Salam dan hai
Kadang-kadang, orang selalu salah faham.
Bila kita tulis sesuatu yang menggembirakan, disangka hidup kita tak pernah ada masalah. Disangka persiapan kita semuanya lancar dan berjaya.
Indahnya tentang penulisan, kita boleh memilih untuk menceritakan semuanya atau menyimpan sebahagiannya. Atau olah cerita dan penyampaian kita.
Begitu juga dengan kes saya. Tetap ada perkara kurang best berlaku sepanjang persiapan saya cuma saya menunggu waktu yang sesuai untuk saya kongsi.
Tapi bila saya terima beberapa emel yang bercerita tentang bagaimana mereka mengharapkan persiapan mereka selancar saya, rasanya mungkin saya telah bagi gambaran yang salah dalam penulisan saya.
Sayang, rancangan saya tetap ada tersadung sana sini. Tetap ada yang melencong daripada apa yang dirancang. Saya tetap ada moment bridezilla saya. Mereka yang rapat dengan saya, tahu macam mana saya meracau.
Sebenarnya, saya simpan post ini untuk dimasukkan seminggu sebelum saya post kan kad jemputan saya. Tapi rasanya, sekarang waktu yang sesuai untuk saya masukkan dahulu. Supaya tiada lagi salah faham, yang beranggapan persiapan majlis saya amat sempurna.
Kesilapan 1: Koordinat GPS pada kad jemputan.
Sebenarnya, koordinat patut ditulis N 2' ..., tapi entah macam mana boleh pulak otak dan mata manipulasi saya, tersilap tulis N 25' ... pulak!
Tak terfikir nak periksa dua kali pun nombor GPS tu. Dah nak dijadikan cerita kan? Memang bukan salah LH Creative. Saya yang tersalah kasi digit.
Penyelesaian?
Meracau dalam 5 minit di Starbuck dengan disaksikan oleh D.
Kemudian, hidup tetap diteruskan.
Kalau saya nak meracau, marah-marah, stress pasal kad kahwin ni, memang saya boleh sangat. Tapi untuk tujuan apa kan? Sekadar nak lepaskan perasaan marah? Atau sekadar nak kurangkan rasa bersalah?
Walau apa pun terjadi, yang penting, selesaikan masalah yang terjadi.
LIQUID SAHAJA
Buruk? Memang buruk. Tetamu perasan tak? Erm, ada yang tak perasan bila tengok sepintas lalu. Tapi adakah itu menjadikan niat menjemput orang kurang ikhlas?
Tidak. Niat saya masih sama, menjemput tetamu ke majlis kami. Kesilapan manusia tetap berlaku.
Allah memang Maha adil. Kurangnya pada kesilapan digit tu, tapi dilebihkanNya, pada jumlah kad yang saya terima. Bertambah syukur lagi, saya hanya perlu padamkan digit tu, daripada buat tambahan digit baru ditengah-tengah tu. Kan?
Saya tak mahu mengkufuri nikmat yang diberi.
Setiap apa pun perkara yang kita usahakan, ada lebih dalam kurangnya.
Kalau kita dapat semuanya dengan sempurna, boleh jadi kita berubah jadi angkuh dan bongkak dengan kesempurnaan itu. Orang mengkagumi majlis kita diatas kesempurnaannya, atas dasar kita yang merancangnya. Sampai kita semua lupa, semuanya berbalik kepada keizinan daripadaNya.
Berapa ramai antara kita, bila kita tengok majlis seseorang itu cantik dan sempurna pada mata kita, kita akan memanjatkan kesyukuran dan puji kepada Yang Esa?
Jarang sekali. Kebanyakkannya akan memuji tuan rumah, mengkagumi kesempurnaan yang terbentang. Sedangkan titik bermulanya, atas izin Ilahi. Saya juga tak terkecuali. Kalau pun tidak saya komen, mulut dan hati tetap akan berbisik "Wah, hebatnya dia rancang majlis sendiri!". Sedangkan saya alpa, Dia yang mengizinkan.
