Salam dan hai
"Ina meroh dijari manismu
Tando sebena luko dihatiku"
Tu adalah antara lagu dikir barat kelantan. Tapi, tu lagu dikir barat lelaki yang tengah frust :p hahaha..
sumber: Seindahwajah
Ok, intro tu ada kena mengena dengan post saya kali ni. Saya nak menulis tentang isu Inai. Atas permintaan Yuny yang sudah pening-pening lalat tentang isu ni.
Yuny tulis di kotak komen saya:
"Xora, i need ur help... about inai ukir laa.. mayb u can do some research on it.. ada yang kata boleh buat, ada yang kata tak boleh pulak.. i dah buat research but still masih blur~ can u help me pls???"
Oh, isu yang sangat sensitif juga. Bukan tentang hukum hakamnya yang memang sudah jelas, tapi sensitif pada hati dan perasaan B2B. Saya harap tiada pihak yang terguris hati. Sekiranya terguris, sepuluh jari saya susun memohon ampun dan maaf. Saya rasa tak salah kita sbg org Islam mencari jawapan untuk satu persoalan itu.
Bukan mudah nak menulis sesuatu yang ada kena mengena dengan agama dan adat. Tapi saya rasa, saya akan gunakan pendekatan dengan tidak membuat konklusi tapi lebih kepada perkongsian maklumat dan ilmu di sini.
Mengenai penjelasan hukum memakai inai baik lelaki mahupun wanita samada di hujung jari mahupun ukiran awan larat atau gambar,sudah jelas hukumnya berdasarkan pendapat ulama' dan dalil yang diberikan.
Mazhab syafie berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai)
1. Pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya.
2. Sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat.
Imam an-Nawawi dalam fatwa al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai
1. pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka.
Manakala mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota mereka kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.
B2B, saya rasa ada elok nya kalau korang klik di laman web JAKIM, tuliskan inai pada ruang Search tu dan segala apa yang bermain difikiran korang akan terjawab.
Antara yang boleh saya tuliskan disini, berdasarkan jawapan di laman web JAKIM, saya rasa untuk diri saya, tiada inai berukir bagai di tangan, tak kira samada bentuk apa sekali pun. Cukup la hanya dihujung jari. Biar la orang kata, masa kahwin aje boleh buat inai bagai-bagai, tapi saya harap, saya dapat tetapkan pendirian saya. Lagipun dalam Islam, takde kata inai hanya boleh dipakai pada waktu nak kawin aje. Hanya adat yang meletakkan macam tu.
Tapi, bila saya fikir, tangan saya ni ada kesan parut masa main paintball :P ahahha.. cedera masa main paintball, tapi nasib baik menang yeay!! Giler berbaloi tergolek-golek hokey~!! Nak tengok keadaan tangan saya masa luka??
Ni lepas kena balut dengan doktor.
Kat bawah ni, lepas luka kering. Geli kan?? tapi skrang takde la dasyat cam ni.. Ni dah setahun berlalu. Dah tak ketara pun (Parut tu tak kurangkan wang hantaran dan kasih sayang-- petikan dari ayat D)
Dan untuk D, walaupun ada jawapan yang kata, inai hukumnya harus pada lelaki masa kahwin kerana adat, tapi saya rasa, mungkin ada eloknya D tak pakai pasal ianya lebih kepada hiasan perempuan. Tapi apa-apa pun, saya rasa, mungkin keputusan kami berbalik semula kepada keluarga kami. Ia la, kadang-kadang, bila dah mulut banyak sangat bisingnya, kita yang bakal pengantin pun jadi rimas dan ikutkan aje la walau dalam hati geram sangat!
Saya rasa bagus untuk kita B2B mencari jawapan untuk persoalan kita. Iye la, perasan tak dalam masa kita bercinta ni, kita selalu lebih peka dan lebih berminat nak tau apa yang pasangan kita suka dan tak suka. Tapi sudah sampai masanya, kita amik tau, apa yang Allah suka dan tak suka.
ISLAM mengangkat martabat manusia setinggi2 nya === tidak menyamakan dengan binatang yg tak berakal. Tidak menyamakan mereka dengan manusia lain yang kurang sejahtera.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya:
“Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka”.
