Salam dan hai
Awal minggu ini, saya berbuka puasa dengan homiez saya.
Banyak sangat perkara yang kitorang borak. Tapi daripada awal-awal saya dah pesan "Jangan siapa tanya persiapan kahwin aku ok. aku lempang kang. Aku cuma nak lepak-lepak borak sampai pengsan aje dengan korang"
Jadi, kebanyakkan perbualan kami berkisar Fieza makin gemok dan mengandung (Yes, she's pregnant and fat!! ;p), Shima tukar department, Nity dengan aktiviti kerja entah tercampak ke negara mana setiap minggu.
Masa balik rumah, saya terfikir, saya rasa, mana-mana B2B perlukan 3 jenis kawan ini
1. Mantan pengantin
Gambar hiasan. aku takde gambar kat pendrive ni Fieza. Aku amik gambar ko-tengah-menggemuk-macam-13tahun dahulu; dan Shima.
Kita perlukan kawan yang sudah berkahwin untuk bimbing kita dalam perancangan kahwin. Pengalaman mereka sebagai mantan pengantin memang sangat bernilai. Mereka ada banyak perkara yang boleh dikongsi, perkara yang kita tak nampak dan tak perasan, tapi mereka dah alami. Contoh macam Laling pesan kat saya. Di meja beradap, pastikan ada tempat untuk letak bunga tangan kalau pengapit makan bersama pengantin. Saya tak perasan langsung perkara ini tapi Laling yang ingatkan. Mereka juga yang akan pisahkan fantasi kita tentang majlis impian kita, dengan realiti yang akan kita hadapi pada hari majlis. Kebanyakkan mereka lebih bersikap realistik dan sentiasa mahu menyelamatkan kita daripada buat keputusan yang salah (jangan tidur lewat, jangan buat spa seminggu sebelum majlis, jangan penat sangat, etc etc). Paling bagus, mereka banyak memberi nasihat tentang kehidupan selepas kahwin dan apa yang perlu dijangkakan selepas hari majlis.
2. Bakal pengantin
Golongan kawan-kawan yang memang takkan bosan bercakap, berbincang, mengkritik dan segala apa berkenaan majlis perkahwinan, mereka akan teruja. Mereka memang tak kenal erti bosan. Mereka ini senang dibawa temankan ke situ dan sini, mencari vendor. Mereka juga yang paling rajin untuk google, menyiasat dan mencari idea-idea baru untuk digunakan. Kita jadi seronok bercakap dengan mereka pasal keduanya dalam landasan yang sama. Nak luahkan perasaan dan emo pun mudah, pasal mereka pun biasanya menghadapi situasi dan permasalahan yang sama. Cuma kadang-kadang, keduanya boleh agak tersasar dan mudah nak bina impian yang tidak berpijak dibumi nyata ~~pasal tu kita perlukan kawan yang sudah berkahwin untuk kembali tarik kita ke landasan yang betul.
3. Solo/ berpunya tapi belum merancang untuk berkahwin.
Mereka adalah golongan yang akan ingatkan kita; hidup ini bukan sekadar pelamin yang cantik, mekap daripada MUA terhandal, atau warna tema yang serasi. Hidup lebih daripada itu. Mereka adalah kawan yang akan menyedarkan kita tentang kerjaya kita, kehidupan, kesihatan dan famili; yang mungkin kita secara tak sedar, alpa kerana terlalu fokuskan kepada persiapan majlis. Mereka menyedarkan kita masih banyak aktiviti kehidupan yang kita belum cuba, fokus kerjaya yang kita belum usahakan dan perancangan hidup kita akan datang yang belum direncanakan. Mereka akan membantu kita perbaiki pencapaian diri dan anjakan kerjaya kita.
Bagi saya, ketiga-tiga kelompok kawan diatas ni, perlu ada untuk setiap bakal pengantin. Sokongan daripada kelompak kawan yang sihat dan rapat, memang boleh membantu kita untuk lebih fokus pada kehidupan sekarang, perancangan majlis dan kehidupan sebagai suami isteri.
Sememangnya setiap orang akan hadapi permasalahan yang berbeza tapi sekurangnya pada saya, memiliki mereka semua memang melegakan *senyum.
2 September 2010
betul. tapi jauhi kawan dengan cik bedah.hahahaha!
ReplyDeletepah bedah~~!! jauhka jauhhkkan.. fuuuuh! ;p
ReplyDeleteseronok kn dpt hang out ngan BFF.. BFF sy suma jauh2... huhuhu~~
ReplyDeleteI kenal fiza tu..my sis nyer bff :)
ReplyDeleteaaa betul tu..saya sokong!!!
ReplyDeleteagreed. tapi nora takde kawan yang berumur skit dari nora, rasanya semua budak2 cam nora hehehe =)
ReplyDeleteuh...terharu..sob sob sob...
ReplyDelete