26 November, 2010

Temerloh, Tunggu Kami!


Salam dan hai.

Minggu ni,
Reen, Kay dan Farah pula yang bakal melangkah ke fasa kehidupan yang baru! Saya ucapkan selamat pengantin baru buat mereka bertiga dan juga kepada semua bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis masing-masing hujung minggu ini.

Masa post ini dibaca, insyaAllah saya dan D dalam perjalanan ke Temerloh. Reen insyaAllah bernikah malam ini, jadi mahu sampai ke sana sebelum petang.

Khas untuk Reen, saya buatkan muffin untuk hantaran dan meja rombongan dia. Bakar muffin pada hari Selasa.



Dekonya pada hari Rabu


.. Dan Khamis, terus serahkan pada pengapitnya untuk dibawa ke Temerloh.


Proses yang memang memakan tenaga, walaupun nampak pasif sahaja. Menguap-nguap pasal tak cukup tidur, sampai orang usik-usik, fikir lain. Kemudian kena gegas buat blueberry cheesecake untuk hari jadi D (Sampai hati D tak amik gambar kek tu. Terus aje dia potong T.T) dan biskut coklat chip pasal D suka mengunyah jajan.

.. Walaupun penat, tapi suntikan semangat saya -- D yang tak pernah putus-putus bagi dorongan dan motivasi. Dia pun turut tolong saya apa yang dia termampu (..sambil tengok bola T.T )


Doakan perjalanan kami selamat tiba ke destinasi. Saya akan cuba seimbangkan post tentang majlis Reen dengan post majlis sanding saya yang masih bertangguh.

Janji, InsyaAllah post seterusnya : Tentang baju sanding saya.


Saya masa fitting kali pertama.


26 November 2010



8 comments:

  1. wah cantik kotak itu. nak tanya beli kat mana? ehehe. Temerloh? dah dekat sangat dengan umah by...

    ReplyDelete
  2. selamat pergi & selamat balik :D

    ReplyDelete
  3. xora,
    semoga selamat sampai ke temerloh ye.
    xora,bekas muffin tu cantik la.boleh share x u beli kat mana..
    TQ

    ReplyDelete
  4. so sweet of you buatkan muffin tu.singgah sini boleh share psl big day dgn u :).ada masa visitla i k.oh i follow u :)

    http://whitewallsofhermind.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. By, Adlyn: Reen yg belikan kotak tu. dia beli di kedai Yummie, Bangi. Kedai sama yg saya pergi beli muffin tu.

    Zaa, Yati: alhamdulillah, sudah pulang!

    Cha: Will do! thanks for inviting me!

    ReplyDelete
  6. kak xora.

    jalan2 blog, terjumpa blog akak n follow lah. memang seronok bace. bahasa memang sopan santun, lepastu mcm boleh dapat rasa yang akak nie mesti nice je.

    tapi ika jumpa blog akak time dah lepas teima nikah, so mcm tetinggal banyak lah. tapi cube jugak khatamkan blog ni.

    terlalu banyak idea, lepas tu idea2 akak tu buatkan ika tertiru2 jugak. bukan tiru, kire mcm akak nie perintislah kah. ewahhh.

    apa2pon

    semoga bahagia selalu! :)

    ReplyDelete
  7. Latika: wahh ni mmg kena buat marathon baca ni :P terima kasih sudi baca blog akak :D

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)