21 April, 2014

# Baling Belakang

Salam dan hai

#baling belakang a.k.a # throwback, sempena setahun hibernate daripada blog. Ye saya sedar hampir setahun blog ditinggalkan begitu sahaja. Tapi saya harap gambar kedua terakhir dapat menjelaskan kenapa.

Saya ada cerita ringkas... kisah dia seorang pengapit.




Dulu saya yang kawin





Sekarang giliran dia pula





 Dulu dia temankan saya buat hantaran petang sebelum nikah esoknya





Sekarang saya temankan dia buat rambut petang sebelum dia nikah




Dulu, saya pakai jubah mandi ini



Sekarang, barista tulis ini pada cup starbuck dia




 Dulu dia mengapit saya














Sekarang saya mengapit dia



Cik pengapit saya dulu yang sekarang boleh dipanggil Puan Nity telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 19 April 2014.





Majlis perkahwinan yang sangat cantik. Kalau la saya dapat mengabdikan lebih banyak gambar disini. Gambar yang ada tidak dapat menggambarkan kemeriahan dan keindahan sebenar majlis perkahwinan Nity. Termasuk saat ketika saya dan Fieza membawa anak-anak kami ke pelamin untuk merebut gula-gula. Kami sangat ganas, bagaikan sedang memborong di warehouse sale.. Itu pasti.












Satu perkara yang saya kesalkan: saya tak dapat luang banyak masa menolong dia.  Baik daripada mula sampai akhir. Tapi Nity selalu cakap, "Aku tolong ko ikhlas la. Tak yah nak balas-balas"

Saya teringat ceramah yang saya penah dengar di radio, ustaz tu kata kadang-kadang bila orang tolong kita, kita tak dapat balas pertolongan dia. Tapi Allah akan hantar orang lain sebagai ganti. Nity memang bertuah dikelilingi support system yang sangat-sangat bagus dan ikhlas.

Sebagaimana ikhlasnya dia menolong saya ketika majlis saya dulu, begitu la ramai orang menolong dia masa majlis perkahwinan dia. 


Kalau la kau boleh cakap bahasa melayu nity masa pindah ke Malaysia umur 6 tahun dulu, mesti kita dah kawan lebih lama daripada sekarang.Hihi

Bak kata Hafizah kepada anaknya, "umi kenal kawan-kawan umi ni daripada umi kecil sampai dah besar" -- sebelum saya sampuk ".. salah. ummi alisha kenal kawan-kawan umi alisha daripada umi alisha kecil sampai dah besar macam ni dan tak kecil-kecil lagi badan dia" ..



Hadiah daripada kitorang berlima untuk kau adalah simbolik selamat menjadi orang rumah...




Nity, aku doakan ko akan dikurniakan excess baggage dengan kadar segera haha.





Lepas tu kita boleh sama-sama gelakkan Hafizah bila dia kalut dengan anak dia. *Fieza i still love you.. always!

Kita kawan daripada sekolah dan kita akan kawan sampai bila-bila selagi diizinkanNya InsyaAllah





21 April 2014

No comments:

Post a Comment

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)