Salam dan hai
Saya nak buka label baru. Saya namakan Perkongsian Hidup. Dalam label ni, saya nak coretkan apa-apa yang saya jumpa daripada google atau pengalaman sendiri dalam menguruskan perkongsian hidup bersama pasangan.
Apa yang saya maksudkan dengan 'perkongsian hidup' ini adalah, bagaimana menggabungkan dua cara hidup berbeza menjadi satu apabila sudah mula tinggal bersama. Rasanya setiap pasangan yang sudah berkahwin, mesti ada cara-cara masing-masing dan apa yang saya kongsikan, adalah cara saya dan D. Sekadar berkongsi dan bertukar pendapat dengan pembaca-pembaca lain di luar sana dan untuk beri pengenalan awal kepada bakal-bakal pengantin
Untuk topik pertama dibawah label ni, saya nak kongsi tentang isu: Almari Baju.
Masa tinggal dirumah ibu ayah saya, kabinet almari bilik saya memang jenis terbina dalam. Pemilihan ruang dalam almari memang ayah dan ibu yang pilih. Saya balik-balik daripada UiTM (masa tu masih belajar lagi), dah siap. Maka susun aje baju-baju saya dalam tu. Bila dah kahwin, maka kena la terima 'ahli baru' iaitu baju-baju D. Untuk memudahkan penceritaan, saya menguruskan baju-baju kami lebih kurang seperti dibawah *Gambar ni aje sesuai untuk diletak dalam penceritaan ini hehe
Memang berkecamuk. Daripada kiri ye kawan-kawan, ruang situ muatkan jubah solat D dan campur dengan baju kurung saya yang sudah digosok. Yang ruang ditengah pula, baju saya majoritinya, tapi ada juga barang D seperti stoking dan pakai dalam. Tu pun bersepah juga kedudukannya- baju dalam semua di ruang bertingkat, dan stoking di dalam laci berkubikel. Ruang belah kanan pula, baju kemeja D dan pakaian basah dia, dan tetap saya selitkan baju-baju jalan saya. Hehe
Pendek kata, bila tiap pagi D nak bersiap, dia perlu mulakan pergerakan daripada tengah almari dan menuju ke sebelah kanan untuk baju kemeja. Tak campur lagi kalau dah balik kerja, D nak pakai baju basahan, saya lipat dan memandangkan takde ruang lain, kena letak di bahagian bawah. Jadi kasihan pulak tengok D terbongkok-bongkok cari baju dia.
Terasa juga diri pentingkan diri sendiri pasal tak mahu berkongsi ruang dengan D hahaha.. Semua ruang saya nak kuasai. Barang-barang dia cuma dipinggiran aje *Saya mempertahankan diri dengan kenyataan "Baju perempuan banyak dan bukan salah B tudung ada banyak ton warna pasal baju kurung corak-coraknya berbeza*
Tapi masa tu saya tak kisah sangat pasal saya tahu semua ini sementara waktu sahaja, sehingga kami pindah ke rumah kami dan ada almari baju kami sendiri.
Jadi sementara belum jumpa almari idaman kami, saya pun mulakan proses mengumpul maklumat. Walaupun saya tahu, saya takkan pilih almari terbina dalam atas faktor:-
1. Kos
2. Kami belum pasti keperluan ruang kami pada masa akan datang
Tapi tetap, saya mahukan kebebasan untuk memilih ruang pembahagi di dalam almari tu.
Maka, saya pun memulakan operasi mencari susun atur ruang dalam almari. Antara gambar-gambar yang menjadi rujukan saya.
Sumber: Google images
Merujuk gambar-gambar daripada Internet, tambah dengan almari sedia ada kat rumah ibuayah saya, jadi saya tahu keselesaan saya macam mana *Ye, saya. Bukan D pasal D tak kisah pun. Hehe. Katanya, saya yang akan lipat baju, jadi biar saya yang susun ikut kehendak saya.
Perkara jadi mudah bila D dah jumpa almari idaman dia, saya pun dah tahu nak ruang dalam almari yang macam mana.
Gambar kenangan D berjumpa dengan almari idaman dia.
