20 October, 2010

Intai Misi Sulit RS (Raja Sehari) II: Buku Tetamu


Salam dan hai

Teruskan dengan Episod kedua untuk Misi Sulit: Buku Tetamu~~
Misi Sulit RS (Raja Sehari) II!



Dah ceritakan dalam episod pertama, macam mana dapat idea asal.



Seterusnya, macam mana nak tambah lagi deko DIY. -- gunakan bucu emas yang sama macam bantal hantaran saya, cuma saiz lebih besar. Malangnya, pasal kecuaian diri sendiri tak periksa betul-betul, rupanya set saya amik tu, ada yang sudah terpatah bucunya..




dan baru perasan tak sama warna




Tiada masa nak meratapi kecuaian sendiri. Suka beli barang penghabisan stok, tapi cuai! Selesaikan masalah!

Jadi-- penyelesaiannya.. SAYA PATAHKAN SEMUA BUCU SUPAYA SAMA SEMUANYA ;P Bucu yang sempurna, kena dikorbankan supaya sama dengan bucu yang cacat. Saya patahkan sambil diiringi bebelan ibu yang marah pasal saya cuai. Tak kisah, yang penting kena selesaikan masalah. Nak merungut pun, masalah takkan selesai kan?

Hasilnya~~


Kasar sikit potongan, tapi tak apa.

Warna yang tak sama pula, saya selesaikan dengan letakkan warna sama di bahagian atas dan dua lagi warna yang sama di bahagian bawah. Ikutkan boleh sahaja nak sembur dengan warna lain biar sepadan semuanya, tapi MALAS. Iye, perkataan tu wujud dalam diari hidup saya.



Hasil akhirnya begini



Kadang-kadang, dalam keadaan terdesak, otak cerdas selesaikan masalah, kan? Kekurangan kecil macam ini, abaikan sahaja. Tak berbaloi nak marah-marah untuk benda sekecil kuman ini.

Jangan lupa conteng buku kami! Masih terlalu awal untuk saya post sebenarnya, cuma rasanya kalau selepas majlis, pastinya mood penceritaan sudah berbeza berbanding masa persediaan majlis kan? Jadi, untuk kebaikan diri sendiri, saya post kan dulu siap-siap.


20.10.2010

20 comments:

  1. ala jadik cantik!
    dan menarik!

    buku tu memang da bomb lah!

    ReplyDelete
  2. even though d color is not the same, tapi hasilnya cantik dan menarik jugak..

    ReplyDelete
  3. yeay! cantik dan bijak menyelesaikan masalah. save money some more! hehe

    ReplyDelete
  4. weeee...jgn tak cukup muka surat utk hana sign sudeyh..hehehe =)
    ramai ni fan club nak dtg sign guestbook xora..

    ReplyDelete
  5. wahh.. fabulousss.. suka sangat!!

    ReplyDelete
  6. macam biasa, u r a creative b2b! idea potong semua bucu jadi sama memang berkesan. baru la ngam kan

    ReplyDelete
  7. mmg superb lor u nye guestbook dear..

    ReplyDelete
  8. bgs u otak cerdas. if tak scrutinise mmg tak nmpak. takpe

    ReplyDelete
  9. cantiknya.. best la buat buku tetamu ni.. :)

    ReplyDelete
  10. walaupun lagi 10 hari... saya tetap ingin men'sign' buku itu secara virtual... dan jadik yg pertama... eheh

    Selamat Pengantin Baru... Semoga bahagia hingga ke akhir hayat... :)

    ReplyDelete
  11. cantik la xora..tak nampak pun cacatnya kalo xora tak bgtau!

    ReplyDelete
  12. dear..
    u got talent..
    bleh ai lak order..
    hahaha..

    ReplyDelete
  13. wah canteknyer frame buku tuh....colour silver ader x?

    ReplyDelete
  14. Dear all: tak sempurna tak bermaksud tak cantik kan? :) jelly, saya rasa, takde tapi boleh sahaja kamu spray dgn spray silver :)

    ReplyDelete
  15. oouhhh i likeee... nicee.. sgt2 chantek guestbook u tue.. :)


    meow~
    http://reneemeowwedding.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. salam terjah!hehe..

    awksemua awk buat menjadi laaa...n yang penting hasil tgn sendiri kan.Syafa link awk ye ^__^

    ReplyDelete
  17. xora,nak tanya..bucu emas tu kat mana yea nak dapat..

    ReplyDelete
  18. Cik Sue, kamu boleh cari di Fah Lean, Balakong. tapi kalau nak kat area KL, di kedai Riben apa ntah tu, yg kat sederet semua house tu, pun ada.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)