29 October, 2010

Post Terbuka Untuk Semua

Salam dan hai.

Sudah setahun jagung rupanya perjalanan saya sebagai seorang blogger. Masih mentah lagi. Kalau ikutkan usia manusia, dalam kurang setahun, jalan pun masih bertatih-tatih, tutur kata pun masih belum jelas bunyinya, napkin pun masih perlu dipakai buang.

Tapi tetap bersyukur, masih diberi kesempatan untuk belajar, memerhati, memahami dan berkongsi pendapat dan idea dengan pembaca diluar sana. InsyaAllah, dengan baki hari tinggal sehari dua sahaja lagi, saya seperti mana-mana mantan pengantin, berdoa dan berharap majlis saya dapat dijalankan denga lancar dan selamat.

Percaya atau tidak, kadang-kadang identiti sebagai Xora daripada Dia Terima Nikahnya, kadang-kadang memang membawa momentum yang berbeza kepada diri saya. Kawan-kawan yang mengenali diri saya dan D, menganggap majlis kami akan jadi majlis tahun 2010 dikalangan kawan-kawan kami. Mungkin kerana sudah 5 tahun kami bersama atau seperti mana-mana kisah cinta, episod terakhirnya yang bakal mengundang rating tertinggi. Ibarat kisah drama cinta di TV, penghujungnya dinanti-nanti. Begitu juga bloggers, yang hanya mengenali saya daripada penulisan saya. Menanti semua post yang bakal saya tulis selepas membaca semua rancangan dan projek saya buat. Saya tahu, dalam yang memuji dan mengkagumi, pasti ada hati yang mencemuh.

Sudah banyak kali juga saya tegaskan, majlis kami biasa-biasa sahaja, sesuai dengan orang biasa-biasa macam kami.

Sedar atau tidak, bila hal majlis perkahwinan, kadang-kadang bakal pengantin terlalu mencuba untuk jadikan majlis mereka berbeza daripada yang lain. Baik daripada segi tema, pakaian, buah tangan, persembahan atau apa sahaja. Sampai kita terleka, tujuan majlis ini diadakan. Sederhana atau mewah majlisnya, majlis perkahwinan tetap kekal sebagai satu majlis perkahwinan. Macam Nity pernah bagitau saya " A dash of creativity would make it unique, too much would make it simply weird!"

Jangan jadikan majlis yang indah bagai pentas tunjukkan kehebatan, kemewahan masing-masing. Perkahwinan adalah tentang meraikan penyatuan dua hati secara sah disisi agama. Jangan biarkan kemewahan material menutup pintu hati kita daripada melihat kemewahan suatu ikatan sah itu. Jangan mengkagumi kemewahan yang ditonjolkan pada majlis orang, kelak hati buta pada kesederhanaan. Sederhana itu penting, supaya kita sedar diri pada kemampuan kita, supaya kita masih boleh menilai mana yang baik dan sebaliknya.

Apabila melihat majlis yang serba lengkap dan mewah, diatur oleh Perunding Perkahwinan, jangan sesekali biarkan hati terdetik, Oh, kalau la aku dapat wedding dia. Jangan. Belum tentu kita akan gembira kalau kita dapat majlis sepertinya. Saya tahu saya tak. Saya tahu, saya tidak mahu jadi Raja Sehari yang Boneka, hanya menurut apa dirancang, tanpa ada hak untuk bersuara pada hari kebesaran saya sendiri. Saya tahu bunga-bunga yang mewah dan penuh tidak akan menggembirakan saya, tetapi keringat dan masa diluangkan untuk membuat juadah tambahan untuk majlis yang akan menggembirakan saya.

Setiap kita ada paksi masing-masing tentang erti kegembiraan. Maka, bergembirala dipaksi masing-masing.

Ingat, kebahagiaan dan kegembiraan itu suatu yang subjektif... dan setiap daripada kita, mempunyai kisah ceritera cinta yang berbeza.

Raikan cinta kita, ikut kemampuan kita.

Jangan sesekali bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Kalau kita begitu, sampai ke sudah kita takkan dapat apa-apa kebahagian. Setiap orang akan berhadapan dengan dugaan masing-masing. Dugaan setiap orang berbeza tapi kesannya tetap sama --sempitkan hati kita. Keredhaan kita yang akan membezakan sesuatu yang cantik dalam buruknya.

Saya akhiri post saya dengan serangkap pantun.

Buah langsat ditepi busut
Mari dimuat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati



Jumpa kamu dan kamu di majlis saya yang serba sederhana, InsyaAllah.




29 Oktober 2010


6 comments:

  1. major like this post Xora!!

    i nk share kt my blog blh?

    ReplyDelete
  2. salam... sy silent reader blog ni... mmg teruja sgt tgk cr awk siapkan majlis perkahwinan awk ni...

    ape2 pon sy nk ucapkan selamat pengantin baru... semoga berbahagia dan ceria2 selalu... ;)

    ReplyDelete
  3. tahniah xora..sy mmg excited baca blog xora n xora la org 1st yg sy sy follow..

    ReplyDelete
  4. hi xora, saya suka entry ini. =)

    ReplyDelete
  5. i like sejuta kali dis post xora...
    im ur silence reader and osO B2B

    harapnya blog ini diteruskan...

    ReplyDelete
  6. hye xora...i'm glad met ur blog ;) learning more than i know n inspired me to plan my wedding...barakallahu fiha ;)

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)