan depan.

Rajin juga selak majalah-majalah macam Ratu Sehari dan Majalah Pengantin. Ada banyak contoh di dalam tu. Kadang-kadang, rekaan ternama ni tak letak gambar rekaan mereka di dalam internet sangat, tapi mereka masukkan dalam majalah-majalah.

2. Sedikit itu dan ini.
Kadang-kadang, ada design yang kita suka lengannya, tapi tak suka kolarnya. Ada kita suka details di bahagian bawah baju, tak suka warna baju tu. Jadi apa kata, kamu print semua gambar-gambar yang kamu suka, bulatkan bahagian pada pakaian tu yang kamu suka. jadikan ia sebagai satu rekaan lengkap. Jangan pulak potong dan tampal-tampal bahagian tu semua. nanti jadi cam Frankenstein pulak!

3. Hanya 1
Sebagaimana kamu pilih si 'dia' sebagai satu-satunye teman hidup kamu, sama juga la dengan pakaian kamu. Hanya 1 rekaan. Kita kena sedar yang kita cuma pengantin biasa, dengan had-had tertentu (Tak kisah la dari segi kewangan, citarasa dan imaginasi). Pilih hanya 1 design, tapi ingat, kekalkan fleksibiliti pada rekaan kamu, mana tau mungkin ada perubahan pada rekaan tu ke kan? Kadang-kadang kita ni mudah rasa syok sendiri, mahu itu dan ini untuk baju kita sedangkan rekaan tu tak sesuai langsung dengan badan kita atau fabrik yang kita pilih. Tapi details yg kamu kira macam sentimental value, kamu jangan berganjak dari pilihan kamu.

4. Bawa rekaan kepada tailor
Jangan lupa print gambar-gambar pilihan kamu--dalam warna. jangan hitam putih, tak nampak details kat baju. Jangan besarkan gambar tu kalau gambar tu memang dah kecil. nanti pixels pecah. Bawa gambar-gambar tu (saya buat beberapa salinan pasal takut saya terlupa letak dimana) kepada tailor. Tunjuk rekaan kamu pada dia.

Antara soalan yang saya rasa mesti tanya:-
a. Apa jenis kain? -chiffon? french lace? Kalau lace, jenis bunga macam mana? Rapat-rapat ke, kecik-kecil ke? bunga besar ke? bunga kecil ke?
b. Berapa meter kain? - kain? baju? veil?. Amik kira juga kalau kamu nak kain meleret-leret atau veil yang panjang. Untuk veil, tanya juga jenis veil macam mana yang sesuai. Masa saya ke Jakel dulu, ada banyak jenis kain net untuk veil pasal ada pengantin yang sukakan veil kembang dan ada yang cam saya, suka veil tu jatuh lembut di belakang badan saya. Untuk lebih kepastian, boleh minta tailor bagikan price range untuk bahan-bahan tu, sekurangnya kamu dapat anggaran awal tentang harga. Kalau kamu tak yakin untuk pilih sendiri, ada banyak tailor yang memang amik upah menjahit dan memilih kain. Tapi mungkin kamu akan hilang pengalaman mencari kain bersama si dia macam orang gila :P
c. Kesesuaian rekaan- yang ni terpulang pada kamu nak tanya atau tak. Ada yang memang dah datang dengan design sendiri dan tak mahu ubah apa-apa. Ada yang lebih fleksibel dalam rekaan dan tak kisah jika perlu ubah mengikut kesesuaian bentuk badan mereka.

5. Vendors terpilih
Senaraikan beberapa vendors yang memenuhi kriteria kamu. ambil kira:
a. kos (kos jahitan biasanya berbeza dan tertakhluk pada perincian, jenis kain, pengalaman tailor dan fashion yang kita minta)
b. lokasi butik (ni penting untuk memudahkan kamu fitting)
c. pengalaman (jangan tengok koleksi pengantin yang dia ada sahaja pasal kadang-kadang mungkin dia beli dari butik lain. Pengalaman ni kamu boleh google, tengok pengalaman sebenar pelanggan yang pernah guna khidmat mereka).

Lepas tambah tolak, kali bahagi, baru kamu pilih mana yang terbaik untuk kamu.

