Dah lama simpan gambar ni, tapi baru sekarang teringat nak kongsi.
Gambar penunjuk lokasi parking. Siap ada perkhidmatan shuttle disediakan.
Kami bukan tetamu majlis ni, cuma kebetulan masa nak pergi ke rumah kawan, selisih dengan papan penunjuk ni. Terus tangkap gambarnya.
Rasanya kalau ada kaedah macam ni, lebih mudah untuk tetamu tahu lokasi nak parkir di mana. Sesuai untuk majlis di rumah mahupun dewan. Kalau ada duit lebih, boleh buat perkhidmatan shuttle.
Papan penunjuk ni menggunakan warna yang terang, saiz tulisan dan papan yang besar dan jelas, dan memang diletakkan di tempat yang mudah dilihat.
Mungkin sesuatu yang perlu dititik beratkan oleh bakal pengantin dalam menyediakan papan penunjuk jalan, terutama sekarang ni dah musim cuti sekolah. Memang banyak kenduri kahwin dilangsungkan. Kadang-kadang, naik kesian dengan lampu isyarat dan pembahagi jalan yang penuh dengan papan penunjuk bertindih-tindih. Sampai kadang-kadang susah nak perasan arah tuju majlis yang kita benar-benar nak pergi.
29 May 2012
betul2 kena besar baru nampak..akak rasa saiz papan tanda tu A3 or lebih besar lg ye?
ReplyDeleteYes! SUngguh bijak!
ReplyDeletedah lama tak g kenduri kawen, so xtau camne rupa penanda arah zaman skang.
ReplyDeleteterang benderang signboard nih...ada bagusnya abis je majlis, cabut la signboard tuh, kalau ada masa memasang, pasti ada masa menanggalkannya balik kan.......dah la pasang main pacak, tak de bayaran, so kena la ada kesedaran sivik sket utk cabut balik....salam kenal!
ReplyDelete