Kalau tak silap saya, almari ni 8 kaki kali 9 kaki kali 2 kaki setengah(kot?). Memang ada ruang sedikit diantara atas almari dan siling bilik tapi tak apa, pasal sudah ada rancangan nak buat apa dengan ruang kosong tu. Kami sengaja pilih almari yang berkaca walaupun memang ada risiko pecah kalau ada kemalangan. Tapi, kaca tu kami pilih jenis yang bertingkat-tingkat, jadi kurang sikit risiko bila pecah, berderai semuanya. Kaca untuk ruang nampak luas dan menyingkirkan keperluan untuk meja bersolek dalam bilik kami. Berbanding meja mekap, cermin almari ni penampilan daripada hujung rambut ke hujung kaki boleh amati. Hehe. Jadi jimat dari sudut kos dan ruang.
Walaupun rata-rata gambar yang saya jumpa dalam internet kurang praktikal kepada cara dan koleksi pakaian kami, tapi bila terjumpa idea kasar daripada gambar google dibawah ni, saya pun memulakan operasi saya.
Sumber: Google images
Ini susunan almari kami
Pembahagian ruang dalam gambar di atas kurang tepat berbanding saiz sebenar almari kami pasal saya tak pandai nak lukis pembahagian ruang setepanya. Hehe. Ikutkan ruang almari saya lebih lebar tapi tak tinggi dan D punya pulak lebih tinggi tetapi tidak lebar*Memang tak reti lukis.
Saya pilih susunan ikut mana yang saya selesa. Sebagai contoh, Baju kurung, saya memang jenis suka melipat baju kurung dan hanya gantung baju yang sudah digosok dan Baju jalan saya letak tingkat dua daripada bawah ----sebabnya? saya akan mengambil masa nak fikir baju mana nak dipakai, jadi berdiri memenatkan. Duduk akan kasi saya ketenangan memilih hehe.
Tapi kali ni, saya tak mahu sentuh bahagian saya kerana saya yakin, mana-mana perempuan pun arif cara nak susun barang masing-masing kan? Kita bercerita tentang barang-barang dan pakaian encik suami kita.
Untuk ruang D, seperti dalam rajah diatas, saya letakkan jersi dan baju jalan jenis t-shirt berkolar diruang yang sama kerana kedua-duanya D selalu buat jalan-jalan.
Ni baju basahan D. Saya letakkan yang hitam-putih-kelabu di bahagian belakang; dan yang bewarna dibahagian depan. *saya memang suka lipat baju.
Walau saya letak bertindih depan belakang, tapi ada ruang kosong ditepi untuk memudahkan D alihkan susunan didepan ke sudut tepi kalau dia nak amik yang dibelakang, tanpa mengganggu lipatan saya~ *Dah susun ikut ton warna, tapi ni mesti D dah punggah.
Niat dihati mahu dapatkan susunan sekemas ini dan pelbagai ton warna
Tapi mungkin belum tiba masanya~~* dan D hanya suka warna putih-hitam-biru . Kalau ada warna-warna lain tu, saya la yang membelinya.
Untuk barang-barang peribadi D, amatlah mudah pasal dia lelaki dan tak peduli benda-benda macam ni *suamiku bukan metrosexual rupanya~. Cuma perlu bekas plastik di Ikea ini dan letakkan barang-barang D ikut kategori; macam pass pekerja, minyak wangi, tali pinggang *satu aje, boleh tak??!! dah minta dia beli tambah koleksi, dia kata tak perlu. Haih, sikat (walau D selalu main campak juga akhirnya) *Ada projek DIY untuk cantikkan bekas ini tapi masa belum mengizinkan.
Kain pelekat, dulu saya lipat, tapi pasal D suka amik ikut pilihan warna yang dia nak, maka saya gulungkan macam ni pasal kalau D nak amik kain pelekat yang mana satu sekali pun, yang lain masih kekal dalam bentuknya. Walaupun mungkin tak sekemas melipat, tapi ini sahaja teknik yang dapat kurangkan muncung mulut saya bila D main punggah mana-mana yang dia suka dan D cepat-cepat kemas semula bila nampak saya nampak dia main punggah..!
Oh ye, saya letakkan ruang tingkat-tingkat saya beli di Jusco lama dah, untuk isi pakaian macam baju dalam, stoking, kain pelekat, aksesori (butang baju melayu D) dan tali leher. Saya susun tingkat ikut kekerapan penggunaan pakaian-pakaian tersebut juga.
