Salam dan Hai
Oh, tajuk di atas takde kena mengena langsung dengan perarakan dan kekocohan di KL pada hari Sabtu. Tension gak disebabkan hura hara tu, saya terpaksa postpone trip membeli bunga dengan sahabat baik saya.
Tapi hari ni saya ke KL (my dear friend is so gonna kill me for this!). Lebih spesifik, ke Jalan TAR.. Walaupun takde merancang nak ke sana, tapi ayah last minit ajak, jadi saya pun gi. takut-takut juge, mana tau ada hura hara lagi.. Merempit ke KL, sila percaya ok.
Oh, tajuk di atas takde kena mengena langsung dengan perarakan dan kekocohan di KL pada hari Sabtu. Tension gak disebabkan hura hara tu, saya terpaksa postpone trip membeli bunga dengan sahabat baik saya.
Tapi hari ni saya ke KL (my dear friend is so gonna kill me for this!). Lebih spesifik, ke Jalan TAR.. Walaupun takde merancang nak ke sana, tapi ayah last minit ajak, jadi saya pun gi. takut-takut juge, mana tau ada hura hara lagi.. Merempit ke KL, sila percaya ok.
Ramai kawan-kawan yang cadangkan saya cari bunga di SSF, Jalan TAR. Katanya, bunga di sana, berbeza dari bunga plastik di Nilai. Sebab bunga di SSF, artificial flower, nampak sama cam bunga sebenar. Harga memang sedikit mahal, tapi cukup puas hati.
Sebenarnya agak kalut tak tahu nak beli apa. Bayangkan punya la rambang mata sampai bunga orkid kat depan mata pun tak kenal. I wish Nity ada masa tu :(.. Nasib kakak SSF ni banyak membantu. Dia yang tolong pilihkan. Mencabar gak pasal orang jarang guna bunga orkid, jadi nak taknak kena potong gak bunga tu.
Sebenarnya agak kalut tak tahu nak beli apa. Bayangkan punya la rambang mata sampai bunga orkid kat depan mata pun tak kenal. I wish Nity ada masa tu :(.. Nasib kakak SSF ni banyak membantu. Dia yang tolong pilihkan. Mencabar gak pasal orang jarang guna bunga orkid, jadi nak taknak kena potong gak bunga tu.
Mula-mula kami dah amik bunga orkid yang sama juga warna tapi pada harga RM 30+, tapi rupanya harga mahal sebab dia ada akar. Kakak tu yang cadangkan amik yang lain, tanpa akar sebab nanti kami akan potong juga akar tu. Maka amik 7 batang orkid yang setiap satu ada 8 kuntum bunga, pada harga sebatang RM 10.40. Kiranya setiap dulang akan ada 8 kuntung bunga orkid.
Kemudian, kakak tu juga yang pilihkan daun untuk bunga orkid, yang pada mulanya saya nak amik paku pakis. Dia pilihkan yang ini, namanya leaves bush, pada harga RM5.20 seikat, kami amik 7 ikat utk 7 dulang.
Kita sama-sama nantikan hasil air tangan si amatur ini :)
Kami beli kain net ni juga.
Kain net, 2 meter = RM6.40
Kain net ni untuk jadikan alas dalam white tray. Sila rujuk perbualan saya Niss dalam post sebelum ni, dia mencadangkan kain satin. Tapi saya pilih net sebab membayangkan kalau ada baki, mungkin boleh gunakan untuk buat bunjut coklat macam Amirul buat dalam blog dia. Lagipun, dah takmo terlalu banyak benda berkilat kat dalam dulang, takut nanti kilatan kain satin tu terpantul pada flash kamera (teori saya).
Selesai di SSF, ayah dan saya ke Kamdar mencari cadar katil selepas gagal jumpa yang berkenan di Nilai 3. Berjaya juga jumpa cadar katil polos semacam ini.Cadar katil ni 60 kaki, kami amik 8 meter, untuk katil size queen dan bantal kepala 2 biji, jumlah RM 80. Kemudian jumpa jerujai ni, untuk diletak berlatar belakangkan langsir putih, harga RM25.
Elok saya selesai membeli belah dengan ayah saya, abang saya pulak telefon ajak saya temankan dia dan K.Rina shopping barang hantaran. mereka pun memang ke KL hari ni.
Menjunjung perintah kanda.
Bayangkan dari 10 pagi sampai ke 6 petang, meraban dari Sogo, semua tingkat kitorang naik.. lalu ke Semua House.. pun meraban cari barang.. sambung ke Jakel cari baju nikah..
