Salam dan hai
Susah ke nak kahwin ni? Kahwin memang susah, tapi lagi susah menghadapi soalan yang dilontarkan oleh 'Cik Bedah'
1. Kahwin
Kalau kahwin awal, dikata "Erm.. dah gatal nak berlaki la tu!"
Kalau kahwin lewat, dikata "Psst.. Dia tu jual mahal. Pasal tu tak laku-laku"
2. Anak
Kalau bunting pelamin, dikata "Ei, mengandung 2 bulan dah? Rasanya baru sebulan setengah kot diorang kahwin. Jangan-jangan...."
Kalau tak de rezeki lagi, dikata "Dah setahun kahwin, takde isi? Mandul la tu!"
3. Wang Hantaran
Kalau diletak tinggi, dikata "Amboi! Hebat sangat ke anak dia tu sampai letak wang hantaran tinggi-tinggi?"
Kalau diletak rendah, dikata "Rendahnya. Bakal suami dia tak mampu la tu"
4. Majlis
Kalau sederhana, dikata "Erm.. kahwin sekali seumur hidup. Buat apa buat majlis kecik!"
Kalau mewah, dikata "Membazir betul! Baik simpan duit tu untuk kehidupan lepas kahwin"
5. Mekap
Kalau sederhana, dikata "Ei, muka pengantin tu buruknya. Kan elok amik makeup artist yang bagus sikit. Tu pun nak berkira"
Kalau cantik, dikata "Mekap, kalau dibuat mata cam Rozita Che Wan pun, nanti dah basuh mekap, sepet juga mata tu. Rugi aje seribu bayar mekap"
6. Photo
Kalau sederhana, dikata "Gambar ni aje kenangan. Baju kahwin, pelamin, tu semua kena pulankan balik. Apa salah kuar banyak sikit budget untuk gambar"
Kalau mahal, dikata " Ala mahal cam ni pun, nanti dah 4 bulan kahwin, takde nya nak tengok album ni sama-sama. Nanti buat kumpul habuk aje!"
7. Makan
Kalau banyak lauk, dikata "Siapa nak habiskan semua lauk ni? Tetamu bukannya dia jemput ramai pun!"
Kalau lauk sikit, dikata "Panggil orang kenduri. Lauk macam makan tengah hari aku masak kat rumah aje!"
8. Pelamin
Kalau pelamin lama, dikata "Ei, tak sesuai langsung la warna pelamin tu! Cam kampung betul taste pengantin ni!"
Kalau pelamin moden, dikata "Ala. pelamin ni dah biasa aku tengok kat wedding lain. Tak unik mana pun!"
9. Door gift
Kalau tuan rumah kasi buah tangan sikit, dikata "Aku penat-penat datang dari jauh, muffin aje dapat!?"
Kalau tuan rumah kasi buah tangan banyak, dikata "Ala, Nak nampak grand aje la tu kasi paper bag, tapi dalam tu setakat kerepek, gula-gula, muffin, tisu ni, huh murah aje"
10. Jemputan
Kalau dijemput "Aku ni bukan teringin sangat nak gi kenduri dia. Tapi pasal aku nak tengok, hebat sangat ke majlis dia tu!"
Kalau tak dijemput "Dia tu takmo jemput aku pasal malu la tu, majlis dia mesti cikai-cikai aje tu..!"
Mereka digelar Cik Bedah a.k.a Mulut Bedebah.
Saya rasa, kita semua pernah hadapi situasi macam ni. Sama ada kita terdengar perbualan orang atau kita orang dalam kumpulan perbualan--atau kita lah Cik Bedah yang dicari-cari itu.
Misi Cik Bedah satu sahaja; Ingin pihak lain sependapat dengan dia.
Kalau dibangkang, dia akan menjuih.
Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti.
Zaman sekarang, Cik Bedah boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan sudah bertukar modus operandinya. Tidak mahu lagi dilihat sebagai mulut jahat. Tetapi mereka akan bijak mengambil peluang untuk menjadi tumpuan.
Mereka dikenali sebagai Cik Bedah Junior. Junior kerana mereka kini boleh wujud dalam golongan muda belia dan bukan lagi makcik tua yang pakai lipstik merah terang menderang itu. Berbanding Cik Bedah Senior, objektir Cik Bedah Jr adalah untuk memastikan tumpuan majlis padanya.