Baju kemeja D memang semuanya saya gantung buat masa ini. Mungkin kalau koleksi kemeja D makin bertambah, mungkin ada yang perlu saya lipatkan *tu nanti baru fikir. Hehe.
Nampak tak ada kertas disangkut pada penyidai tu? *objek berada kira-kira objek ke tujuh daripada kiri. Tu adalah pembahagi antara baju kemeja dah gosok dengan yang belum gosok. Walaupun D kata tak perlu pasal dia kata dia tahu bezakan; kalau kemeja dah gosok, lehernya saya akan lipatkan dan kalau yang belum, lehernya masih macam baru sidai.
Tapi saya nak juga letak pasal saya suka idea dibawah ni. Dapat daripada mana ntah dah lupa :P Tip Junkie rasanya~
Memandangkan saya belum sempat DIY, jadi saya gunakan kertas yang macam tetamu hotel letak kat pintu hotel untuk 'Jangan Ganggu' masa gi berbulan madu. haha. Masih ada niat mahu DIY *tapi banyak projek belum terlaksana.
Oh ye, saya memang akan gosok baju kemeja D sekurang-kurangnya 10 helai sekaligus. Bagi memudahkan dia nak pilih baju mana dia nak pakai. Dulu masa tinggal kat rumah ibu, saya gosok 5 helai aje terus untuk seminggu, tapi kesian pulak bila tengok, dia nak pakai kemeja yang satu lagi, tapi saya belum gosok. Maka pengajaran saya, gosok aje banyak-banyak *terutama kalau ada sterika wap yang best giler dan boleh selesaikan rutin menggosok 10 helai baju kemeja dalam masa kurang 45 minit. Suka~~!. Isu tentang rutin menggosok baju, tu nanti saya akan kongsikan dalam post mendatang.
Jadi ini la serba sedikit tentang perkongsian almari kami berdua. Perkara ni memang hal kecil, tapi tetap merupakan proses pembelajaran. Lelaki biasanya tak mengisah sangat dan mengharapkan perempuan yang uruskan hal remeh ni. Cuma kita sebagai isteri, kadang-kadang kena peka dengan "perkara yang tak diucap" melalui perbuatan suami. Ada masa, kalau kita tengok dia dah mula ubah kedudukan barang daripada rak 2 ke rak 1, tu menunjukkan yang dia lebih selesa dengan penyusunan yang sebegitu *walau kat mata kita rasa cam tak best aje~.
Jadi soalan saya pagi ni: buat mantan pengantin, macam mana pula pengalaman korang menerapkan dan menyusun baju-baju suami korang? Mungkin kita boleh kongsi disini. Saya pun masih perlu banyak belajar dan mana tahu, mungkin saya boleh ambil kira pengalaman kamu-kamu semua :D buat bakal pengantin, macam mana pula perancangan korang?
Nota: insyaAllah, masih ada banyak topik yang ingin saya kongsi dibawah label perkongsian hidup; pengendalian rutin memasak selepas waktu pejabat; penyusunan barang-barang dapur dan macam-macam lagi. Cuma perlukan masa (dan teknologi~~ tiada internet dan komputer di rumah rasa macam loser giler~~) untuk mengarang. Harap pembaca tak bosan dengan topik baru ini ye, yang mungkin lari sedikit daripada persiapan perkahwinan dan lebih kepada kehidupan selepas berkahwin. Tapi mungkin ada yang dapat saya kongsikan dengan bakal pengantin.
28 April 2010

mak ai rajinnya Xora. bertuah D... by tak suka lipat baju.. jemur suka! hehehe
ReplyDeletesy suka entry ni sbb sy paling x suka menguruskan laundry.. kalo bab2 di dapur, susun atur mknn dlm peti ais, i suke.. heee
ReplyDeleteBy. saya suka jemur baju kalau matahari belum terik atas kepala. kalau tak, mmg main humban aje baju kat ampaian, pasal nak lari daripada panas matahari :P
ReplyDeleteAifa: ha nanti kalau saya sempat menulis ttg topik2 tu, kita kongsi ye? saya pun suka susun atur makanan dalam peti ais :D rasa cam syukur, ada makanan dalam peti ais :D
sekarang i stay rumah in law. bilik agak kecil, ruang terhad. almari besar tapi takde bahagian2 yg diperlukan. just ada tempat gantung baju dan laci dan takde pembahagi langsung. memang mencabar bila bab nak susun baju. jadi susun jer ikut senang si suami ambik. kita takpe, kita boleh susun balik, kalo dia? huhu.
