24 February, 2010

Pelamin Kami Serba Simple


Salam dan hai

Isnin malam selasa hari tu, saya dan D gi jumpa Farid untuk selesaikan bayaran untuk lock tarikh kami nanti.

Seperti biasa, Farid sampai tepat pada waktunya dan kami terlewat. huhuh. Dia siap dah order air ha.. hahahah..

Sebenarnya, saya agak kaget pasal lukisan yang D lukis dalam entry yang ini, saya terlupa bawa. Saya dok tayang kat kawan-kawan rapat, nak tanya pendapat mereka. Tup2 kertas tu pun saya dah tak tau letak mana. Tapi saya masih ingat-ingat lupa juga la.

Jadi kena la Farid lukiskan yang baru nye :P Lepas D bincang-bincang dengan dia, alhamdulillah, dah dapat potongan harga sedikit. Tips 1: mungkin lebih mudah kalau lelaki sama lelaki bincang harga. Tips 2: Tunjukkan hasil kerja mereka yang terdahulu dan sila nyatakan siapa rujukan korang. Mungkin (saya kata mungkin aje) kalau bernasib baik, dapat potongan lagi

Ni pelamin yang Farid dah sketch.


Memang kami nak amik semua putih pelamin tu. Cuma pakai bunga ros warna putih dan champagne, tambah kristal-kristal aje. Hijau-hijauan pun amat sikit. Putih senang masuk dengan semua baju-baju famili dan kawan-kawan yang hadir, jadi tak perlu dah risau-risau kalau kot last minit nak tukar warna :P

Lepas settle hal pelamin dan masih pending tentang lantern (D panggil bebola aje) nak letak kat mane, kami bincang tentang tempat potong kek. Ingat nak gunakan arch macam kat bawah ni. Tapi Farid takde. Ikutkan, saya bukan la suka gila dengan design tu, tapi pasal tu aje yang saya jumpa sebelum gi jumpa dia, jadi ini aje la yang saya ada :P

Sumber: T.B.U

Jadi saya tanya Farid, dia ada tak kubah kecil, siap saya lukis sikit tapi takmo letak pasal sangat buruk lukisan saya. Bila dia kata ada, terus saya kata ok untuk jadikan tu tempat potong kek. Tips 3: Jangan pilih sesuatu yang vendor belum ada. Nanti akan bertambah kos kamu bila mereka kena cari barang untuk penuhi permintaan kita. Cuma dalam kes istimewa aje, vendor tak amik kira sebagai kos baru dan dapat percuma! (sungguh bertuah la kan). Atau kecuali poket korang memang kembung, sila la minta apa-apa yang terlintas di depan mata.

Jadi kat bawah ni la, Farid lukiskan sketch untuk ruang potong kek. Pun sama putih. Sekadar kain putih jadi backdrop belakang dan kain putih lilit kat atas dia. Pasal dah ada chandelier, takmo terlalu sarat sangat. Rancang nak lebihkan hiasan pada meja kek yang cinonet dua tingkat tu. Kena DIY ni, memandangkan tak perlu hiasan berlebihan dan rumit pun, dan pastinya untuk kami jimat kos. Eh salah.. Nity kena tolong DIY kan :P



Kat kiri gambar, tu arch kami. Pakai tema yang sama, panel empat segi, bunga cuma kat bahagian atas aje. then ada kristal-kristal jurujai ke bawah. Yang bulat cam lipas dari pandangan atas tu, tu bunga walkway kami. Pasal memang dah ada dalam pakej, cuma buat tambahan 2 bunga walkway lagi pasal ikut keluasan dewan.

Kami amik gambar cam ni aje, pasal takde kedai fotostet buka malam-malam kat area situ. Sebagai bahan rujukan untuk pihak kami. Iye la, majlis lama lagi, mana la tau kami sendiri pun dah lupa macam mana rupa pelamin tu nanti.


Saya tau, mesti ada mulut yang akan bising, ngapa la plain putih aje. huhu.. Entah, saya suka tengok warna suci tu. Tapi, tiada apa yang pasti lagi buat masa sekarang. Mesti saya akan ubah rancangan--tengok aje la nanti :P satu-satu perubahan saya akan buat last minit :P.

Sekarang, kena bersedia dari mental, fizikal, rohani dan material untuk segala drama-rama, tapi saya harapkan tiada drama tak berskrip pada waktu-waktu akhir menjelang majlis. Nauzubillah! Takmo jadi bridezella!


24 Februari 2010

16 comments:

  1. xora..bestnye awak dah hampir selesaikan byk main thing in ur W-day..hehe..progress hana slow..mcm siput..=p

    ReplyDelete
  2. serba putih, cantek! saya pon suke serba putih. =) all the best!

    ReplyDelete
  3. hi xora...eh hana pun ada hehehe

    xora awak kawin bila?bln 1o ek? kira awal sebulan dari fara.awal nyer awak wt tempahan pelamin.wat saya nervous la huhu

    ReplyDelete
  4. Hana: hana, progress lambat pun takpa, asal semua ok. jgn risau ye, kadang2 lambat tu lebih selamat tau :D

    Belle: thanks dear.!

    Farah: kena Hana ke? oh, saya tempah skrang pasal saya nye vendor semua asing2 :( tu la akibat takmo amik one stop center :P jadi kena uruskan semua. jgn nervous2. kamu akan buat dgn ok :D

    ReplyDelete
  5. iyea fara..saya ada dimana-mana..hehe..hopefully slow saya ni masih ditahap selamat ler..hehe

    ReplyDelete
  6. hope semua yang xora rancang smoothly ye..xora, jemput la g kenduri za. give me ur add at my email k. (princess_zaha05@yahoo.com)

    ReplyDelete
  7. xora : tumpang tanya, Vendor u ni Farid yang mana yer?? dia muda kah??

    ReplyDelete
  8. Hana, Rabitah, Zaa: mekacih kawan2 :D tawakal aje la..
    Nad: Ngeri!! iye agak muda gak la, well atleast muda dari saya. Ngapa kah? ada info yg perlu saya ketahui? Nad, email kat saya apa2. diaterimanikahnya@gmail.com

    ReplyDelete
  9. saya punya pelamin design pun mcm tu. sebijik. haha. nsb baik bukan sama kaler. kalau x, kita kembar pelamin! wakakaka!

    ReplyDelete
  10. Elly, kita nye pelamin ni dah banyak kembar2 dah diluar sana :P

    ReplyDelete
  11. xora : satu perkataan : cantik! hehe..jgn risau..warna putih mmg masuk..

    ReplyDelete
  12. xora, saya yakin pelamin kamu cantek. warna putih dan champange adalah sangat suci!!

    ReplyDelete
  13. sama dengan tema saya.serba putih.cuma tambah sikit2 lite grey

    ReplyDelete
  14. putih itu suci.. cantik berseri

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)