Salam dan hai
Sudah genap 3 bulan saya dan D menjalani hidup suami isteri dan saya nak berkongsi sesuatu menarik yang saya perhatikan tentang corak persoalan yang ditanya.
Pemerhatian saya sepanjang tiga bulan berkahwin ini, soalan wajib ditanya bulan pertama perkahwinan kami "Sekarang tinggal kat mana?" telah berubah kepada soalan "Dah berisi ke belum?" apabila masuk bulan ke tiga.
Soalan ini merupakan soalan paling tak suka dan sukar dijawab oleh mana-mana mantan pengantin, walau sekadar nak beramah mesra menegur dan perbualan di dalam lif. Mungkin kalau yang dah ada rezeki alhamdulillah, akan seronok untuk bercerita, tapi kena ingat, kalau mantan pengantin tu pula masih berusaha, sudah pasti sedikit sebanyak dia akan rasa jengkel dengan soalan macam ni. Terfikir, apa faedahnya kalau empunya diri yang bertanya tu tahu? Nak sponsor masuk hospital ke? Nak sponsor susu bayi selama 3 tahun ke? Atau sekadar menyibuk dan ingin tahu sama macam orang lain?
Melainkan hanya jika puan empunya diri sudah menghebahkan kepada satu dunia, keadaan dirinya di status facebook atau di blog, maknanya dia sendiri sudah bersedia untuk berkongsi hal gembira ini secara terbuka. Jika tiada apa-apa datang daripada mulut puan empunya diri, tolong faham yang tak semua orang suka hebahkan berita awal kandungan mereka, maka juga tak suka jika diajukan soalan macam tu.
"InsyaAllah, kalau ada rezeki nanti, ada la. Doakan ye"
Jawapan diplomasi mungkin tak dapat nak redakan hati yang kurang selesa dengan soalan itu, tapi sekurangnya, letakkan jawapan yang cukup memadai bagi kamu dan pihak yang bertanya.
Ingat ya bakal pengantin, harus bersedia tentang senarai soalan-soalan cliche yang bakal ditanya. Jangan cepat melatah. Kalau nak melatah pun, jangan melatah dengan pihak bertanya, melatah dengan kawan-kawan paling rapat sahaja, baru best buat sesi luahan perasaan.
Kamu perlu bersedia melepasi frasa diajukan soalan "Dah berisi ke belum" sebelum mungkin selepas 6 bulan perkahwinan kamu, kamu akan ditanya
"Korang ni buat family planning ke taknak ada anak buat masa sekarang?"
"Ko ni mandul kot?"
Tersentap dengan soalan macam tu? Perisaikan diri dan hati.
.. dan apa yang tidak memeranjatkan, biasanya orang yang bertanyakan soalan-soalan begini, biasanya mereka yang paling tak rapat dengan diri kita, tapi entah mengapa boleh terfikir yang mereka perlu tahu perkembangan kita. Kerana mereka yang rapat dengan kita, tak perlu menadah-nadah bertanyakan soalan-soalan macam ini pasal semestinya, jika ada berita gembira, kita sendiri akan memberitahu mereka kan?
Nak marah-marah? Tak perlu. Kalau kamu marah sekali pun, bukan kamu akan terus mengandung esok harinya, makin tak stabil emosi, ada la..! Yang penting, cukup kamu, suami dan Allah tahu kebenarannya. Siapa la kita untuk mencampuri urusan Allah dan ketentuanNya kan?
.. Oh ya, pada mereka yang mungkin pula dipihak yang bertanya, tanya semula kepada diri sendiri, kenapa soalan itu diajukan? Sekadar nak tumpang gembira atau tumpang menyibuk? Daripada mengajukan soalan begitu, ada baiknya dilanjutkan doa agar Allah murahkan rezeki cahaya mata kepada mantan pengantin.Itu lebih afdhal dan ikhlas, kan?
Kalau la 10 pertanyaan ditukar kepada 10 doa, waaa alangkah bahagianya! *senyum sampai telinga.
2 Februari 2011

pernah alami dan rase stress jugak la..