ReplyDeletep/s: tak sabar nak pindah n beli almari besar. yg penting harus praktikal!
huu..btul la..almari pakaian mesti akan ada prob..skang ni, almari nida penuh da ngn baju2 nida, pas kwin nnti, mesti serabut..huhu..thanx for sharing =)
ReplyDeletesuke label baru ni! :)
ReplyDeletebyk boleh belajar ni, :)
Mysarah: bab susun balik tu, saya amat la setuju. hehe. Selagi kita tak kemaskan balik, cam tu aje la rupa baju tu. :P
ReplyDeleteNida: absolute pleasure :D
bgsnye entri nie...byk boleh bljr..
ReplyDeletetq 4 sharing...
da nak kene fikir camne nak kongsi almari da pasni..huhu..
=)
thanks xora! this is by most is the most beneficial entry for me! hehe..
ReplyDeletemmg btol after kahwin, organization of baju2 yg selalu problem..i still have this problem! thanks for the images shown..now i'm in love with almari!! haha..keep up the good work xora!
Salam,
ReplyDeleteMahu kongsi pengalaman kakak saya. kakak saya paling tak suka lipat baju. jadi semua baju dia&suami akan di hanger termasuk baju basahan di rumah. salah satu sebabnya, bila baju berhanger lebih mudah&puas masa proses 'memilih' baju y dia nak pakai dan kurang risiko kene lipat semula bila tiba2 tak jadi nak pakai baju tu (just hangerkan je semula)...dan sgt menyenangkan hati bila abg ipar sgt rajin hanger baju dia sendiri, sb dia kata mudah. melipat tu leceh..he3.
Sorry, panjang komen saya.
A n M: most welcome :D nnt kena belajar cara hidup masing2 macam mana. All the best ya!
ReplyDeleteAdda: pleasure :) saya pun masih dalam proses nak tukar itu ini la.. masih belum betul2 tetap kedudukkanya :P
Anony: hehe. macam kawan saya pun cam tu gak. Cuma mungkin pasal saya memang suka lipat baju, jadi tak terasa sangat leceh *alasan lipat baju sambil layam cite kat TV hehe. cam terapi :P
owh..mcm 2 eyh??baik la!!gud info la xora!:)
ReplyDeletehaha. tatacara susunan baju. betul2 benda yang i terfikirkan semalam setelah melihat almari sdr & adik(bila suami balik, baju dia i sangkut kat luar aje)
ReplyDeleteuntunglah u da buat, xora. blh la i survey2 almari yang bersesuaian utk rumah kitorang plk. (sllu je rasa ada almari nampak cantik, tapi lepas tu xtau macam mana nak susun barang dalam tu ;) )
Adibah: amik mana yg praktikal utk kamu aje.
ReplyDeleteAnis: saya rasa susun atur dalam almari ni mmg sgt terpulang pada individu. Tapi ada elok kamu tgk barang/baju2 kamu dan suami, kemudian buat rajah pembahagian. Cadangan aje, tapi mungkin kamu akan jmp cara kamu sendiri :) all the best ya!
salam madam xora =)
ReplyDeleteita pon suka lipat baju. tapi encik tunang x suka baju dia dilipat. lagi2 tshirt (dia keje pakai jeans dgn tshirt jek. kecuali klw ade urusan rasmi). skrg ni dia dah angkut sikit2 brg2 dia utk pindahkan ke umah yg ita duduk skrg (dan bakal kami duduk nanti. umah kuates). tapi sbnrnye bukan brg pon. banyak baju. lagi banyak baju dia drpd baju ita. umah ade 3 bilik. pahtu dia mmg dah bgtau awal2 nak buat 1 bilik nnti utk baju2 dia yg bergantung (tmasuk sluar, belt, brg2 dia sume lah). haihh.....!
untung hubby xora dpt wife mcm u ni.. hehe.. terpegun kejap i bace... i nnt dah kawen xtau camne.. huhu
ReplyDeletebest la entry ni...suka bc entry xora..mmg byk sgt info, dari sebelum kawen sampai lepas kawen...
