02 October, 2009

Hutang Majlis Tunang


Salam..

Dah berhutang post tentang majlis pertunangan seorang sahabat. Sedangkan majlis dia, jauh lebih awal beberapa hari sebelum Hafizah Che Ramli. Majlis tunang yang berlangsung pada 3 Syawal.



Kisah pertunangan Nurhayati Abdul Latib.


Yati, couplenya mengejut, bertunang pun mengejut, cuma kahwin nanti mungkin kurang terkejut pasal sudah berkira-kira bila agaknya tarikh majlis.


Dalam majlis ni, ada 2 perkara yang baru bagi saya.

1. Wang apakah ini??


Wang apa ye ni? Bukan mas kahwin, pasal belum bernikah. Tapi bila rombongan lelaki hulurkan dulang berisi duit ringgit ni, kami macam terpinga-pinga. Kurang pasti wang apa. Sok sek sana sini, katanya tu 'wang tanda'.Dengarnya, orang Johor ada adat ini. Tapi kurang pasti juga. Tanya ayah, ayah pun tak tau..


2. Ucapan Bakal Mak Mertua

Ini pun kali pertama mendengar bakal mak mertua yang menyarungkan cincin, sempat memberi kata-kata nasihat dan azimat pada bakal menantu. Tetiba saya rasa sayu pulak tengok bakal mak mertua yati, bersungguh-sungguh begitu :)


InsyaAllah awal tahun depan, majlisnya akan berlangsung. Yati pun sudah berkira-kira nak mencari butik-butik kahwin, persiapan awal itu penting








Tahniah Yati!

p/s baru perasan, gambar kek terlupa nak hamik :(



2 Oktober 2009

4 comments:

  1. gambar cupcake jgn lupa letak tau!

    ReplyDelete
  2. Waaaaaaaaaaaa, yati dah bertunang rupanya..dah lama tak masuk fb dia,huhu..tahniah kepada yati, semoga sampai kejinjang pelamin..:)

    Aah, orang johor memang ada bagi tanda. Aritu masa amik gambar majlis tunangpun rombongan dari johor bagi tanda duit gak..dalam rm80 camtu..dan mak diapun ada bagi kata2 ucapan camtu gak,hehe..memang budaya diaorg kot..:)

    ReplyDelete
  3. owh saya sangat segan... izza, ko p upload video bakal mak mertua aku memberi amanat kat aku... nampak sangat aku agak terpinga2 time tunang ni ;p sesungguhnya aku mmg blur, macam nikah plak aku rase time tuh... ;)

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan..
    sy dah follow kamu
    follow sy
    pulak..suhaidasupalio.blospot.com

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)