Salam dan hai
Hari ni, cuma tinggal 19 hari lagi sebelum majlis kami.
Hujung minggu masih padat. Kemas kini secara pukal!
1. Lawat Fieza Junior.
Alhamdulillah, Fieza selamat melahirkan bayi perempuan di Prince Court pada hari Khamis, 7 Oktober, 6 petang. Sabtu baru dapat melawat dia.
Komen saya: macam pau gebu baru kuar kukusan. Geramnya!
2. Fitting baju nikah
Selepas episod histeria dan kegagalan nak naikkan berat badan semula, maka redha hantar baju nikah ke Dzihni, yang juga butik K.Ina DzulldeClassique. Masa hantar untuk kecilkan baju minggu lepas, K.Ina tiada dan staff Dzhini yang amikkan ukuran. Risau juga pasal tak diberi resit, tapi pasal saya sudah dalam fasa 'biarla', jadi layan kan aje.
Janji seminggu selepas dan bila sampai, terus dapat cam baju saya yang mana. . Cuba. Ok. Sesuai. Suka! Tak perlu usaha nak tambah berat. Lagi best, K.Ina tolak bila saya nak bayar. Suka suka!
Alhamdulillah. Untuk baju nikah, semuanya sudah lengkap. Cuma kena beli stoking halus dan brooch kecil banyak-banyak. Sekarang, tinggal baju sanding sahaja. InsyaAllah ambil hari Jumaat ini.
3. Kad jemputan lagi
Dapat kad jemputan daripada kawan pejabat. Berkenan sangat dengan kad nya. Simple tapi element kain pelekat (saya melihatnya daripada segi kain pelekat), menarik mata saya. Tapi majlis nun jauh di Penang. Tak dapat hadir dalam keadaan berdarah manis.
4. Misi Sulit seterusnya
Abang saya sudah memulakan proses untuk misi sulit saya seterusnya. Minggu ini boleh dapat rasanya.
5. Majlis Bakal Puan T atau Nuriah.
Saya datang daripada Nuriah tengah sibuk dimekapkan. Awal pagi, kira-kira 730pagi. Tapi pasal saya rakam video, jadi tak dapat nak amik gambar sangat. Baru perasan, gambar saya dan Nuriah takde dalam simpanan saya! Jadi kena tunggu hasil daripada Abang Acai. Pastinya mabelez!
Lepas akad nikah, saya makan pagi dulu. Bagus sangat disediakan sedikit juadah pagi selepas bernikah, sekurangnya tetamu dapat alas perut dulu. Nasib ada kawan, Izzah pun datang kebetulan adik dia konvo di UPM (Aku baru perasan aku takde gambar dengan ko Izzah!!)
Lari ke Bangi untuk majlis doa selamat Pak Lang. Dalam 2 petang, datang semula ke majlis Nuriah. Tapi pengantin dah siap makan beradap. Meja beradap pun dah kemas.
Tapi sempat tarik pengantin bergambar
Nuriah memang suka amik gambar. Saya nak ambil gambar dia dan suami, tapi dia conquer kamera sorang-sorang!
Nasib dia teringat, dia dah bersuami! Jadi dia tarik sekali Thaqib. Reaksi Thaquib memang dibuat-buat. Dia suka amik gambar buat 'muka'
Sedikit sesi foto bersama kawan-kawan di pelamin.
Kemudian, pastikan diri dapat bunga pahar ni.
Sebabnya? Ni bunga pahar air tangan pengantin ok! Dia buat sendiri tau. Maka, harus tebalkan muka merembat.
OK. Penat. Nak rehat. Ada lagi progress tentang deko bilik pengantin dan kerja gila nak buat biskut untuk majlis sanding. Tapi penat dan malas untuk menulis.
Tak mo update blog, boleh?
Nota: siapa yang sudah RSVP pada saya tapi masih belum dapat kad, sila maklumkan kepada saya melalui emel. Terima kasih.
11 Oktober 2010
wow..padat tui hari2 kamu xora..alhamdulillah..baju nikah da settle..=)
ReplyDeletesaya sudah dapat kad kamu! huhu. kat kajang rupanya.. insya allah kami sampai.. hee.
ReplyDeletekawan kamu yg kat penang tu, bakal husband die dr MCKK ke? sbb corak kain pelekat tu exactly the same dengan corak kain sampin hari jumaat budak2 mckk. huhu
lengkap hari2x xora kak mia tengok...
ReplyDeleteThanks ixa atas jemputan ye..:) semalam memang best mendera pengantin2 tu,hehe. Tunggu gambar diaorang ek, nanti saya tag :)
ReplyDeletekina da email xora!
ReplyDeletexora..link la kina eh..nk jugak kn..;P
cantik sungguh nuri :) merah menyala :)
ReplyDeletehaipp!! xkire... xora kena update blog gak! ngee.. =p
ReplyDeletenuri da selamat...tinggal laling je kan ? ;)
ReplyDeletekena rsvp ke?
ReplyDeleteSK: eh tak.. takde perlu RSVP kepada saya. cuma maksud saya, mereka yang dah beri alamat, maklumkan pada saya kalau kad masih belum diterima :)ni makan buffet aje :)
ReplyDeletehi xora, i got ur card, tengs =) insya Allah ada rezeki sampai nanti =)
ReplyDeletebtw, nora dah xguna link nora aira tu. kalo ada kelapngan nanti exchange with my new link yea =) tengs =)http://norapurplebridez.blogspot.com/
hepi preparation. stay cool, pretty n healthy yea =)