ReplyDeletedoakan xora n suami cepat2 dimurahkan rezeki cahaya mata..:)
I love this entry mrs xora. ^_^ buat mase ni xde org lagi tanye. nasib baik. tp xtau la nnt dah masuk 3 bulan 6 bulan if org dh stat tanye kan. *_*
ReplyDeleteI dah prepare jwpn diplomatik cm u tu je if diorg tanye. haha
betul la.xtahu mcm mana nk elak dr soalan2 mcm tu.saya pun mengalaminye dulu.ada yang konon2 sopan tanya mcm ni
ReplyDelete"awk mmg merancang ke?"
sakit telinga kan?sabar je la, x reti nk menjawab.kalau ikut hati main jawab je boleh jadi ada yang tersaket hati..xde ke jawapan khas untuk soalan2 gini..
mcm saya, lepas 5 bulan bru preggy, follow mak g market.ada kwn mak tanya dh berisi ke belum.bila mak ckp, "alhamdulillah, dh nk masuk 3 bulan." dia bls pulak, lmbtnye, biasa org lain kawin lekat terus...adui..masa tu rasa nk je cili mulut makcik tu..
seriously dulu time kene tanye soklan2 cmtu i rasa plain je xde rs ape2.. sbb x de nak mengharap sgt kot, and x menolak kalo ade rezeki.. sbb tu even ada kawan siap kata "nampak sgt x subur!" i still boley gurau2 lagi even x baek mana pon ngn die..
ReplyDeletethe key is redha seikhlas2 nya.. jgn mulut kata redha, tp bila org tnye, mencemuh2 dalam hati.. kalo org tnye, just jwb blum ade rezeki. huhu
pernah ditanya dan masih ditanya sebab bulan depan genap 1 tahun kami kawen..pernah buat entry mcm ni utk luahan perasaan sb dh tak tahan sgt.
ReplyDeleteyer kalau ditanya baik2..maka jwpan pn baik tp bila nada dh terpesong kepada lebih sarcastic mmg susah nk jwp dgn jwpan diplomasi tp sy tetap senyum dan jwp sebaik mungkin wpun dlm hati Allah je yg tahu mcm mana sukarnya nak menjawab soklan yg lebih sarcastic tu :)
aahhhaaaaaaa! agree! salah satu soalan yg tak pernah putus kan?
ReplyDeletekalau jawab, ya, memang kami merancang, selepas 2 tahun baru kami nak ade anak sulung, boleh tak??? ape biasenyer response yang bertanya bile kita mengiyakan yang kita merancang?
ReplyDeleteRyna: terima kasih ryna. ryna pun lagi beberapa minggu aje ni *dub dab
ReplyDeleteSCR: kena ada beberapa contoh jawapan diplomatik tau, baru tak perasan recycle jawapan wakakak
Nurul: kalau nak melazer dan tak fikir panjang mmg nak aje saya kata "tu org lain makcik.. dan saya tak amik sperma org lain makcik".. harus saya lak kena cili dgn mak saya wakakka..
Aifa: aifa dah menghitung hari aje dah kan? berkat keredhaan :D
Fiza: saya baru baca entry kamu psal hal ini juga. hrap kamu tabah ya!
Fati: udah la tak putus, bersambung2 lak tu.. dah dapat anak, mesti ditanya bila nak tambah lagi . tipikal
Lady: saya ada kenalan yg merancang. dia kata kat org yg dok sibuk bertanya tu "nanti kalau aku xde duit nak beli susu napkin, ko nak kasi stok 5 tahun ke?" terus senyap. tapi dia mmg garang jadi tak apa :P
soalan2 tu xkan habis, xora.
ReplyDeletemungkin, dorang nak kurangkan rasa janggal kalau bertembung. xtegur, takut dikata sombong plk. padahal BANYAK je soalan lain blh ditanya.
semoga xora & suami beroleh rezeki =) rezeki ape pun ok, kan =)
Anis, saya suka ayat kamu!
ReplyDelete"semoga xora & suami beroleh rezeki =) rezeki ape pun ok, kan =)"
amat mendamaikan hati saya. terima kasih!! :D
hai xora..
ReplyDeletemmg general ques kan org mmg tanya saya camtu gak..ada sekali tu saya jawab.."insyaallah ada..adala..xmo stress sgt"..so ble org tu kata "so buat family planning la ni" terus kene bla..bla....herm lepas tu bila org tanya saya ckp.."insyallh..doa2kan sekali yerk biar cepat"..hihihi
xora betul la haiiiii..tak tau nk kata betul cam ne lg. mmg menjengkelkan teramat. ;(
ReplyDeletetapi nak wat cam ne kan. jwb je la sambil senyum.. ;)
saba yer, marilah kita sama2 berusaha. insyallah...
Noniey: practice makes perfeeeect!! :p
ReplyDeleteJune: usaha tangga kejayaan :D
huhu..mmg kena sedia jwpn kan??tapi hana mmg LDR dgn suami..diorg paham ler kot kan?