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud).
Mengkaji dan belajar itu lebih baik kerana niat tidak boleh menghalalkan cara.
Buat Yuny, kamu bagus kerana tidak malas nak membaca, tidak malas nak bertanya. Walaupun post ni tak banyak membantu, tapi saya harap kamu rujuk di laman web JAKIM tu tadi. Jawapan kepada persoalan kamu, ada di sana. Dari hukum inai berbentuk bunga ke isu pemakaian inai oleh orang lelaki.
Sama-sama kita renungkan dan selamat beramal wahai pembaca yang saya sayangi!
2 Februari 2010
kalau boleh saya mau inai tu kat tgn saje and x mau smp pergelangan tgn..and kuku plak x mau inai, nk letak quitek(eehheh x tau eja).. boleh x gitu..?
ReplyDeletelagi bagus x mau pakai smuaa...lagi nmpk kemas..
Thanks xora~ i dah go through semua soal-jawab dalam web JAKIM... thanks a lot! hehee.. dah dapat jawapan... Perempuan diharuskan memakai inai bercorak bunga... leh pakai sehingga pergelangan tangan sahaja~ hehee.. Lega~!! THANKS DEAR!~
ReplyDeleteRiena: kalau boleh kan? tapi bila family tau...habissshhh~
ReplyDeleteYuny: sure thing! Anything for my B2B! Yup, harus utk pemakaian inai bercorak bunga di tgn. Good luck ya?
actually mmg x suka pun pakai inai so sy pakai inai kat hujung jari je time nikah kelmarin. nak corak2 ni mcm was2 pulak rasenye
ReplyDeletesy suka entry ni cz mmg dr dolu2 bercita2 untuk pakai inai yg berkerawang2 ni... ape2 pn thanks buat cik yuny yg btanya dan cik xora yg bg information :) harap semua dapat manfaat dunia dan akhirat kn...
ReplyDeletehah..bagus entry ni..jadi takdelah was2..hehe
ReplyDeletexora, thanks! im gonna put link to ur entry ni ye, cossss i kan buat entry on pelukis inai tu, separuh mati kene maki, hehe, at the very beginning i nak tulis la sikit hujah2, pastu i malas sangat nak mencopy dan menghurai semua kat jakim tu sebab tu disclaimer entry i silalah baca ditempat yg lebih layak menbincangkan hal ini.. :)
ReplyDeletesatu lagi ada banyak benda yg mendatangkan keharaman/kemudaratan/khurafat so on so forth dalam adat kita, i cuma tak paham org kita yg nampak cuma inai, inai and inai..
exited nak pakai inai lah xora pas baca entry neh =]
ReplyDeletesalam Xora, nice info..thanx for sharing..so if ada customer akak tanya2 pasal inai, at least ada gambaran dah..suka blog kamu, tp segan nak komen selalu, sbb bukan
ReplyDeleteB2B huhu.. ;p
samalah! saya pun pakai hujung jari je :D
ReplyDeleteFuschia: saya igtkan saya sorang aje was2..! yeay ada geng :D
ReplyDeleteFiza: ye, harap kita semua dapat manfaat bersama ye :D
Hana: Hanay leh tengok kat laman web JAKIM. banyak persoalan kita ada jawapan kat sana :D lebih meyakinkan dari kita main google aje,
Huda: tau! saya baca entry kamu. amat diskriminasi ye! giler jauh beza harga utk bride! pendapat kamu yg pasal byk lagi benda yg datangkan kurafat tu AMAT betul! saya sokong :)
Hanidiyu: tak yah tunggu kawin, raya pun boleh...! erm.. hari2 pun boleh pakai inai patutnya tapi org kita tak galakkan takut ilang seri :P
Dina: thanks akak sbb sudi lawat blog ni. ala, tak perlu jadi B2B, vendors pun boleh datang sini.. boleh tukar2 pendapat :D
Xora, :) boleh la..yang part gambar asing tu, kamu crop la..takpe..boleh je..dah jawab dlm blog, tp nk jwb sini jugak..huhu)
ReplyDeletei plan nak pakai inai dekat kuku je. tanak ukir2 sume, dekat hujung jari pun tak mau...hehe
ReplyDelete