1. Gambar
Cik Bedah akan suka mencuri tumpuan OP bertugas. Dia sentiasa nak menempil sebelah pengantin di pelamin, upacara sarung cincin, upacara potong kek dan lain-lain. Kalau gambar berkumpulan, dia paling depan dan tengah. Boleh kata, muka dia ada dalam kamera untuk apa juga situasi. Kadang-kadang secara selamba akan kata "Abang, amik la gambar saya. Pengantin tengah bersiap tu, takde menarik pun"
2. Sponsor
Cik Bedah beria-ria mahu sponsor telur pahar, hantaran atau buah tangan tetamu. Tak pernah diambil kisah sama ada pilihannya bersesuaian dengan majlis atau kehendak tuan rumah. Yang penting banginya, dia akan pastikan semua orang tahu dia sponsor sesuatu untuk majlis "Kek majlis dia yang 10 tingkat tu, aku yang sponsor. Saje, nak tengok kawan gembira. Aku punya nanti 2 kali daripada ini tau!"
3. Penampilan
Cik Bedah akan pastikan penampilan dia lagi glam daripada pengantin. Dia akan cuba melantik dirinya menjadi pengapit atau dayang-dayang. Jika tidak berjaya, dia sebolehnya mahu warna setema dengan pengantin. Bila bergambar sebelah, dia nak nampak lebih menonjol "Eh, warna baju kita sedondon pulak! Macam bermadu. Hikhik"
4. PA tak dilantik
Cik Bedah akan melantik dirinya menjadi PA kepada pengantin. Walaupun tetamu tak bertanya, dia dengan murah hati bercerita "Wang hantaran pengantin 7K aje. Saya tahu pasal saya ada masa majlis nikah. Tak de hantaran barang kemas pun. Cuma cincin yang diorang beli masa sale 70% kat kedai emas cina depan simpang tu.. Mak cik, tambah lauk..?"
5. Wartawan hiburan
Cik Bedah sudah tidak segan silu bertanyakan tentang kos majlis. Kalau pengantin mengelak daripada menjawab, dia amat licik dan terus bertanya pada vendor "Kak, kalau saya nak gunakan khidmat mekap akak cam majlis kawan saya ni, berapa akak charge?" Dah dapat tahu harga, dicanang pula harganya pada orang lain.
Cerita pasal Cik Bedah ni dah lama saya nak tulis, cuma belum berkesempatan, baik daripada segi masa dan idea. Cuma hari ini, baru idea mencurah-curah datang.
Tiada siapa tahu bagaimana nak kawal Cik Bedah ni, jauh lagi macam mana nak elakkan dia daripada majlis. Kerana kadang-kadang, seseorang boleh tiba-tiba menjadi Cik Bedah tanpa disangka. Sifat mazmumah yang sekian lama disorokkan, bak tak dapat ditahan-tahan.
Cuma kita sebagai pengantin / bakal pengantin, kena persiapkan emosi dan mental kita menghadapi Cik Bedah itu semua. Tiada ubat dan petua nak elakkan mereka kerana, kita ni hidup bermasyarakat. Kalau pun Cik Bedah tu bukan dikalangan kawan kita, boleh jadi wujud di kalangan saudara mara dan sahabat ibu bapa kita.
Yang saya boleh tulis disini, kalau kita nak hapuskan kewujudan cik Bedah, terlebih dahulu kita kena hapuskan Cik Bedah yang wujud dalam diri kita sendiri.
Saya rasa, semua orang secara tak sedar, mesti akan terdetik, tak perlu banyak kali, sekali pun cukup, sama ada sedar atau tidak, sama ada dilafaz atau tidak; dialog-dialog di atas tadi.
Mungkin bukan dialog serupa, tapi yang membawa maksud yang hampir sama.
"Umur 21 dah kawin? Ohh." yang membawa sama maksud "Mudanya nak kahwin! Enjoy dulu!"
Saya akui, saya pernah.
Mungkin masa tu saya masih muda, masih mentah nak faham, merancang majlis kahwin ini sebagai tuan rumah tidak semudah kita hadir sebagai tetamu.
Naif tentang ribuan duit yang diperlukan untuk persiapan.
Apa tah lagi isu jodoh dan takdir bukan kita coretkan.
