14 July, 2011

Dari Mata Turun ke Hati


Salam dan hai

*Sekadar mengimbas kembali kenangan majlis kami

Dulu, ketika masih aktif google images, saya selalu juga terjumpa gambar-gambar yang dikategorikan 'first-look' dalam majlis perkahwinan di barat. Kononnya reaksi pertama pengantin apabila melihat pasangan masing-masing.







Saya tak pernah terfikir untuk jadikan saat itu sebagai pose wajib untuk majlis saya. Masa pagi nikah dulu, kedudukan bantal saya di belakang D, jadi D memang tak nampak saya masa saya masuk. Saya pun cuma masuk ke masjid selepas ketibaan pengantin lelaki. Kali pertama dia nampak saya ketika nak sarungkan cincin.

Tapi tak sangka, ada juga kamera yang berjaya tangkap reaksi pertama saya apabila bertentang mata dengan D buat kali pertama setelah perintah berkurung dilaksanakan.. erm.. OK, selama 5 hari. HAHA.

Reaksi saya dalam gambar.


Nampak macam teruja kan?

Tahukah anda dialog sebenar-benarnya yang berlaku adalah seperti berikut:

Xora: Yayang!
D: (muka segaris) B, mekap B tebal
X: (senyum). Trial hari tu pun camni!
D: (senyum dan sedikit kehadapan) Hari tu nipis sikit. Mekap b tebal ni.
X: (senyum) Tak peduli. B tetap cantik. D kata B cantik sekarang..!
D: (senyum) Cantik. Tapi mekap tebal
X: (senyum) Tak apa, asal dalam gambar cantik


Ok, punah saat "First Look" kami. Dalam gambar tak nampak macam kami tengah bertelagah kan?

Ingat ye bakal pengantin, sila belajar untuk marah dalam senyuman. Kalau nak maki orang sangat-sangat, sila serahkan tugas tu kepada pengapit. Jangan buat muka atas pelamin ok!

Korang punya 'pandangan pertama' macam mana?


14 Julai 2011

8 comments:

  1. salam.
    haha. just blogwalking ttg tips2 utk B2B.. terbaca post ni.
    ok, msg kat bawah tu akan disimpan elok2 :)
    smg kebahagiaan milik kalian selamanya, insya Allah~

    ReplyDelete
  2. so sweet...

    bila tengok gambar ni, terkilan rasanya tak dapat sewa bantal nikah tu (ada org lain sewa time tu)..mak andam bawak satu jer masa akad nikah kami, ader ker patut lepas tu boleh tanya nak dua ker? ..masa tu dah odw nak ke masjid...sedih betul...last2 dok atas karpet masjid jer la

    ReplyDelete
  3. aku gelak je nengok die! erk, jap pk.

    ReplyDelete
  4. Hehehe.. comel la conversation korang! walaupun marah, tetap comel!

    ReplyDelete
  5. hehe...psl first look ne,sy xdpt nk tgk dia sepenuhnya...hnya dari lirikan dan curi2 tgk je bila sy msuk melangkah ke dalam masjid utk nikah.sbb waktu sy masuk,mak mertua ada kat tepi dan sy jd malu nk pndg betul2..pastu cara dia pandang sy mcm dia xpnh tgk sy dan pengapit sy ckp dia pandang sy smpi sy duduk.pandangan mata dia tu mengingatkan saya sehingga hari ini betapa ikhlasnya cinta dari hatinya.

    ReplyDelete
  6. hehe..kena tunggu lagi 2 bulan..:)
    nanti kina bagitau..:P

    ReplyDelete
  7. hi,just blogwalking to find ideas for sister e-day...btw,i just want to share that my conversation with hubby also like yours...My hubby keep on talking about my make-up...'tebal la, merekah la'...and i also said,'x kisah la, asal dlm gmbr cantik....' =)
    guys mmg suke our natural beauty =)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)