Salam dan hai
Saya baca satu artikel yang menarik untuk dikongsikan: berkenaan solat sunat selepas akad nikah
Sumber: Harian metro
Solat sunat selepas majlis akad nikah
JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai? Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?
JAWAPAN:
Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.
Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.
Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah). (juga boleh baca perbincangannya di laman web ini)
Terus saya teringat pada gambar yang Abang Acai pernah ambil ni
Macam yang pernah saya tulis dalam post terdahulu, berapa kerat sahaja pengantin perempuan yang akan solat berjemaah bersama suaminya selepas majlis akad nikah, macam dalam gambar tu?
Saya tidak.
Saya solat berjemaah bersama dengan D, selepas majlis bersanding selesai. Jadi saya harap, kalian boleh lakukan yang lebih baik.
P.s: bentangkan sejadah siap-siap untuk pengantin solat. Tidak la jadi macam gambar D diatas, teruja nak solat tak pakai sejadah. Hehe
16 Mac 2012
Masa nikah dulu suami je buat solat sunat tu. Saya period masa tu..heheheh
ReplyDeleteramai yg lupa bab solat sunat ni...mungkin sbb ada pengantin perempuan yg tak dpt join sbb period.
ReplyDeleteada jugak yg lebih excited nak bergambar, perhaps??? rugi jugak kan kalau terlepas moment yg special ni...tq Xora for reminder...:-)
maknanya, seblom mekup kn amik air semayang la kan siap2? pastu lepas je akad, trus solat la kan? dalm keadaan ada mekup oke je la kan nk solat? cme baju nikah cam seksila. cane ek? sbb campo2 dgn lace. aduhaiii
ReplyDeleteHmm,saya pun sama macam akak,solat jemaah lepas majlis sanding je dapat...terkilan sikit
ReplyDeleteSaya pun saya macam awak. Solat bersama selepas majlis selesai.
ReplyDeleteHi dear, nice blog. Suka baca all your wedding preps. I'm one of your silent readers *malu2*. I'm a B2B jugak yg sedang prepare for my magical day. Kalau sudi drop by and follow my blog okay! :) http://pikapikah.blogspot.com/
ReplyDeletependapat saya la kan, lagi baik solat sunat berjemaah ni selepas majlis akad nikah selesai, kira dlm bilik la.sebab mcm xberape selesa je solat dikelilingi org rmai, lagi2 perempuan. lagi satu, xlama sgt ke antara masa sebelum makeup, nak tunggu akad lagi, mcm xkompem je, xberlaku letupan..he3
ReplyDelete-najihah-
Emm... gambar kat atas tu btl ke kddkn makmum
ReplyDeleteperempuan sebelah kanan eh? Sekadar bertanya.
Huhu..makmum pmpuan blah kiri.
ReplyDeleteTp klu imej ni adlh refleksi cermin, means mmg da btul la kddkan tu.
Mkmum pmpuan blah kiri,
ReplyDeleteTp klu imej ni pantulan cermin, kire da btul le tu.
Huhu.. Mengelirukan.
kedudkan makmum permpuan yang paling afdhal adalah ditengah2 belakang imam
ReplyDeletekeddukan makmum yang afdhal adalah ditengah2 belakang imam..
ReplyDeletesebab tu pentingnya bab menutup aurat.senang ja,make sure buat baju nikah baju yg longgar,tudung labuh menutup dada..lagi catik disisi Allah kan =)
ReplyDeleteAslkm.. sy nak nikah 19 jan 2013 nie.. sy nak th niat solat selepas akad,masa yg sesuai n kedudukan makmum(isteri).. mohon bantuan.. kegelisahan melanda perlahan lahan dah nie.. hehe..
ReplyDeleteAslkm.. sy nak nikah 19 jan 2013 nie.. sy nak th niat solat selepas akad,masa yg sesuai n kedudukan makmum(isteri).. mohon bantuan.. kegelisahan melanda perlahan lahan dah nie.. hehe..
ReplyDeleterasanya fatah boleh tanya kepada orang yang lebih layak menjawab, boleh tanya pada tok kadi yang bakal menikahkan fatah dan isteri nanti, pasti jawapannya dia lebih tepat
ReplyDelete