Kesudahan hasil serangan kami, berikut la gambar-gambar sebagai bukti kejayaan.
Beli al-quran dan tasbih bersama bekasnya, di Semua House, dalam RM50.
riben ungu 80 sen satu gulung dan riben satin putih ni RM8.40 satu (9 meter). dapat diskaun RM1 pun tetap riang!
Riben yang segulung RM1.40 (20 yards) ni untuk hias kereta pengantin n kereta konvoi nanti InsyaAllah.
Sebenarnya bertelagah dengan ayah, pasal saya nak kristal-kristal untuk letak kat depan langsir putih, tapi ayah dah beli jerujai ungu tu di Kamdar pasal saya takmo beli kat SSF masa mula-mula kami datang. Nak gi Semua House. Kat SSF harga dalam RM11++. Kat kedai yang kawan saya cadangkan cari kedai berhampiran Watson di Semua House, dalam RM8++.
Tapi masa kat Semua House, tak terjumpa la Watson, maka terus ke kedai kahwin yang berdekatan dengan food court di Semua House. Terjumpa jerujai yang sama, pada harga RM5.80 semeter, dapat diskaun RM1.45. Best!!
Maka beli 5 meter, dengan senyuman menjela (pasal bukan duit saya dan abang saya bayar aje.. maka sangat mudah)
Dalam gembira jumpa curtain beads tu, terjumpa lak bun bunga cam ni gak
Dalam gembira jumpa curtain beads tu, terjumpa lak bun bunga cam ni gak
tapi pada harga lebih kurang RM1.50++.. Geram ok pasal dah terbeli di SSF pada harga RM3.00. Even bukan duit saya, tapi mesti la nak kurangkan apa-apa kos yang tak perlu :(
Hal-hal barang hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan macam minyak wangi+makeup, kasut+wallet (mula-mula nak cluth tapi takde yang K.Rina berkenan) pun selamat dibeli.
Hal-hal barang hantaran dari pihak lelaki kepada perempuan macam minyak wangi+makeup, kasut+wallet (mula-mula nak cluth tapi takde yang K.Rina berkenan) pun selamat dibeli.
Sekarang ni, dari side kami, yang belum cuma barang kemas dan telekung aje. Telekung akan cari kat pasar malam kot. Sebab kat jakel harga dasyat sampai RM180++. Buah-buahan dan coklat boleh cari di saat akhir. Tu tak apa.
Oh ya, kain nikah pun selamat dibeli. K.Rina yang lemah lembut nampak amat ganaz bila menawar. Dia amat dasyat. Berhati-hati menawar dengan orang Terengganu kerana mereka tiada belas kasihan masa menawar. Hasil tawar menawar orang Terengganu ni akhirnya dapat RM760 untuk kain lace +lining utk perempuan dan set baju melayu 4 1/2 meter + samping untuk abang saya.
Kakak Jakel tu pandai juga cuma merasuk K.Rina beli veil sekali, tapi silap orang la, pasal K.Rina memang minta murah separuh harga. Tapi pasal Kakak Jakel tu kata tak boleh, maka K.Rina pun takde la amik.
Banyak perkara yang saya perhatikan sepanjang masa tengok abang saya dan K.Rina membeli belah ni. Memang amat penting tolak ansur dan jangan terlalu berkira. Yang penting jangan lupa budget. Saya rasa, antara sebab abang saya suruh saya ikut pasal saya yang set kan budget dia, maka semua benda dalam kepala saya. Dia cuma hulur duit dan reply sms kawan-kawan tentang lumba drag next week.
Bagi saya, membeli barang ni kadang-kadang memang tak dapat kontrol setiap sen yang kita keluarkan. Ada kala kita untung di satu perkara, tapi sedikit rugi di satu perkara yang lain. Anggap aje la bukan disitu rezeki kita.
Oh ya, isu membazir juga sangat subjektif. Kadang-kadang apa yang orang rasa tak perlu, bagi kita amat perlu dan penting. Maka disitu, kita mungkin ada dicop membazir.
Wallahualam..
Tapi yang penting bagi saya, ikut budget! Walaupun nombor-nombor di atas tu nampak macam banyak, tapi alhamdulillah, semuanya masih di bawah budget :)
Maka, abang saya boleh race weekend ni dengan hati yang riang.
Tapi hati saya yang tak riang ni.. camne nak deko?
No comments:
Post a Comment
Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)