01 October, 2009

Bunga Manggar

Salam

Minta pendapat.

Hal berkenaan berarak masuk ke dewan.

Berikan pendapat berkenaan susunan untuk

1. Pengantin
2. Pengapit
3. Pembawa bunga pahar
4. Pembawa bunga manggar
5. Pasukan kompang
6. Rombongan perempuan
7. Konvoi GSR

Yang mana lebih molek..

1. Pembawa bunga manggar menjadi penghulu rombongan. Maknanya, pembawa bunga manggar akan jalan di hadapan, diikuti dengan pengantin, kemudian pengapit, pembawa bunga manggar, diikuti dibelakang adalah rombongan perempuan dan konvoi GSR

atau
2. Pembawa bunga manggar, menjadi pemisah antara mempelai dan rombongan. Maknanya, pengantin berarak dahulu, diikuti pengapit, kemudian pembawa bunga manggar , pembawa bunga pahar, diikuti rombongan perempuan dan konvoi GSR


Ni hanya lah rancangan aje. Mana tau last minit, konvoi GSR segan nak berarak.. Tak pun kehilangan gadis pembawa bunga pahar ke.. Tak pun, semua yang dirancang berterabur.. Ni cuma Plan A aje. Sekurangnya, merancang dulu la. Jadi tak jadi, kuasa Allah kan? :)

Tapi sudi-sudi berikan pendapat.

..oh ya, post ni adalah Post ke 80 sejak kali pertama menulis pada Jun 2009 :)


1 Oktober 2009

6 comments:

  1. rasanya pembawabunge manggar kt depan skali...

    ReplyDelete
  2. klau ikut pendpt lisa la kan..

    pembawa bunga manggar jln depan, diikuti dgn pengantin seiring dgn pengapit, pastu pembawa bunga pahar, diikuti pula dgn rombongan perempuan & group GSR dan akhir skali org main kompang.. pd lisa camtu mmg cun dh, yer la arrange awal2 jer nanti tak kelam kabut dh..

    ReplyDelete
  3. bagi pendapat saya the first illustration tu would be better..which pemegang bunga manggar di depan..sbb mcm protokol sket...cewahhhh

    ReplyDelete
  4. mm..rasa mcm selalu pembawa bunga manggar jln paling depan

    ReplyDelete
  5. Salam wak,

    Laluan tu kecik ke? sebab kalau lebar skit boleh je pembawa bunga manggar tu duduk tepi pengapit pengantin. Pengantin make sure berada atas karpet dan takde apa2 dihadapannya.

    Benda ni penting kepada photographer sebab kalau depan tu dah ada orang pegang bunga manggar sume camne nak amik gambar pengantin berarak tu :)

    Kalau tengok plan tu macam pengapit duduk kat belakang pengantin. Kalau boleh dia duduk kat tepi pengantin je tapi diluar karpet merah. Sebab nanti nampak macam beratur plak..:)

    Oh ya, lagi satu mana2 photographer tak suka atau sukar nak dapatkan gambar kalau saudara mara terlalu ramai guna kamera macam2 time ngah berarak tu.sampai kadang2 duduk satu meter je dari pengantin. Pastu ada lebih 10 orang kat situ. OP plak tak nampak apa2 kat belakang.

    Benda tu kalau dapat kawalpun memang cantiklah..:) Err lagi satu takde ek budak2 comei pakai gaun kat depan tu?hehe..kalau ada 2 orangpun cantik gak..

    Ok, tu je pandangan sy berdasarkan pengalaman selalu shoot kat tempat camtu..:)

    ReplyDelete
  6. Laling, Lisa, Shima, ctfza: sekali harung komen kat korang :P ha, saya pun nak wat cam tu, tapi bakal pengantin bertegas dia nak lalu dlu :P dia tak peduli.. tapi skrang, parents saya nak pemegang bunga manggar kat depan.. jadi camne..

    Acai: terima kasih.. mmg nk gak tau pendapat OP camne..yg part pengapit berjalan di luar red carpet tu idea yg comey sbb nampak la siapa yg nak diraikan, kan? tapi igt, bunga manggar tu, nk jalan dlu, tapi jauh kehadapan. kiranya, jarak dari pengantin dalam 20 kaki. ok tak? then kami takde flower girl pasal girl2 semua hyper.. jadi tu pakai pembawa bunga pahar.. tapi tak pasti kat mana pembawa bunga pahar nak jalan. help ~~

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)