02 February, 2010

Token untuk Guestbook


Salam dan hai

Saya dah lama simpan idea ni, kononnya untuk hadiah kepada siapa yang menulis di Guestbook saya nanti. Simpan rapat-rapat, konon takut orang amik. Sedangkan tiada siapa pun heran. hihih.

Tapi buat masa sekarang, saya tak pasti sama ada saya boleh realisasikan impian ni atau tidak. Bukan isu kos, tapi lebih kepada isu tenaga kerja.

Tak tau siapa yang boleh saya minta tolong jaga.

Kalau nak dibiarkan saje, takut ada tetamu yang amik lebih dari sepatutnya. Nanti kesian pada mereka yang tak dapat.

Saya ada dua pilihan token; gula-gula dan uncang teh. Dua-dua, tak gunakan kos yang besar pun, cuma perlukan kesabaran dan masa untuk sediakan. Jumlah pulak terpulang berapa banyak yang kita nak sediakan. Biasanya, tak semua tetamu akan conteng buku tetamu ni dan polisi 'First come, first serve' untuk menyedapkan ati :P

Bagi uncang teh camni, kemudian tukar tag tu. Lipat dalam bekas plastik kecil supaya senang nak pegang.


Tak pun gula-gula buat sendiri cam ni pun, gulung ikut warna tema. Pun best gak.




Saya post kan aje di sini, mana tau kalau ada rezeki saya, boleh la saya guna. Tapi kalau tak, tak pe. Sekurangnya, mungkin berguna pada B2B yang lain.


2 Februari 2010

No comments:

Post a Comment

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)