Kamu tak perlu setkan sehari untuk jumpa semua vendor. Limitkan kepada 2-3 vendors sahaja (kalau kamu ada banyak pilihan vendor). Ni supaya kamu sendiri tak keliru dan pening kepala dengan pendapat diorang.

Ada setengah vendors yang mungkin mengenakan caj konsultasi pada kamu jika bertanyakan pendapat mereka dan ada yang tidak. Dapatkan hitam putih tentang ini dulu. Tapi biasanya vendors ternama aje yang akan kenakan caj macam ni. Kalau vendor biasa-biasa, kalau nasib tak baik, diorang tak layan kita pun. Nak nye kalau kita datang berlenggang, tak de bawa kain ke apa.

6. Hitam putih
Kalau vendors bagitau kamu berapa meter, apa jenis kain, bla bla.. minta dia tulis pada kertas tu. Bagi dia tulis kat kertas yang kamu dah print rekaan kamu. Bagi saya, itu kiranya macam mereka ada liabiliti pada apa yang mereka sarankan.

Bila vendor lukis design kamu kat resit dia, jangan lupa amik gambar resit tu. Sebagai rujukan. Pastikan kamu terang seterangnya kat dia, apa yang kamu nak, termasuk segala details yang kecik-kecik sekali pun.

7. Ingat kawin, ingat kain (Ada tak cam tagline Jakel??)
Untuk mereka yang serah bulat-bulat pemilihan kain pada vendor, part ni boleh skip. Tapi mereka yang nak merasa pengalaman membeli kain nikah, saya cadangkan, hanya beli kain selepas kamu sudah tetapkan design apa dan perincian macam mana kamu nak. Takut kalau design kamu tak sesuai dengan jenis kain tu, nanti kamu juga yang kecewa. Kain nikah bukannya murah untuk kita yang biasa-biasa ni, jadi jangan tersilap langkah.

Bawa sekali gambar baju yang kamu nak ke kedai kain. Tunjukkan kat orang kedai dan bagitau apa yang tailor kamu cadangkan kamu beli.

Sila jangan segan-segan nak sebut budget kamu. Jangan berlagak kaya. Bagitau budget kamu berapa, tapi jangan terlalu jujur. Contoh kalau kamu memang budget kain nikah dalam 1K, tapi kamu katakan kamu nye budget dalam RM800 aje. Sekurangnya, kamu masih dapat main tarik tali kalau jumpa kain yang kamu rasa kosnya kamu boleh terima lagi. Biasanya, orang kedai akan tunjukkan kain yang menepati kos kamu, tapi lebih sikit dalam seratus dua ratus. Tapi tu belum ditolak diskaun lagi.

rindunya moment ni!! mencari kain bersama D

Jangan lupa untuk menawar. Takde istilah segan. Kalau segan, tak dapat diskaun. Jangan juga terima tawaran pertama. Tawaran pertama biasanya hanya "warm up". Mereka akan turunkan harga lagi kalau didesak. Kalau kamu nakal, kamu buat2 nak gerak dari kedai macam saya dan D :P Lagi banyak harga mereka akan turunkan :P

Oh lagi satu tips, kalau kamu nak ke Jakel (atau mungkin ini boleh apply kat mana-mana kedai yang kamu berminat), pergi diwaktu pagi pada dihujung minggu, dalam pukul 10am cam tu dah sampai. Kiranya, kamu ni dah tahap macam nak tolong mereka bukak kedai la :P Orang tak ramai dan kamu akan dapat tumpuan sepenuhnya. Kalau bernasib baik, boleh terus berurusan dengan anak-anak Jakel, dapatkan lagi diskaun.

Minta orang kedai keluarkan segala jenis kain yang kamu nak (ikut pada jenis kain dan warna tema kamu). Jangan segan-segan nak buka papan tu, kena tengok depan cermin, baru tau camne rupa.

8. 3T (Tengok, Tenung, Tawakal)
Lepas kamu dah tengok vendors, dah tenung2 kesesuaiannya, maka hantar lah kain kepada vendors terpilih kamu sebelum kamu tawakal. Pastikan, lepas tailor amik ukuran dan lukiskan draft pada resit, kamu tanya dia lagi macam mana design kamu. Biar dia terangkan dan kamu kena faham apa yang dia terangkan. Takut apa yang dia terangkan tu, tak sama cam yang kamu nak.

