13 November, 2010

Gamelan Kami


Salam dan hai

Antara emel paling kerap saya terima berkenaan vendor saya, adalah pasukan gamelan yang bermain hari tu.

Pada mereka yang berminat, boleh hubungi Pasukan Gamelan A.G.I.M

Along: 019-346 6664
Harga:
Kami kena RM650 termasuk kos pengangkutan. Caj mungkin berbeza mengikut lokasi majlis. Kurang pasti juga sama ada, selepas ini harga mulai naik atau tidak berubah pasal kami booking gamelan ini hampir setengah tahun sebelum majlis.



Sesuatu yang menarik tentang gamelan ini, mereka ada kepelbagaian warna persalinan.

Mereka pakai persalinan warna ungu-emas masa majlis Yazid dulu {
post}


Ni pula masa kenduri berhampiran dengan rumah D, pasukan gamelan yang sama bermain seminggu selepas majlis kami. Mereka masih boleh cam kami rupanya. Hihi.



Pada hari majlis kami, saya memang amat suka teramat amat suka giler kot, bila mereka datang segak berbaju melayu hitam dengan ada-benda-tak-tau-apanama-tapi-letak-kat-bahu atau kain simpang (boleh?) bewarna emas, sepadan dengan tengkolok dan samping mereka. Saya suka pasal budak lelaki yang bawa bunga manggar masuk ke dewan pun, berpakaian seperti mereka, tapi bersongkok. Jadi nampak macam sepadan semuanya.



Saya amat suka gamelan ini. Tak henti-henti ucap terima kasih pada mereka. Memandangkan baju mereka pun amat amat segak masa majlis sanding kami, sempat juga la abadikan gambar dengan mereka. Rasa cam ada hulubalang mengelilingi kami. Hehe. Gambar kena tunggu A.Rashdi juga.


Oh ya, kami dapat sijil penghargaan menggunakan perkhidmatan mereka daripada pihak pengurusan gamelan ni. Siap berbingkai! Memang kami akan letak di rumah kami nanti InsyaAllah.



Pada mereka yang berminat, boleh cepat-cepat hubungi Along. Dia ok, senang berurusan dengan dia dalam telefon. Masa kali pertama telefon dia, dia kata gamelan mereka adalah gamelan paling murah di Malaysia --pemasaran harus bijak!Hihi/

Alhamdulillah, pendek kata, keputusan ambil gamelan ni memang keputusan yang amat-amat memuaskan hati kami. Sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka, baik daripada penampilan dan lagu gamelannya. Mungkin harga pasukan gamelan lebih mahal berbanding MP3 tapi tetap kami usahakan pasal kami yakin, momentum gamelan dalam majlis kami dapat memberi impak yang berbeza kepada keseluruhan tema majlis kami. Lagipun, elok untuk ditontonkan kepada sepupu saya yang kecil-kecil yang mungkin kurang peka tentang gamelan ni. Kalau tengok dalam video di atas, berderet mereka beratur di tangga tengok gamelan tu.

Warisan kita, kalau bukan kita yang meneruskannya, siapa lagi kan?


13 November 2010


17 comments:

  1. Yeay! thanks xora for the contact. hehe. tataula dewan saya nanti muat ke tak nak letak pasukan gamelan ni. uhhuuhu

    ReplyDelete
  2. hye.. nk tanye.. dorg perform dari mula sampai habis ker??

    ReplyDelete
  3. ada duit boleh teruskan warisan :) apa pun, aku tak sabar nak tgk gambo ko bersama hulubalang gamelan itu. aku tgk dr kejauhan di luar dewan je... serius, aku rasa gambo itu superb!

    ReplyDelete
  4. Khu: gemersik aje kan? saya pun suka.

    Belle: Saya nye pentas dewan tu, patutnya dah tak muat, tapi orang pelamin sediakan pentas utk gamelan, jadi termuat sekali :P

    Anony: Diorang perform daripada 12.30-3pm. Tapi diorang takde la main tanpa henti pasal ada kena allign dgn kompang dan DJ.

    Reen: takde duit pun, aku usahakan!! :P tu la, aku tgh tunggu gambar tu!! harap muka aku tak menyeringai lagi hahah

    ReplyDelete
  5. wah..sangat teruja... sebab dari dlu angan-angan nak gamelan nanti! so skang ada 2 contact termasuk Xoranya ni! tq!

    ReplyDelete
  6. Owh....pasti mereka xdtg ke terengganu kan..saya kena cr org lain untuk mjlis adik saya..huuu

    ReplyDelete
  7. wuu.. rate dia agak murah kan? selalu dgr org amik 1k lebih. nk try my luck! ngee~

    thanx xora!

    ReplyDelete
  8. rate agim dah naik. thn lepas tak silap 5oo je, gamelan+kompang. saya amik diorg utk kompang, dan yes ramai puji team kompang sangat segak!!!

    ReplyDelete
  9. eh. bestnya ada sample diorang perform di majlis! heee. saya pun amik AGIM untuk majlis tahun depan. sekarang caj dah RM 1,000. tapi dengan professionalisma mereka, kira okay lah tu! sekarang excited!!!! =)

    ReplyDelete
  10. Xora, nadya pon amik gamelan yg same..now they charged RM1k....kire murah la dr gamelan2 yg lain..now majoriti gamelan charged minimun 1.5k.
    tp nadya tgh pk,nak main gamelan tu kat dewan..cmne dieorg nak tau "Q" samada nak main dgn nak psg music from PA system?
    coz mesti gamelan ni silih ganti dgn music kan?ke cmne?ke gamelan yg main all the way?

    ReplyDelete
  11. Nadya, hari tu daripada video, saya tgk along ada jadi konduktor diorang. tapi saya rasa, ada elok kamu sediakan skrip majlis, bagi satu copy pada gamelan, satu pada DJ. erm.. camne nak cakap. ok takpe nnt saya buat post khas ttg skrip majlis saya, mana tahu ada part yg kamu boleh jadikan rujukan.

    ReplyDelete
  12. hai dear..xora:ley x sy nk tgok cth skrip tuh..sy pun ngh blur2 lg ni..huhuhu

    ReplyDelete
  13. assallamualaikum kepada semua dan kepada xora...tq sebab buat blog ni dan banyak promote kepada org lain..tq bebanyak... saya terharu dan terhutang budi.. saya ALong daripada AGIM. sekarang memang dah naik harga skit sebab ye la sewa van pun dah mahal..gaji budak pun dah dinaikan.. dan sebagainya..tp tetap murah berbanding org lain.... cuba test tanye team lain.... insya allah kami yg paling murah dalam malaysia...kami akan kekalkan itu..sebab sapa yang kata xmurah cube pikir....kompang free siap silat sekali free tau..... hehehe apa apa hal call je saje tq...0193466664 along-cuma mau tolong hahaha

    ReplyDelete
  14. terus msg die hehe..uya mmg tgh cari gamelan nie..thankz dear

    ReplyDelete
  15. salam..
    aritu pergi pameran pengantin, sgt tertarik dgn gamelan..ingt nak download je muzik gamelan. tp terjumpa pulak link ni...kalo sy buat kt khemah, sesuai ke nak amik gamelan??

    ReplyDelete
  16. sesuai aje jemput gamelan. pasal saya dah penah gi kenduri di rumah pasang khemah dan di dewan, dua2 gamelan sesuai dimasukkan

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)