ReplyDeletedoakan xora dpt baby yg comel2 kelak..=)
klu awk nak tahu sy lagi stress...boleh dikatakan setiap hari saya akan ditanya dgn soalan " dah ada isi ke"..kemana sj sy pergi..surau, dlm lift,pantry,kuar pintu opis,masuk pintu opis, lobi opis..semua org yg terserempak dgn sy akan bertanya soalan yg sama...tapi selalunya saya jawab aje dgn selamba .."belum lagi"..dan ada soalan yg lagi sakit hati "bila due date" sambil gelak2..rasanya nak saje sy ketuk2 kepala dia time tu!
ReplyDeleteAda yg bertanya sekuat2 hati didlm surau..smpi semua org disurau perasan...tapi sy memang malas nak amik ht..lantak ler apa org nak kata..itu urusan Allah..
ni mmg soklan femes ekk..??
ReplyDeletebulan ni genapla setahun i kawen..
so, rase dh lali plak ngan soklan ni smpai dah xde rase pape..
kalo org tanye, jwb je blom ade rezeki.. malas nak amek pot. nnt kite jugak yg sakit ati.. ye tak..??
ALLAH MAHA MENGETAHUI. Saya cuma mahu percaya itu. :D
tu pasal saya dah heboh2 kan 1 dunia, walaupun saya belum kahwin..tapi siap2 dulu jawapan... 'AKU PLANNING WOIII... LAKI AKU MUDA LAGI...'
ReplyDelete>> lagi stress kalau kita blom preggy tapi dah ada mulut2 yg bercerita kita nk dapat baby..abis satu opis dijaja cerita..tak taulah apa point nk wat camtuh..kita hanya mampu geleng kepala..
ReplyDeletepengalaman sy ialah 3 minggu lepas kawen,sy terima sms semasa sy dalam kelas berbunyi "salam kak, dah period ke belom"? aduhhh~ takot sgt sy jwp xperiod agaknya..sgt2 stress bila soalan tu dtg dr org yg xsepatutnya tanya..yg kelakar bila sy pregnant org tersebut terus menyepi...apekah???hmm, rasanya soalan dah ada isi ke blom ni mmg FAQ lepas 3 bulan kawen kot...
ReplyDeletesabar k dear. btw, thanks for the email! :P
ReplyDeleterileks.. biasanya mmg mcm tu.. awal2 ni mmg orang galak tanya.
ReplyDeletemcm saya dulu. stress sampai cycle period terganggu. tapi lepas je dlm bulan ke 10 & keatas, orang dah malas nak tanya.
sekarang dah setahun lebih, alhamdulillah, dah tak dgr soalan mcm tu.
buat bodo je sudah..sbb soalan yg dorang bagi pun soalan bodo.. kuasa Tuhan, sapa yg tahu.
dh lama xaktif blog ni..hehe..sy pn stress skit2 org tnye..asal gerak skit tnye..asal sy batuk2 skit ngandung ke? tu lom kira mc lg tu bertubi2 soalan nk jwb..pdhal mmg demam pn..dlm fb,chat,ym..bila jwb lom lg cmtula dorg bls..eh planning ke hape? adoyai sukatila nk plan ke xnk..nyibuk je!
ReplyDeletesy melalui nye jua sekarang nih!
ReplyDeleteudah 4 bulan kawen..
tambah2 lagik..
mereka2 yg kawen sama tarikh atau lambat sket dr kami..sudah berbadan dua..
lagik kerap soalan tuh ditanyakan pd kami..
ohh tidak...
:(
owh owh... mcm org lain gak... been there done that... tapi saya suke menyentapkan balik si penanya tuh.. :)
ReplyDelete"nak sponsor saya bersalin??? tenksssssssssss...... akak dulu lps kawin, bila baru prgnan ya?? ada tak org sebuk tny gak??"
hiks... pastu saya peluk dia dan senyum... dia pun senyum and paham sendirik... kdg2 org ni tak perasan, pertanyaan dia boley mengguris perasaan org lain... :)
urm... hi...
ReplyDeletesoklan biasa ler mcm ni ek?
takpe, telinga kasi kebal ckit =)
Xora, suka dgn entry ni..since kami pun LDR..ada yg tak paham2 jgkk..agak2 mereka nk tlg jaga baby kot?? huhuu..jawapan saya kpd soalan mereka: blm ada rezeki dgn senyuman sinis. hahaha
ReplyDeletexora...
ReplyDeletei nk quote ur entry ni dlm fb i bleh x???
people yg sgka depa sgt gifted bab socialize n sgt pndai beramah mesra really shuld read this,,
Dear all: terima kasih utk semua komen yg diberi. Teringat pada kawan saya seorang tu, tiba2 ada khabar angin kata dia dah mengandung. reaksi dia "aku sendiri tak tau yg aku ngandung, camne boleh datang khabar angin macam ni??" Iye, terlalu ramai org ada six sense rasanya :P dan terlalu ramai juga berebut2 nak jadi yg pertama tahu yg sipolan mengandung, sedangkan utk apa pun tak tau. Sekadar nak jadi yg pertama utk tahu, tanpa menyumbang apa2.. Tipikal.