9. kamu coretkan!
Kalau korang ada tips lain berdasarkan pengalaman korang, jom kongsikan disini.! Mana tau, boleh bantu B2B yang lain ke kan?

Ok, saya nak buat penambahan disini. Saya pun ada terima email dari B2B, yang bertanyakan tentang macam mana nak pilih rekaan mana untuk baju nikah pasal sekarang kan terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik. Ada yang nak buat belah situ, ropol sana, ada yang nak buat manik jurai-jurai la. Jenis jubah la, dan macam-macam lagi.

Bagi saya, ini hari kamu, kamu tentukan rupa bagaimana kamu nak. Nanti kamu kempunan! Pilih la rekaan paling dekat di hati kamu. Memang kat luar sana ada banyak pilihan, tapi kamu kena ingat, kamu hanya boleh pilih 1 aje. Macam juga prinsip jodoh, memang ramai lelaki di luar sana, tapi sorang aje kan kamu pilih untuk hidup bersama? Kalau ada orang yang pakai tu nampak cantik, kamu kena fikir kesesuaian rekaan tu kalau kamu pulak yang pakai. Kesannya mungkin takkan sama. Point ni membawa pada persoalan B2B seterusnya:

Macam mana saya pilih rekaan sesuai untuk baju nikah saya?

Pada mereka yang ikut blog saya dari awal, mereka tau yang saya pada mulanya, nak kan design jubah, macam kat post ini. Saya tunjuk pada K.Ina. Dia Ok aje. Kan Customers always right! Tapi saya suka bertanya pendapat orang jadi saya pun tanya pendapat dia.


Dia terangkan,pada pendapat dia, rekaan tu kurang sesuai untuk nikah saya atas sebab
1. Majlis dibuat kat masjid pasal chiffon jenis kain yang "peluk" pada badan pemakai. Jadi akan jadi kurang manis nanti. Rekaan baju tu pun nampak terlalu grand untuk nikah. Tapi nak buat, takde masalah kalau nak juga.

2. Badan saya besar dibahagian bawah, tapi pinggang kecik. Jadi baju yang cuttingnya tak cam kebaya, maksudnya kain lepas di bahagian bawah baju, akan nampak buruk dan nampak besar sangat. Tak caya,tu gambar saya kat bawah ni, saya pakai baju putih tu.

3. Badan saya tak seimbang. Kaki saya lebih panjang dari badan. Jadi bahagian pinggang saya akan 'makan' bahagian dada saya nanti.


Rekaan impian saya, adalah rekaan yang sesuai dengan bentuk badan saya. Jadi saya fleksibel dari segi tu. Bila saya tanya K.Ina, rekaan mana yang sesuai dengan saya. Terus dia tunjukkan gambar Tuanku Zara dan Norjuma. Maka bermula la, rekaan yang baru untuk saya.

Saya suka pendapat jujur K.Ina. Kita dapat rasa, samada tailor tu jujur nak tolong kita, atau dia bagi cadangan semata-mata pasal rekaan yang baru tu, lebih mudah untuk dia buat. Kita dapat rasa. Tu adalah naluri semulajadi B2B yang akan dibina mengikut masa :P Jadi saya yakin masa tu, K.Ina pilih rekaan yang sesuai dengan badan saya.

Percaya atau tidak, saya ke DzulldeClassique tu ada la 5 kali :P

Kali pertama: Pergi menonong bawa gambar jubah tu. Then lepas bincang, ubah ke kebaya labuh. Tapi masih belum final pasal saya masih belum dapat terima idea tu pasal baju sanding saya nanti akan sama rekaan macam baju nikah, kalau saya teruskan dengan rekaan yang K.Ina cadangkan. Maka balik tangan kosong :P

Kali kedua: Datang semula, bawa gambar menantu DSAI, nak macam tu. Butang dibelakang baju. Maka sesuatu yang beza dari baju sanding saya, yang butang baju dihadapan. Jadi K.Ina bagitau saya jenis kain dan sebagainya dengan sangat terperinci, dari segi corak, harga net kosong, berapa meter, dan sebagainya. Kemudian, saya balik semula ke rumah.

