Salam dan hai
Ok, Saje kasi tajuk post tu macam tu. Pasal tadi baru baca Kay tengah perah idea untuk bunting dia.
Saya terfikir nak kongsi gambar di bawah ni pasal dalam post Kay, ada beberapa gambar dalam post tu, yang ada menggunakan layah atau veil. Jadi saya teringat gambar ni yang baru saya simpan sehari lepas masa sibuk cari idea untuk e-kad yang masih dijalan buntu. Haih..
Walau idea gambar di bawah ni lebih praktikal untuk Save the Date, tapi saya tetap nak kongsi pasal saya rasa idea ni sangat comel dan praktikal, tanpa perlu keluarkan kos yang banyak. Tak perlukan OP pun, camera biasa pun boleh.
Kita tukar kepada konteks budaya kita. Si lelaki boleh pakai pakai baju melayu sahaja, tak kisah apa warna, pakai seluar pendek atau jeans. Yang perempuan boleh pakai semula layah atau selendang masa tunang (atau pinjam sahaja daripada sesiapa) dan tangan boleh la pegang berus mekap ke atau macam kat gambar ni. Muka kena buat muka panik ok.
Sumber: Google images
Jangan segan nak berekperimentasi dengan mimik muka. Kalau nak lagi seronok, panggil dua-tiga orang kawan, konon jadi props yang bertungkus lumus nak tolong kamu bersiap. Mungkin sorang pegangkan kasut, sorang pegang berus mekap, sorang pegangkan baju nikah kamu. Yang lelaki, boleh la sorang pegang kunci kereta, sorang tengah jawab panggilan telefon ke. Tak kisah. Kan "WE'RE ALMOST READY"
Kembangkan lagi idea ni.
Ok, sekian sahaja perkongsian idea malam ni. Nak tidur awal. Esok kena buat biskut.
3 September 2010
gile cool tak pernah terpikir! lol... tapi kalo wat banner/bunting camni mau kne lepuk ngn my parents.haha
ReplyDeleteKay, haah kalau buat utk banner/ bunting macam kurang sesuai sikit. Tapi save the date, mmg cun kan?
ReplyDeletexora! best idea tuh!
ReplyDeletehihi.sape2 yang sempoi cool couple boleh je buat kalau nak kan?
comey tapi laki kena pakai suar panjang. mom xsuka laki pakai suar pendek haha :P
ReplyDeletegood idea xora!!!!
ReplyDeletemenarik ohhhh..
ReplyDeleteXora, idea ni best and the caption pon sangat menepati pic. awesome babe. aku sukak!
ReplyDelete