ReplyDeleteowh kita serupa..
ReplyDeletebersabar saje laa..belum rezeki lg..semua tu keje Allah..Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..=)
hidup manusia nie mmg mcm tula... belum kawin tanye bile nak kawin, bile dah kawin tanye bile nak ada isi.. so sabar dan tabahkan hati ye... sentiasa ingat bahawa setiap yg berlaku & kejadian adlh ketentuanNYA.
ReplyDeleteHahaha.. suke ayat tu xora!
ReplyDeletei pun penah ade a friend call i tanye.. "eh, u dh mengandung eh?.. i dgar cite si polan ckp u dh mengandung." huhhh.. sgt terkejut kehh..?? macamane org lain bole bole kate i mengandung sedangkan i sendiri pun taktau..?? dasyat btul cite dorang ni kann..??
sgt suka dgn coretan ini, bagi saya rezki d tangan tuhan..tak yah menyibuk n jadi extra pandai nak tanya2 soklan yg sensitif gni..sebab hanya yg melaluinya saja fhm tekanan d sebalik senyum pahit yg d beri setiap kali soklan merengsakan ini diajukan..semoga xora n hubby cepat2 dikurniakan rezki dapat bby chumel2..n boleh zip kan mulut org yg tak de kije tuh.
ReplyDeletesgt suka dgn coretan ini, bagi saya rezki d tangan tuhan..tak yah menyibuk n jadi extra pandai nak tanya2 soklan yg sensitif gni..sebab hanya yg melaluinya saja fhm tekanan d sebalik senyum pahit yg d beri setiap kali soklan merengsakan ini diajukan..semoga xora n hubby cepat2 dikurniakan rezki dapat bby chumel2..n boleh zip kan mulut org yg tak de kije tuh.
ReplyDelete:) Hermmm...soalan2 typical Malay arr niee.. Suka sgt "jaga tepi kain org..drp tepi kain sendiri..".. tettttttt!!!
ReplyDeleteKadang2..sebelum tanya.. depa nie tak pikiaq dulu samada org yg ditanya tue akan kecik hati ka....bersedih hati ka..
Cik Senah yg akan berkawen ujung thn nie (insyaallah - doa2kan lah nohh)..dah siap sedia dah ngan jawapan kepada soalan tuee.. Yalahh..supaya tak gagau nak cari jawapan terbaik utk menepis soalan2 golongan kapochi sebegini (samada yg wujud di dalam keluarga, jiran tetangga mahupun rakan2 sepejabat)..
Jawapan chek adalah : " Kalau buat anak tue..semudah buat kek (buat kek pun ada yg bentan! inikan pulak nak buat anak!).. rasanya..dah ramai dah org yg kawen...buleh teruih dapat anak.. anak nie kan sebahagian daripada rezeki Allah Taala.. Dia yg nak bg..ikut Dia lah bila dia nak bg...org lain tok sah kalut lah kottt..!" hehehe..
Bkn apa..chek nie anak sulong drp 9 beradik..kena pulak nak kawen thn Arnab (ikut kalendar lunar Cina)..Jadik, akan ada golongan2 kapochi di luaq sana menjangkakan chek pun akan beranak-pinak mcm arnab jugak kot..? hahahaha.. (sapa yg tanya elok2.. chek jwb pun elok arr..cuba tanya chek cara tak elokk.. rasa2nya..jawapan elokkah akan diperoleh drp mulut chek..?? hehe..mungkin tidakkk.... :P
p.s : Chek doakan Xora & suami dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umoq...dan dikurniakan rezeki yg melimpah ruah (samada rezeki di dlm kerjaya mahupun anak2) - aminnnn...
Sy pun sedih bila org aju soklan camtu...Tolonglah paham yang hal-hal anak ni semua bukan dalam kawalan manusia. Kalau kita usaha siang malam, guna bagai-bagai kekdah pun..kalau Tuhan kata belum masanya..maka belumlah.
ReplyDeleteSesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik dari perancangan manusia. Subhanallah..
nadya : i want babies buy my bakal hubby xmo, wlaupun kami pernah bincang but jauh d sudut hati sy, sy mmg nk babies, mmg selfish sbb sy mementingkan diri sendiri ats alasan dia gila kerja jadi sy mgkin akan d abaikan sperti selalu. he plans utk 2 years xnk, semuanya for ours. :( xpe la Allah maha mengetahui.
ReplyDelete