Salam dan hai
Saya rindu nak menulis post panjang-panjang, terutama post dalam kategori Isu Padat. Sudah ada beberapa topik yang saya nak ulas, tapi kekangan masa. Terima kasih kepada pembaca yang emel pada saya, berkongsi idea dan topik!
Walau saya jarang menulis, tapi saya takkan biarkan blog ini mati begitu sahaja. Saya akan tetap kongsi idea-idea yang saya terjumpa dalam Internet untuk tatapan bakal pengantin. Mungkin coretan lebih ringkas. Mungkin lebih tertumpu pada gambar. Tapi blog ini takkan terhenti InsyaAllah.
Pada penyewa-penyewa barang-barang saya --layah, bantal nikah, bantal hantaran, terima kasih sangat-sangat, kerana berurusan dengan saya dan menjaga barang-barang itu dengan baik! Iye, saya tahu, rupa saya lain di luar berbanding yang kamu-kamu tengok di dalam blog. Mungkin Kak Nurin telah melakukan transformasi yang dasyat pada saya, tapi kekalkan sahaja imej saya kahwin ye, daripada imeje realiti saya. Haha.
Hutang umumkan pemenang bongkah kayu. Saya tahu saya tahu *tunduk. Saya ambil masa bukan pasal tak dapat amik keputusan pemenang, tapi saya dalam usaha untuk menghadiahi bongkah kayu ini kepada dua orang pemenang. Jadi saya dalam usaha menyiapkan set bongkah kayu lagi satu. Dua orang pemenang sekali gus pasal saya nak tengok macam mana hasil mereka nanti dengan projek DIY masing-masing. Tunggu ya.
Ok, cukup la intro post yang panjang. Kali ni nak tulis tentang kasut pulak. Dah banyak kali tengok kasut ada bling bling. Dah ada banyak pengantin dan bakal pengantin yang DIY kasut mereka, letakkan kerongsang.
Tapi, idea yang macam gambar dibawah, belum pernah jumpa.
Sumber: thecherryblossomgirl
Tiba-tiba teringat riben bentuk bunga ros yang boleh dibeli dikedai-kedai tu
Jadi, apa keputusan mata yang melihat ni semua?
Pendapat korang?
21 Disember 2010
uu sy ada kisah trauma dengan riben bunga roses yg xora maksudkan tue.. huhu
ReplyDeletewah sungguh panjang entry kali ni =)..kalau kreatif, apa saja boleh dijadikan menarik
ReplyDeletekisah ape aifa??heheeh....~
ReplyDeleteelya maleh nak ikat2..lecehh laaaa ixa...
terpaksa r wat camni kalo still x jumpa kasut idaman.. huhu...
ReplyDeletekeputusan, saye nak kasut tu boleh?
ReplyDeletecomel sgt2 tak tahan tgk!! tp unt wedding tak brape sesuai kut, unt tetamu pakai g wedding sgt2 sesuai!!! hehehehe~ great idea.. cun!
ReplyDeletexora. setelah sekian lama sekadar jadi silent reader baru hari ni rasa nak komen. teruja jumpa awak, ada rase dupdapdupdap sikit. haha. saya janji, saya jaga barang awak baik-baik. :P
ReplyDeleteAifa & elya: ni kena godek post2 terdahulu aifa utk igt balik ni!
ReplyDeleteFarah: tu la, tgn seni dgn tgn google amat berbeza hehehe.
bunga: huuish cam dasyat aje kriteria kasut idaman kamu. kasut kaca cinderella kah?
Reen: mana nak cari? ko cari satu utk aku.
Wafa: idea utk tetamu pakai gi wedding tu, cam statement semangat utk diri sndiri aje tu.. bias!! :P
suria: suka sgt jumpa kamu! ramah sangat kamu ni, kecik lak tu. veil saya smp tumit kaki kamu. comel tahu!