ReplyDeletei follow.... :)
So far takde perkongsian almari coz baju asyik dalam beg travel jek.. senang nak angkut every weekend. huhu..
ReplyDeletemenarik sungguh entry ni..sy pun mula2 cam Xora gak, conquer satu almari utk diri sendiri..hehe..memandangkan husband sy xsuka bajunya dilipat, semuanya disangkut sahaja..just seluar n kain pelekat ja yg dilipat..cuma one thing yg saya br tau pasal husband, dia akan asingkan stoking bergulung tu dengan pakaian yg lain..katanya kotor walaupun dh dibasuh ;)
ReplyDeletesangat rajin dan sangat tertib la Xora ni....isteri mithali...paling kagum la time gosok baju sampai 10 helai tu...saya pula rs tersiksa sungguh nk iron baju kemeja suami heeee ;)
ReplyDeletenxt, i will always follow u lah... :)
Ita: wahh kalau cam tu, kena buat built in cabinet ni. cam artis2 buat satu bilik.. masuk bilik tu aje, terus takmo kuar pasal syok tgk baju tersusun rapi :P
ReplyDeleteCik FM: jgn risau. nnt kamu dah kawin, mst kamu blh bawa diri. saya dulu masa tinggal dgn mak, takde nye camni. mak selalu bebel2, kata ngapa tak kemas baju :P dah kahwin, reti aje bawa diri. jgn risau, u'll do just fine :)
Aniem: dah cam style pramugari! always on the go.
Zatil: bagus juga ye kprihatinan suami kamu :D
Sihasa: tu bukan mithali tu. tu malas nak gosok tiap minggu :P kalau weekend tak perlu gosok baju, boleh ajak suami gi tgk wayang, dating2 dgn tenang tanpa fikir "alamak, esok isnin laki aku takde baju" :P
ixa..best nyeee ade rumah sndiri...boleh susunn sesuka hati kiter kannn...more relax..skang dok umah mak...almar pun muat2 bilikk jee....hahaha....
ReplyDeletelagi2 entry seterusnye pls
Xora, same la kite.. gosok baju utk 2 minggu skali trs! senanggg.. xpayah pening2 kepala nak gosok baju time wiken. nak berjalan pun tenang je ati.. HAHA!
ReplyDeleteTapi yang bezanya, suami saya sgt suke memasak! So, kami dah ade pembahagian tugas masing2.. Bab masak-memasak, dia yg tentukan. (sebab die ade cara dan selera sendiri) Tapi bab lain sume, saya kene uruskan.
Kesimpulannya, dua2 kene buat kerja. Tapi xdela time masak dia kene masak sorang2.. Saya pun kene dok dapur jugak.. (Kira mcm sesi blaja memasak dgn encik suami. *yerr.. saya mmg xpandai masak. malu)
tak bosan! suka! tak puas baca..hehehe..mmg dd terfikir2 dah skrg ni susunan baju dlm almari mcm mana bila kawen nt..entri ni byk membantu..thanx xora :)
ReplyDeleteoh, tak bosan.suke!
ReplyDeletelike label baru!
ReplyDeletekes sy lain sikit when it come to kongsi hidup. sy pindah masuk premis (haha) suami. kira tempat dia duduk sorang sebelum kahwin, saya jadi the add-on wife lol. plus luggage skit.
maka dari segi helaian baju memang sikit berbanding di rumah sendiri (insentif untuk tambah wakaka). jadi dari segi penyusunan agak sukar dari segi masa sebab ini 'territory' suami. satu rumah penuh dgn barang dia, jadi kena tunggu kami sama2 free untuk alih barang dia untuk make room for mine.
di samping dapat edit baju suami yg dia mmg tak pakai dah, dah lama nak giveaway tapi tersimpan sbb tak urgent.
enter wife, abis clear almari lol.
