10 Ogos 2009
Saya banyak kali baca kes-kes pengantin yang tak puas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima untuk majlis perkahwinan mereka. Ada yang kena tipu dari awal peringkat tempahan butik, ada yang kena tipu pada majlis berlangsung dan ada juga yang kena tipu selepas majlis selesai.
Tapi kebanyakkan mereka hanya meluahkan di blog mereka.
Sedangkan kita sebagai pengguna ada saluran yang lebih mudah dan tepat. Paling penting, kita boleh mendapatkan ganti rugi yang sewajarnya daripada penjual.
Ramai antara kita mungkin tau atau mungkin kurang tau (atau langsung tak tau) kewujudan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Buat semua bakal pengantin, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan.
Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat. (sumber) Pengguna boleh menuntut gantirugi dan pampasan terhadap peniaga dan pembekal yang tidak bertanggungjawab/tidak beretika.
Merujuk pada contoh kes yang pernah dibawa ke tribunal, untuk kategori perkhidmatan, Pakej Perkahwinan (4311) merupakan kes ketiga tertinggi, selepas kes melibatkan Agensi Pelancongan (5491) dan Agensi Pekerjaan (5647). Contoh kes boleh dibaca disini, yang melibatkan mutu perkhidmatan butik perkahwinan yang tidak memuaskan sebelum, semasa dan selepas majlis perkahwinan. Contoh kes lain yang melibatkan tempahan baju untuk pengantin juga boleh dibaca disini. Maka, di masa hadapan, jika kita rasa tertipu dengan kebenaran barang, dalam erti kata lain penjual memberikan maklumat dengan niat menipu, memperdayakan pengguna, dan melibatkan kerugian daripada urusniaga tersebut, kepentingan kita sebagai pengguna boleh dituntut di bawah akta yang berbangkit daripada :-
a. Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama
b. Keselamatan barang dan perkhidmatan
c. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang
d. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang
e. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang
f. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang
Boleh baca di sumber untuk mengetahui lebih lanjut hal tentang jenis-jenis tuntutan tersebut. Tapi ingat, tribunal mempunyai bidang kuasa berhubung tuntutan yang tidak melebihi RM25,000.00 yang difailkan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertikaian.
Tuntutan boleh difailkan dengan mengisi borang tuntutan yang dikenali sebagai Borang 1, yang boleh didapati secara percuma dari semua cawangan Tribunal atau muat turun dari portal eTribunal (sumber).
Maka, lain kali kalau kita atau kawan-kawan kita, mahupun siapa-siapa yang kita kenal, meluahkan perasaan yang mereka rasa: 1. Rasa tertipu?
2. Perkhidmatan/Barangan indah khabar dari rupa?
3. Hak telah disalahguna?
Minta mereka rujuk di sini. Jangan biarkan hak kita diperkotak-katikkan. Kalau kita tak bertindak, mungkin akan berlarutan kat pelanggan yang seterusnya.
Pengguna takkan ngomel kalau mereka berpuas hati.
Customer always right, no matter how positively wrong they are!
sy pun penah rasa tertipu. masa majlis tunang bunga hiasan pelamin buruk sangat. kehendak pelamin tak mcm saya arahkan. geram,, cuma mekap dan bungan tgn je yang buat sy puas ati.
ReplyDeleteEmm, memang bagus ada benda ni..emm, bukanlah nak burukkan sesapa tapi dikalangan photographer yang so-called professional yang cari makan amik gambar je ni pun ada je yang selalu menipu,huhu..sedih plak ngan orang camtu..tak bleh publish namanya kat sini,hehe..
ReplyDelete