Salam dan hai
Peribahasa hari ini:
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga
Maksudnya: Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).
Ingat lagi tak iklan TV yang gunakan peribahasa ini? *Saya tak ingat iklan apa dah tapi saya pasti, saya tahu peribahasa ini daripada iklan di televisyen.
Peribahasa itu lah perkara pertama saya terfikir bila tengok gambar-gambar dibawah ini.
Walaupun mungkin peribahasa tersebut tidak relevan kepada orang barat ini, tapi bila saya tengok ada gambar ikan (patung ikan yang amat lah comel!!) automatik saya teringatkan peribahasa tu.
Mudah sahaja, menjadikan satu aktiviti hobi bertukar menjadi sesi bergambar yang cantik dan comel. Saja berkongsi gambar-gambar dibawah ini, mana tahu dapat jana idea pada bakal pengantin di luar sana yang masih mencari-cari tema sesi bergambar masing-masing. Mungkin selain pancing dan patung-patung ikan, boleh juga bawa belanga dijadikan props dan pada bingkai gambar tu boleh masukkan peribahasa diatas tu. Pasti kronologi ceritanya dapat difahami. Lokasi? Banyak kawasan air terjun dan sungai yang cantik di Malaysia ni, tak perlu risau. Selebihnya, terpulang pada kreativiti dan interpretasi masing-masing.
Sumber: Green Wedding Shoes
Tapi gambar macam ni tak mahu haaa..
13 June 2011
uishh..kalo hubby hana tau idea ni, mesti dia gila! hahaha..sbb dia kaki pancing.
ReplyDeletehehehe.. mmg comel gambar ikan tue...
ReplyDeleteidea menarik nie.. ;p
ingat xora nk citer ttg masak ikan :p
ReplyDeleteiklan petronas rasenyer kot...[ingat2 lupa]..:)
ReplyDeletebtul btul btul! iklan petronas.. :)
ReplyDeletecomelnye laaaaa......
ReplyDeleteHehe iklan petronas,time raye..huhu.btw,it's a fresh idea..tenang je kn klu g sungai tuk photoshoot.i like!!
ReplyDeletehi xora,
ReplyDeleteTengah imagine kalau pakai prop yang fresh, ie ikan segar. Wah. Harus dengan kita melompat lompat sama. Kut tetiba ada ikan keli ke. Hehehe.
Post yang last tu kalau buat post wedding, smart gila okei!
good idea juga ni kak.. hee.. :P
ReplyDeletenak ikan
ReplyDeleteyeay..post wed boleh juga :)
ReplyDelete