Kali ketiga: Datang bawa kain dengan hati yang amat berbunga. Tup2, kain french lace tak cukup :P dah kena patah semula ke Jakel dengan D yang amat penyabar. Ni la, degil! K.Ina dah kata, kena beli kain lace 4.5 meter, tapi saya ikut cakap orang kedai Jakel, beli 2.5M aje, konon cukup. Rupanya cukup untuk baju aje, dan bukan untuk veil dan bahagian ekor baju :P



Kali keempat: datang semula dengan 2.5meter french lace yang baru :P. K.Ina sketch baru. Saya tengah blur, jadi tak bagi perhatian pada lukisan dia.

Kali kelima: Buat-buat TERpergi kedai K.Ina, konon nak hantar baju melayu D. Tapi sebenarnya nak stalker K.Ina, takut dia tak sketch betul-betul, terutama bahagian butang belakang baju :P Lepas kena tegur dengan D, saya pun yakinkan aje diri untuk berserah..

Kalau nasihat saya ni laku, saya cuma akan bagitau satu aje tips kepada B2B yang sedang buntu nak pilih rekaan apa untuk nikah: Pilih la rekaan yang bersesuaian dengan badan kamu dan bukannya mengikut edaran semasa atau pakaian yang nampak cantik pada orang. Kalau kamu berpegang pada prinsip ni, kamu akan nampak cantik dalam apa juga keadaan.

Realitinya, tak semua orang sesuai dengan baju kurung moden, macam saya. Saya akan nampak gemok sangat pasal bahagian bawah saya besar. Tu, babat jahat kat bawah~~ Pasal tu amik gambar mengiring cam ni, tak berani amik gambar posisi depan, memang gedebak sangat! Sebab tu saya asyik pegang beg video cam saya tu :P cover ittew penting!

Saya akui, memang seronok tengok orang pakai rekaan yang orang lain tak pernah pakai. Rekaan yang memang terkini. Tapi kena ingat, mungkin rekaan tu sesuai kat badan dia, tapi mungkin buruk kat badan kita. Kecuali, badan kamu tergolong dalam badan yang memang sesuai untuk rekaan apa-apa aje--memang bertuah sangat tau. ATAU kamu jenis yang tak kisah apa dan mahu merealisasikan impian kamu, maka go for it!


Tapi orang macam saya, yang tak berani amik risiko dan saya lebih suka kekal pada pelajaran paling asas: Pakai apa yang sesuai kat badan kita. Saya bersyukur pasal ikut pendapat K.Ina dan terus ubah rekaan.

Saya harap, saya dapat menjawab soalan-soalan B2B sekali gus ya? Pada B2B yang email saya yang berminat nak hantar baju kat DzulldeClassique, sila ingat tips:
a. pergi betul-betul selepas solat maghrib. Masa tu biasanya tak ramai orang.
b. K.ina dan A.Dzull memang susah nak dihubungi. Jadi SMS aje dulu.
c. K.Ina dan A.Dzull masuk 1pm setiap hari, jadi jangan pergi pagi. Mereka takde.
d. Jangan takut kalau nak gi jumpa K.Ina tanpa bawa kain. Mereka tak kisah kalau kamu nak bincang dengan mereka berapa ela kain kena beli, kesesuaian kain yang mana, dan apa-apa lagi soalan yang kamu nak tanya.
e. Dapatkan tips membeli kain di kedai mana dari A.Dzull. Saya takleh bagitau pasal tu rahsia yang kamu kena korek sendiri dari A.Dzull :D


B2B, post saya ni tiada niat untuk jatuhkan mana-mana pihak. Semua ini adalah ikhlas dari pengalaman saya. Saya menulis untuk kenangan di masa akan datang. Jadi saya harap, tiada pihak akan tercedera dari post ini.

Selamat berekperimentasi ya! Saya doakan yang terbaik untuk B2B!
NOTA: pada sesiapa yang saya masih belum balas emel, tolong bagitau saya ye? Mungkin saya terlepas pandang kalau dah banyak sangat emel masuk. Maaf sangat-sangat.