Niat saya menulis post ini untuk membetulkan tanggapan sesetengah pihak-- persiapan saya tidak sempurna. Tetap ada kurangnya. Jangan terlalu mengkagumi saya. Saya, seperti kawan-kawan juga, banyak silap daripada betul, banyak kurang daripada lebih. Tiada rancangan yang sempurna tanpa cela. Tapi kita sama-sama belajar kan?
Cuma mungkin, saya memilih untuk melihat yang lebih positif daripada meratapi apa yang saya tak mampu lagi untuk dibetulkan.
Moto: Redha dan Redah!
Lagi post tentang kesilapan saya yang lain, akan saya kongsi dalam post akan datang InsyaAllah. Ada lagi, serius tak tipu. Tunggu ya?
Kita semua manusia biasa yang bukan kalis daripada kesilapan. Jadi biasakan diri dengan keadaan itu *senyum
25 Ogos 2010

biasa la.. tak semua yg kita rancang akan berakhir dengan kejayaan. yg penting, tekad!
ReplyDeletebetul tu... sebab tu by mcm nak taknak tulis. hiks! perasaan mahu. tp hati tidak. owh... kalau lama2 pendam agak beku gak hati tu. hahaha.
ReplyDeleteye la kita merancang, tp tak semuanya ikut apa yang dirancang. tp bila orang baca penulisan kita, orang dah fikir lain.
kita hanya merancang, Allah yang menetukan segalanya..setiap perancangan kita pasti ada cacat cela nya..tiada yang sempurna..apa yang penting, bersabar!
ReplyDeleteSabar jela xora...
ReplyDeletegeram memang geram...
tapi nak buat macammane
ade hikmah di sebalik itu...
misi kamu harus diteruskan..
chayokk!!!
**senyumlah**
xora...
ReplyDeletejangan laa pikir yang bukan-bukan k..
sebenarnya xora banyak banyak ja dengan B2B yang lain...
mungkin B2B yang email tuu tulis macam tu untuk ambil hati xora sebab xora banyak bantu mereka...
betul kita hamba ALLAH, tak semua yang kita rancang berjalan dengan lancar kan??
jangan sedih2 k...
besela tu xora..kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan segalanya..tak de manusia yang tak wat kesilapan..yang penting macam mana cara kte handle benda tue..
ReplyDeletemoga lancar segala preparation wedding xora dan juga hari bahagia tue nanti ye..
balas secara pukal ;p hihi. tak, saya OK. tak rasa sedih pun. dah lepasi frasa itu. cuma nak kongsi, apa pun masalah kita kena, yg penting kena hadap dan selesaikan. itu sebaik2nya :)
ReplyDeletecik Xora,
ReplyDeletehanya Tuhan jek yang boleh lakukan semua perkara dengan sempurna...
kita manusia buat apa yang termampu sahaja...
cheers.. i know u can handle the situation :)
betul tu kalau nak di ikutkan sepanjang buat persiapan mmg ada 'gila' sekejap..meroyan sekejap kalau apa yg dirancang menjadi lain..tp sejauh mana kta nak meracau? bukan boleh ubah apa2..jd tanpa memanjangkan kesakitan pd otak, sebaiknya ialah redha...
ReplyDeleteYa..senyum....Tp kita manusia biasa...Sebelum senyum itu pasti nak jugak meroyan sekejap...Itu perlu tau..Sebagai pelepas stress..Sbb stress xle disimpan dijeruk..Nanti diri sendri jugak yg gila..Tp berpada2 la...Insafi diri...Renung kembali mana silapnya...Dan bsyikur lah atas apa yg ada...Pasti senyum itu akan lebih manis...
ReplyDeleteentry yang baik untuk peringatan diri saya juga =) Apapun perancangan Allah yang terbaik untuk kita =)
ReplyDeletexora, hi..
ReplyDeletejangan sedih sangat, dh jadi pun. so preparation lain musti diteruskan..
dulu silent reader, right now i'm follow u ^_^
xora, hi..