01 July, 2011

Koleksi Beg Kertas yang Cantik-cantik


Salam dan hai

Maaf, terlalu lama tidak saya kemas kini blog ini.

Sudah berulang kali saya mengedit post Perkongsian Hidup. Saya rasa masih ada yang kurang dalam penceritaan saya.

Buat yang bertanya tentang kandungan dan persiapan menyambut permata hati kami ini, terima kasih untuk semua emel kamu. Segala persiapan amat sederhana, InsyaAllah saya akan kongsikan kemudian--dengan gambar-gambar harapnya (gambar dah banyak dalam telefon tapi tak dapat nak transfer *Stress) Berapa bulan sudah kandungan saya, semuanya saya akan cuba kongsikan kemudian ya?

Yang penting, post kali ini bukan berkisar kehamilan saya, tapi semestinya berkenaan perkahwinan. Suka untuk saya kongsikan beberapa koleksi paper bag/ beg kertas yang bagi saya, cantik-cantik belaka. Dengan sedikit kreativiti, terus jadi begitu cantik! Ada antara link dibawah yang berkongsi langkah demi langkah dalam menghasilkan seni beg kertas tersebut.


Doily paper



Sumber: swoonstudio.blogspot.com

Bunga daripada Fabrik



Sumber: stylemepretty.com


Riben



Sumber: emiliehandmade.com

Elemen kertas Doily



Sumber: heygorg.com


Harap seni dan kreativiti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di atas dapat berikan idea baru kepada mana-mana bakal pengantin yang berminat menggunakan beg kertas dalam majlis masing-masing.

Selamat mencuba dan berekperimentasi!



1 July 2011

21 comments:

  1. cntikkan. :)
    kreatif sungguh.

    ReplyDelete
  2. Sooo Creative :) boleh dijadikan idea utk nikah doorgift ni.. thanks kakak.

    ReplyDelete
  3. waww!!!terkesima tgok paper bg nih..adoiyai..canteknyer..thanks yer, entry u nih bg i byk idea tuk door gift nanti...

    ReplyDelete
  4. dah lame berkenan ngan puncher doily tu. tapi ntah bile la nak dpt. sbb setiap kali menyuarakan isi hati ni, encik suami pulak akan bersuara.. 'nak buat ape?' arghhh... FRUST!

    ReplyDelete
  5. oowh ade jual yeh puncher doily tu...baru tahu..huhu

    ReplyDelete
  6. salam xora,

    before ni during my wed ada guna brown paper bag and staple dgn doily paper. Tu pun ramai yang mengata sebab nmpk cheap katanya. Tapi, i cuma fikir, bukan semua org bermata seni macam kita kan. Ehem ehem. Hehehe.

    Anyway, thanks utk perkongsian menarik kali ni. InsyaAllah will use e idea utk wedding my bro nnt. Baru settle my wedding and adik for e past 6 months.

    So, tgh rehat daripada wedding my bro la. Janganlah dibuat secepat mungkin. Ehehehe

    ReplyDelete
  7. bape hinggit la puncher doily tue. aku takut nak pegi survey nanti dah berkenan payah pulak!


    oii, dah sopping brg baby lom?

    ReplyDelete
  8. mmg mengimpikan nak pakai brown paper utk doorgift kahwin nnt.. hehehe.. thanx tmbh kan idea lagi..

    ReplyDelete
  9. puncher last skali tu ade ke eh jual kt msia...tapi cantik sangat~~

    ReplyDelete
  10. chek mmg guna brown & white paper bag saja utk doorgift para tetamu.. :) mudah.simple.dan buleh DIY..

    p.s : thanks for sharing the ideas.. :)

    ReplyDelete
  11. mama tak kasik pakai doily paper. haish!

    ReplyDelete
  12. berita baik untuk bakal pengantin di luar sana!!!
    butik pengantin fiqrah anggun menyediakan khidmat perkahwinan yang berpatutan!lawati blog kami http://fiqrahanggun.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut tentang pakej2 yang disediakan!

    ReplyDelete
  13. sgt suke.. kreatif sgt2.. a'ah kn.. mane nk crik puncher 2 ek?? sgt2 tertarikla.. ade sape2 tau mane nk crik puncher 2??

    http://dodotshyg.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. kat mana nak beli puncher tu?

    ReplyDelete
  15. salam...cantik dan kreatif la..klu nk cari puncher tu cubahttp://www.scrap-n-crop.com/webshaper/store/viewcat.asp?page=5&catID=862 bukak web nie..

    ReplyDelete
  16. mn nak dapat paper bag 2 ek...

    ReplyDelete
  17. kat mane nk dptkan kertas tu ek?name paper bag tu ape ek?

    ReplyDelete
  18. waaa sgt cantik dan kreatif lah..tq kak..baru ade idea utk mjlis nt..tq2 ;)

    ReplyDelete
  19. pakai paper beg yg cam daripada kertas recycle tu/.. tak tau kat mana. tapi kat pasar borong, confirm ada sepatutnya kan?

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)