23 September, 2010

Frekuensi Berbeza

Salam dan hai

Semalam kan saya teruja pasal dah masukkan event dalam Facebook. Ramai sudah RSVP, ada yang dapat datang dan ada yang tak dapat.

Saya ingatkan sudah selesai tugas saya. Rupanya baru bermula.

Baru saya tahu, rata-rata yang RSVP tu, tak tahu apa kejadahnya 'Save the Date' tu. Penat juga saya kena terangkan kat mereka.

Yang bertanya: Apa tu Save the Date ko buat?
Saya jawab: Aku nak kawin tarikh tu
YB: Hapa ko buat gaya tu! aku tak faham..!
Saya: Habis ko RSVP apa?
YB: Attending la.
Saya: ko tak faham tapi attending?!
YB: Aku rasa, cam majlis makan-makan kot. So i'll be there for the food!

Siut!

Mungkin bukan salah mereka. Mungkin saya masih dalam frekuensi B2B, sampai saya terlupa definasi STD tu lebih sinonim dengan B2B dan mereka yang seangkatan dengannya.

Tambah parah, pasal info yang saya tulis dalam event tu, terlalu sedikit. Dengan tiada satu pun saya sebutkan pasal majlis perkahwinan. Saya tak sertakan lokasinya dimana. Saya ganti dengan Koordinat GPS (Kali ni betul!) dan tarikh serta waktu. Kebiasaannya pun STD memang macam tu kan?

Tujuan saya kongsi post ni, kalau-kalau ada kawan-kawan yang nak buat STD di facebook, mungkin ini boleh jadi peringatan: tak semua orang tahu apa itu Save the Date.

Jadi kena tulis lebih jelas.

Akhirnya, saya tukar maklumat event kepada

Please reserve the date of 31 October 2010 (Sunday) for the wedding celebration of Dzulq & Xora

So write it on your calendar. We'd like you to join us for our special day.
Hope you'll be there to celebrate with us!

Formal invitation and details to follow.


Thank you :)




Kalau tak ngerti gak, tak tahu la. Tak apa. Kad pun dah mula edar minggu ini.


23 September 2010

11 comments:

  1. :) tahniah ye kak.. moga smpai ke ahkir hayat..
    >silent reader<

    ReplyDelete
  2. hehe..tu laaa..kena bg terang sikit kat jemputan..mmg frekeunsi lari habeslah..hahaha

    ada juge yg tanye masa hana nak sht for pre-wedd..diorg tanye..ape kejadahnye lah nak amek pre-wedd bagai..huhuhu...mmg tak masuk tune pun xora..hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahah. Xora dulu pun by tatau. tapi bila tengok mat salleh buat. oooo.. benda tu rupanya. hahaha. sabau jela. googling la kalau nak tahu kan? hehehehe.. pastu ade yang ckp jangan nak ikut mat salleh sangat. huhuhu sabau je la

    ReplyDelete
  4. actually...saya lah salah sorg yg tak faham apa function save the date and pre-wedding pictures selain block out the date utk majlis and bergambar utk letak kt kad etc for wedding.

    betul ke fahaman sy? hahaha

    ReplyDelete
  5. Eyra: terima kasih dik :)

    Hana: tu la, jgn jadi cam saya. asal siap, nak letak kat event fesbuk ;p last2 tetamu keliru

    Bai: trend ni tiada dalam konteks budaya orang kita. kita takleh buat save the date awal setahun cam org putih pasal kita tetap berpaksi pada ketentuanNya. semuanya atas izinNya kan? ala. anggap aje save the date tu, macam kasi kad undangan, cuma bukan dalam bentuk kad fizikal. kan mudah kan?

    ReplyDelete
  6. Myra: wah fast leaner! tepat. tu tujuannya. even dah block, kadang2 tetap bertindih, tapi yg penting kita dah usaha kan? sama cam kita booking vendor, kita pun perlu booking tetamu ;p

    ReplyDelete
  7. tuh lah versi paling moden nak invite guest kan..
    maybe dia kurang explore kot trend skrg nih..
    sy pun kadang buat teori sendiri bila baca terms terbaru nih.. heheh..

    ReplyDelete
  8. kak xora nak tnya larh,
    akak letak event dlm fb n pos kad sebulan b4 date wedding or tgh bulan b4 wedding..??

    ReplyDelete
  9. yg fb tu, sebulan lebih sebelum majlis pasal nak tau siapa yg ada masa terluang nak hadiri majlis akak. tapi dalam pertengahan bulan, akak close event tu pasal dah tau siapa yg nak datang :P yg post kad tu, sebulan sebelum majlis.

    ReplyDelete

Sila sila.. jangan malu-malu. Buat cam blog sendiri :)