9 March 2010

26 comments:

  1. oohh bagus juga tips ni yaa..
    thanks banyak2... eemm nanti nk pi singgah jumpa abg zul..hehe

    ReplyDelete
  2. wah..entry ni mmg byk membantu..thanks a lot ya..=)

    ReplyDelete
  3. nice post! thanx for sharing.. bole share brape kos jahitan dzul?

    thanks ya ;)

    ReplyDelete
  4. huissh bnyk sguh tip ko ye...
    heheheh

    ReplyDelete
  5. bagusnya penulisan ni, very informative and membantu :))

    ReplyDelete
  6. xora, kamu buat saya nak kawen lagi skali lah... masalah terbesar saya bila membeli, saya sangat mudah goyah dengan macam2. + saya tak suka betul kalau s.a beria tunjuk itu dan ini. i prefer tu walk around and choose rather than disua dgn mcm2. hihihi...mudah rambang mata. dan lagi, saya tak tau kat jakel boleh mintak kurang. waaaa...rugi2

    ReplyDelete
  7. i've read it xora!!thanks for these useful tips..so, next sesi discuss with mama n pegi jmp diorg perhaps..hehe.. =)

    ReplyDelete
  8. xora..tq yer..leh x email kos2 jhitan kamu, n baju lelaki sekali..sbb tgh svey butik gak ni...
    tbleh? plsss
    faracutegirl@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. xora..mmg pinar mata ryna baca..tp puas ati sgt..cewah..mcm b2b plak..hik2..mmg konpem bole bantu b2b kat luar sana..

    ReplyDelete
  10. good info xora! as always..

    oh, i taktau pun dekat jakel boleh tawar and i pun fail bab2 tawar-menawar ni..takde skill langsung.

    ReplyDelete
  11. suka sgt baca entry ni..sampai habis sy baca.word per word! sbb sy belum lagi beli kain nikah sy...sy suka tips u yg pegi jakel awal pagi tu sbb sy tak tahu semua tu..lagipun kat tempat sy takde jakel.tepaksa ke kl. =( and segal2 tips yg diberi sy amat suka semuany! TQ for sharing ye~

    ReplyDelete
  12. Riena: A.Dzull buat baju melayu aje. if baju perempuan, kena jumpa K.ina tau

    Ally, Gummy, Ami,Ryna, Farah : selagi boleh tolong, saya tolong :D tapi kalau tak tau, mmg menyerah :P

    Durruz: saya dah pernah tulis kat kotak komen post sebelum ni. tapi saya bagitau lagi, anggaran baju kurung moden perempuan lace, RM200+

    Azian dan Moose: iisssh!! kena minta kurang..! lantak la kain beribu ke, minta aje kurang. kalau salesperson takmo turun, minta dia panggilkan anak2 Jakel :P

    Hana: as promised ye malam tadi :D

    Norr: Mesti tawar! mereka dah dapat untung banyak tu, jadi tawar. Saya suka buat cam ni tau, dialog:-

    Jakel: Kain ni, akak bagi satu set dalam RM1200

    Saya: Oh apa kak? RM900 ye? boleh la kalau 900.

    Jakel: Tak, RM1200.

    Saya: Iye la, 900. Saya ok dengan harga tu.

    Saya selalu pakai dialog cam tu :P

    Pedulik la dia kata aku pekak badak ke, asal dapat murah :P

    ReplyDelete
  13. tambahan: saya tak tau info ni tepat atau tidak. tapi ini seperti yg diberitahu oleh pihak Jakel yg layan kami masa beli kain nikah.
    1.French lace biasanya akan datang eklusif sepapan. satu papan dalam 2.0m atau 2.5m.jadi kamu mungkin beli sepapan atau dua papan ikut keperluan rekaan kamu. Lace pula, biasanya dipotong ikut berapa meter kamu nak dan datang dalam roll kain yang panjang tu.
    2. jadi, kalau kamu ke tingkat atas Jakel, pastikan kamu sebut betul, samada lace atau French lace. Lace, harga pakej boleh dapat dari serendah RM200. Tapi French lace, harga pakej biasanya dalam 1K ke atas. Takut nanti dibawanya kamu ke area French lace, pengsan kamu kat tengah-tengah tu!
    3. Lagi lembut kat lace tu, lagi mahal la harganya.

