10 September, 2010

Video Save the Date Kami

Salam dan hai



Untuk membaca post Pre Wedding kami, sila klik disini [PRE WEDDING]

Suka untuk saya mulakan dengan rasminya, operasi mengumpul alamat B2B dan Mantan B2B, yang sudi dan ada kelapangan pada hari tersebut untuk hadir ke majlis kami.

Jangan dambakan apa-apa dekorasi dewan yang mengkagumkan. Tiada dayang-dayang manis berpakaian sedondon, tiada perarakan mewah dan unik bakal mencuri perhatian, dan tiada juga nama-nama besar yang menjadi vendor kami.

Kami cuma impikan majlis yang selamat dan menggembirakan, pada paksi kami sendiri. Majlis perkahwinan kami, bukan medan untuk kami dan famili puaskan hati semua tetamu, jauh sekali sebagai medan berlumba majlis siapa lebih hebat. Kami selaku tuan rumah, akan cuba jalankan tanggungjawab dan layanan sebaiknya.

Sesungguhnya, kami orang biasa-biasa sahaja, dengan majlis biasa-biasa sahaja.

Sebiasa video Save the Date yang telah saya DIY ini [bantuan teks oleh Nity. *hugs] Siap pixel pecah atas kesilapan set quality video dan lagu tak fade dengan elok masa penamat tapi malas nak edit semula pasal nanti tak tau bila saya nak upload semula jadi pejam sebelah mata.




Ok. dah tau dah kan, rupa bakal pengantin macam mana ;D

Nota: Mungkin ada yang tak dapat tengok video ni kalau YouTube kena block di opis

Jadi kawan-kawan, sila emel saya [diaterimanikahnya@gmail.com]

1. nama

2. alamat rumah/ pejabat

3. url blog

kamu untuk memudahkan saya mengecam korang. Kalau silent reader (bukan stalker ya) tiada blog pun tak apa. Emel pada saya juga alamat kawan-kawan ya?


*Nyatakan juga sama ada kamu mahukan kad atau e-kad (praktikal dengan harga stem yang sudah melambung tinggi ni)


InsyaAllah majlis akan berlangsung di Dewan LLM (sederet dengan Uniten dan KLIUC) pada 31 Oktober 2010.

Pesanan: Saya sudah setkan, komen tiada untuk post ini bagi mengelakkan ada yang tulis butiran peribadi mereka di sini. Bahaya, takut orang salah gunakan maklumat korang tau.



2 September 2010