13 December, 2010

Raikan Cinta Lagi

Salam dan hai

Syukur sangat ada pasangan macam D. Sangat-sangat syukur. Dia sentiasa menyokong saya, apa saya nak buat, walaupun tak mendatangkan apa-apa faedah atau pulangan pada dia. Kalau tidakkan persetujuan dia, tak rasa saya dapat hadir ke dua majlis meraikan cinta seterusnya.



Tapi, ulasan majlis kali ni, saya buat ringkas-ringkas ya pasal sedikit mengejar waktu dan saya sendiri tidak dapat berada lama dalam majlis.

Meraikan cinta blogger
B2B Hana, di Dewan LLM. Kami tiba sedikit lewat. Pagi Sabtu sedikit sibuk dengan urusan kami.

Hadiah dibalut dengan signature kami (kad kahwin terlebih kami jadikan kad ucapan)



Tiba di dewan, elok-elok dalam 1:30 rasanya. Pengantin pun sudah tiba.



Comel pulak pengantin lelaki berpegang tangan dengan ahli keluarganya. Kami ingatkan pengantin datang serentak, rupanya..



Pengantin perempuan menjemput suaminya. Hana keluar daripada dewan.



Senyum manis-manis ya. Masa ni Hana senyum kat saya, tapi saya tak pasti Hana cam ke tak saya. Pasal kadang-kadang, masa jadi pengantin, kita pandang orang, tapi otak kita ke lain. Macam kita tengok orang tapi tembus ke perkara lain.


Spot that! Kasut putih!



Saya tak dapat ambil banyak sangat deko majlis Hana pasal saya dan D tak dapat singgah lama di majlis, masih ada majlis lain dan kami pun ada sedikit urusan.

Meja buku tetamu Hana.


Conteng!


Deko meja tetamu.


Saya ada gambar pelamin, tapi kabur pula. Mungkin nanti boleh jenguk blog Hana.

Buah tangan tetamu. Dalam ni berisi epal merah.. dan..



Biskut ini!
AMARAN DARIPADA KERAJAAN MALAYSIA: Biskut ini amat-amat amat sedap!! Rasa cam nak gigit sikit-sikit, biar lambat habis!



Oh ya, kalau perasan dalam gambar deko meja tetamu di atas, ada balang biskut, yang berisi gula-gula dan marshmallow. Saya ingatkan hiasan, jadi bagi memastikannya betul, saya pun amik satu dan makan *alasan. Hihi.


Majlis memang berjalan dengan meriah! Terutama pasukan kompang, yang saya rasa daripada Kg. Sungai Ramal Dalam, kalau mengikut t-shirt yang dipakai oleh beberapa orang ahlinya---atau mungkin saya silap. Tapi serius, kompang ni memang amat best!! pasal kat kompang mereka, mereka ada letak apa-benda-tu saya tak ingat, tapi memang meriah ada bunyi-bunyi cam kaching. Bloggers yang pergi majlis Hana, tahu macam mana meriahnya kompang ini. Memang sangat hebat bunyi yang dihasilkan.

Maaf Hana, tak dapat tunggu lama. Tak sempat nak jumpa pengantin. tapi sempat conteng buku, tanda kehadiran. Mungkin ada bloggers lain yang dapat ulas majlis Hana dengan lebih terperinci.

Terus ke Shah Alam, untuk majlis
Maisarah.

Disebabkan nota ini, hati terpanggil untuk hadir


Hadiah tetap ada signature kad kami.



Masa sampai, pengantin sudah selesa makan beradap dan cuma bergambar dengan tetamu. Jadi saya pun seperti biasa, terkebil-kebil sambil pegang hadiah. Kemudian Maisarah pandang saya, dia kata "Xora". Ok, kali ni saya perasan nama saya hahah. *Adakah saya terlalu mudah untuk dicam?

Ni pengantinnya


Kami makan dulu dan dapat hadiah buah tangan ini. Kotak siap ada nama pasangan. Tahukah anda, kami mendapat tiga bunga pahar kerana Maisarah minta saya ambil dua dan suami Maisarah jemput D amik *tapi D amik satu aje. Tak ingat pun pasal saya*. Tema bunga pahar pun, hitam merah dan sedikit putih.


Nampak tak perubahan deko di meja buku tetamu? Kombinasi putih dan merah pula. Nice~



Conteng lagi pasal mantan pengantin harus gegas ke tempat lain.


Seronok pula bila tengok bloggers yang saban hari mengemaskini persiapan, kini sudah langsai segala perancangan alhamdulillah :)

Nota: minta maaf pada bloggers yang saya ambil masa untuk cam. Saya memang lambat sedikit untuk simpan dalam memori wajah orang. Tapi terima kasih pada mereka yang menegur :)


13 Disember 2010

4 comments:

  1. Xora mesti tak perasan muka sy di wedding Yanie hari tue kan? :D
    takpe2, janji sy kenal Xora.


    nanti kita jumpa kita borak2 la yer. tak berkesempatan lagi nak borak ngan Xora.

    ReplyDelete
  2. for the review!! hihi..hana masa keluar dr dewan mmg hana dah perasan xora..

    *tp sbb dh diwarning oleh makcik jgn hai hai masa berarak, hana mampu tersenyum aje..hikss..*

    tak sempat nak bergambar dgn xora..ok sedikit rasa terkilan disitu..huhu..

    alhamdulillah, xora suke biskut air tgn pengantin tu! =)

    yg kompang tu member2 adik hana..byk plak lagu yg diorg main..haha..mmg ada cam loceng2 kat kompang diorg..

    anyway, xora..thanks for this review..kalau ada ape2 yg kurang di majlis atau pada layanan kami..hana minta maaf yea? =)

    ReplyDelete
  3. Balkids: saya mmg lambat sikit nak cam org. diri sendiri org panggil 'xora' pun lambat nak cam ehehhe

    Hana: takde yg kurang, semuanya lebih.. Oh ya, suka trail baju hana!! hanya dapat merenung ekor mata aje eheheh :P

    ReplyDelete
  4. dpt post comey dr maisarah jugak.. lebih personal kan? like!

    tp xley nak pegi pasal ade wedding di johor pada sabtu tu.. kalo ahad kompom pegi! hehe

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)