    ReplyDelete
  14. yea..as I promised to u!hehe..TQ my mentor! =D
    dialog kat atas ni nnt hana nak apply lah..hehe

    ReplyDelete
  15. wah! bole x, sampai x prasan ni entry terbaru sbb pagi td baca email, n terus google, n terus jumpe entry ni..disebabkan excited nk baca, tak tengok pun tarikh post ni..
    thanx a lot kak xora..luv u..muah muah..hehe..
    mmg pnjg gler entri ni tp sy print dlu b4 bace time tunggu result experiment kuar..ngeh3..takut2 terlupa tips, bole la bace lg skali b4 pegi kedai..hohoho

    ReplyDelete
  16. thanks for the info! tau tak kat mana nak beli lace yg murah2? ni nak buat tampal kat baju je. jakel ada tak yg murah? tak brape igt masa gi hr tu :)

    ReplyDelete
  17. bentuk bdn kite same..
    BESAR DI BAWAH..!!!!

    pernah wat bju kurung moden sbb tgk org pakai lawa,so ati nk pakai jugak..tp br 2x pakai..mmg nmpak sgt bahagian bwh tu semakin besar..

    so,angan2 nk berkurung moden hanye dipendam..n sumpah mmg takkan wat kurung moden lg..!!!huhuhu..

    ReplyDelete
  18. Najia: hai najia.. kalau tak silap, lace kat jakel boleh dapat dari harga RM200 sebelum tawar. tu pun dah boleh dapat. tapi tgk pada selera juga.

    Ayu: saya sangat faham perasaan kamu! bila org dok cerita baju kurung moden, cuma dapat telan air liur dan berharap 1 hari nnt akan kurus :P

    ReplyDelete
  19. tetibe rasa nak ajak xora temankan beli kain kat jakel...ehehehe~

    ReplyDelete
  20. nORr.. auwww tak rela akak digoda oleh saleperson Jakel lagi. mahu akak pura2 pengsan kat sittew :P

    ReplyDelete
  21. Hi Xora,

    Good info...selain boleh tawar dekat Jakel, ladies sume boleh letak deposit utk book kain tu...huhuhu..kakak2 di Jakel xkan benarkan kite utk survey harga je...die mesti tarik kite utk beli gak kain tu eventhough kite just nk cuci mata....hahaha...mula2 mmg x percaya tapi dah byk kali kena mcm tu kat jakel ni...so sy dgn tunang awal2 dah ready sediakan duit dulu...

    ReplyDelete
  22. huhhh huhhhh huhhhh ( semput sebab baca samapi habis..hehehe)...dear, i baca semua walaupun i dah lalui semua tu...good artikel la babe...very detail & sungguh memahamkan(ada ke word nih)...plg sokong....pilih 1 je....1 yg boleh buat kita cun melecun..gud dear..good luck utk proses seterusnya..

    ReplyDelete
  23. hye xora & all B2B...etty here...
    juz wanna share...i've few experience while 'shopping' 4 my four wedding outfits at Jakel..yup they'r sgt mengoda2 kite bile keluarkan tiap2 pieces..yup they allow booking for materials.. i pon pnah booking kain harge 1k+ disitu...then tup2 the following day i came i xjd amek kain itu (dh potong pon)...hehe...sape suh depa goda dgn kain lain hahaha...i pnah stay dr zohor until isya' kt Jakel when hunting 4 my receptions material n families..siap Jakel bawak fresh orange hehe...sgt2 dorg layan2 their customers...anyway B2B out there happy hunting..make a wise decisions n budgeting..xora sgt m'bantu jugek..(^_^)

    regards & love..
    ettyzukhair..

    ReplyDelete
  24. wahh,, byk nye tips.. thanks a lot.. i need this as b2b.. jom exchange link? salam perkenalan..

    ReplyDelete
  25. HYE..leh tak u bagi num zull or kak inaor mana2 untuk d hubungi.plz..tinggalkan num kat new entry @ my blog leh x?

    ReplyDelete
  26. akak..thanks for share..
    wawe nie bukan org y nak kahwen..tp wawe suka amik tau..mane tau dah smpai seru buleh guna tips nie..wawe pn amik2 skit tips..n post skit kat blog wawe jenguk2 ahh blok wawe..ye kak..
    http://waweweddingfairytale.blogspot.com/

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)