11 Ogos 2009
Salam dan hai
Ok, semalam lepas balik kerja terus kerjakan barang hantaran ni. kena gak cucuk dengan element warna hijau lepas khidmat nasihat percuma oleh Mir. Maka ni la hasil yang biasa-biasa. Dalam bahasa lain, statik dan tiada perubahan.
Sedikit tak faham kat mana nak letak bunga putih kecik yang tiba-tiba muncul ntah dari mana di dalam hantaran ni.. masa beli tu, setiap rumpun ada 1 bunga kecik tu.. maknanya, setiap dulang, saya ada 3 bunga kecik tu.. Sapa-sapa ada idea camne nak letak kedudukan yang molek lagi?
gambar ni konon bunga belum dibetulkan lagi
gambar ni konon bunga dah dinaikkan setiap cabang dan diambil dari sudut bawah sedikit (Tapi hasil masih memualkan)
Mir mencadangkan:
"eemm bunga tu susun elok2 bagi nampak kemas.. make sure ada daun.. kalau daun lebih pun boleh.sebab yang akan menonjol nanti bunga tu.. sebab daun kan hijau... eemm kalau nak letak daun pelastik keladi sehelai pada setiap dulang pun lawa,. hantaran PS ada mir letak keladi tu.. perasan tak?? kalau takde.. cari daun yang panjang.. ala-ala daun mengkuang.. past tu lipat 2.. dari hujung bertemu hujung.. pastu stapler ( kalau bunga segar soletipkan).. pastu susun keliling span.. baru nampak meletop.. rasanya xora punya blog ada letak bunga yang ada daun mengkuang tu.. cuba check balik" ---sumber: Amirul Shafique
Ha tu dia.. Mir dah bercakap.. Semalam tak sempat gi kedai bunga pasal hujan lebat sangat, jadi nak cuba pergi hari ni. Nak cari daun keladi untuk sandar bunga orkid. kalau tak jumpa, nak cari daun cam Mir kata, jadikan susunan keliling span.. Dapat satu contoh untuk ditunjukkan kat sini pun jadi lah! Salut la pada penggubah barang hantaran cam Mir.. Memang payah menggubah ni rupanya ok..
No comments:
Post a Comment
Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)