nak ubah setting rumah dari hidup seorang ke berdua mmg perlukan perancangan skit, even living room pun kena re-susun supaya nampak ada space sbb dh berdua :) toilet pun perlukan rak n extra penyangkut, laundry basket kena besar skit lol. sabun detergent kita pilih so that sama2 suka bau dia haha.
begitulah kalau seorang masuk rumah sorang lagi, bukan dua2 masuk rumah baru ;)
saya sukeeee~ baca entry ni terus rasa..alaa.sebulan lagi lmbt pulak nk kawen.hehhe ;p
ReplyDeletesuka kan idea ni.. sy xpernah terfikir pulak akn perkara ni mgkin sbb sy blum berkahwin heheeee
ReplyDeletedalam hal menguruskan rumah.. kerja yang paling saye tak suker buat ialah :: membasuh baju..menjemur..mengangkat.. dan melipat baju..!! eerr..tapi terpakse gak buat sebab tak de orang lain dah boleh nuat..hahaha... n yet.. kalau harapkan asben buat.. tak tau jadi ape ngan lemari saye tu nanti...huhu
ReplyDeletekak xora.. rajinnyer kak xora, saya suka jugak.. tp saya dan husband bercadang beli 2 almari baju,satu seorang.. sbbnya almari yg sedia ada, x cukup runag utk tampung pakaian yg sedia ada...utk keselesaan, beli 2 almari.. huhuh (nk build in , x mampu lagi.. huhuhu)
ReplyDeletesaye adelah seorang mantan bride..huuu~~
ReplyDeleteapa saya buat..almari saya yg sedia ada memang untuk saya..baju utk en suami saya..baju+selua keje die letak dalam bakul siap2 sbb senang nk iron..baju+slua tdo n aktiviti bercanda suami..saya lipat siap2 letak dalam almari kecik..so baju saya n dia x bercampur..
tu ape saye praktiskn la.. :)~
Best la klu ada umah sendiri. More please!
ReplyDeletesalam, puan
ReplyDeletelepas jer baca entry ni, terus wat 3G kat en tunang..huhuhu..sebabnyer, kami ade persamaan dalam hal2 isi almari ni..sebab saya dan en tunang suka pakaian berhanger..dari pakaian yang berlipat..anyway, best sgt share kat kami yang bakal pengantin ni:))
kite tak suka lipat baju, nasib baik suami pandai lipat baju. so dia lipat dan kite susunkan dlm almari aje.
ReplyDeletebtw, thanks for sharing!
suke xora!!! love this new label!!!!
ReplyDeletei loike ur post !!! xora , i pun bakal pengantin yg akn kahwein insyaallah bln11 ni .. i xpenah pikir pun sal bnda ni .. bila i bace ur post ni , i rasa sekecil2 bnda ni pun kite kena titik beratkan .. && untuk pngetahuan u , i suka kemas alamri , lipat baju && basuh baju dlm washing machine .. yg paling i xsuka sidai baju .. sgt xsuka .. kalau i sidai baju , suka sidai dlm kul8 @sblum naik matahari ;) anyway i suka lah new label ni .. hrap dpt byk lg info u akan update k , berguna utk bakal2 pngantin;)
ReplyDeleterasa apa yagn xora rase bila tengok hubby punggah cari baju!!hehe
ReplyDeletetips sangat best! rasa macam nk susun semula baju dalam almari!hehe
wah, menarik tul entry ni...
ReplyDeletethanx 4 sharing...=)
saya pun still in lerning process... teringin nak wat mcm Xora buat, tp memandangkan kitorang dok kat kuarters, susah sikit la... lagipun b4 kawen, masing2 da ada almari, xde la pening sgt nak pikir susunan dlm almari, juz ubah sikit2 susunan dlm almari hubby jer la...
x sabar plak nak ada umah sendiri... huhuhu...
Menarik!!! Interested nak tahu ygni>> *terutama kalau ada sterika wap yang best giler dan boleh selesaikan rutin menggosok 10 helai baju kemeja dalam masa kurang 45 minit. Suka~~!. :)
ReplyDeletewah..cik mai kagum la...
ReplyDeletecik mai nie malas cikit nak lipat baju..so suma berhanger..huhu
Saya suka longgok baju saya kat satu tempat hahaha sebab senang nak carik..Bujang lagi takpe kan :P
ReplyDelete