Tak semua kita rancangkan, boleh berjaya.
Tak semua benda boleh diselesaikan dengan duit.
Restu bukan soal apa yang dilafaz pada mulut sahaja.
Berkat itu urusan kita dan Maha Esa.
Kadang-kadang, kesempurnaan yang kita cari, wujud dalam kekurangan yang kita tangisi itu.
Mungkin tidak ada titik nokhtah tentang maharajalela seorang Cik Bedah. Tiada siapa boleh mengubah Cik Bedah, kecuali dirinya sendiri.
Saya tak tahu macam mana nak akhiri post ini, jadi saya tinggalkan puisi. Hihi
Orang Cina dari Seberang,
Bawa jual ikan tenggiri,
Mengata orang jangan sebarang,
Tak pernah cermin diri sendiri.
Sekian,
Mantan Cik Bedah ;p
19 Ogos 2010

post yang terbaik!!
ReplyDeletexora, takotnya bila ada cik bedah lama dan junior ni..
ReplyDeleteya Allah, elakkanlah.. dari cik Bedah ni atau elak diri sendiri jadi Cik Bedah ni..huhu
p/s: entry yang sangat-sangat bagus utk semua!
xora, takotnya bila ada cik bedah lama dan junior ni..
ReplyDeleteya Allah, elakkanlah.. dari cik Bedah ni atau elak diri sendiri jadi Cik Bedah ni..huhu
p/s: entry yang sangat-sangat bagus utk semua!
entry yang sangat berguna, xora! harap kita semua ambil berat.
ReplyDeletekenyataan yang tak dapat disangkal. itu la kejadian manusia, tak boleh orang lebih & tak boleh orang kurang. setiap perbuatan orang salah padanya, yang betul hanya dia. nauzubillah....
ouchhhhh..makan dalam post ni...hehhehe...
ReplyDeletemantan cik bedah. haha
ReplyDeletebiasa la tu kan. dalam ramai2 tu mesti akan ada sorang pewaris! hehe
ohhh aku ada 2 makcik poh bedoh.haish!!~yg sorang dah season so mcm kureng sikkiiiittt (ekceli sama je). Yg sorang tidaklah memakai lipstik terang benderang merah, tp blusher terang benderang pink!!kalo nnt ko nmpk ada mkck aku yg dok menempel tepi pelamin ada blusher terang giler haa itulah orgnya.
ReplyDeletep/s: makcik, saya masih geram makcik bertanyakan kos mjlis saya dikhayalak ramai.
awn kekadang rs mls nak jemput org mcm cik bedah ni....awn boleh tau sape yg mcm cik bedah ni...tapi apa boleh buat...lantaklah korang...jji anda,saya dan sume bahagia
ReplyDeletegood entry xora! generally, most of the woman mmg pernah jadi cik bedah..n unfortunately ada yg kekal sampai begitu. saya pun pernah jadi cik bedah. tp bila dah melalui persiapan perkahwinan sendiri, baru tahu n sedar betapa jahat dan tak eloknye pemikiran zaman2 jahiliyah dulu.. stop thinking about others and respect them more. kan? well done! (for the good entry.)
ReplyDeletebetul. sampaikan by nak cerita kat belog pun by ragu2. tak berani macam xora. Bukan apa, kita nak share perasaan itu kan xora?
ReplyDeletesangat suke dgn pendapat u la dear...mmg byk manusia mcm tu :)
ReplyDeleteas a reminder to all~ thanks xora~
ReplyDeletehaha.. ni la yg plg sy takut skali nanti.. coz takut x dapat kawal kemarahan je nanti.. tp klu marah pon, bukan nk marah kt org tu, tp terus nangis je.. abis ruin wedding sdiri je kang.. hahah..
ReplyDeletebetul tu...sepanjang buat prep utk kenduri hari tu smpi lah skrg dah kawen 5 bulan, wujud lagi cik bedah ni..kdg2 sy pun boleh jadi emo tp incik hubby selalu pesan,whenver cik bedah dtg...just senyum & xyah ckp pape, lama-lama nnt beliau akan penat ehehhee..
ReplyDeletegood info girl :)
waahh..entry panjang bejela..tapi padat ngan isi..hihihi..iyea..saya pun ngaku pernah terdetik berfikiran begitu..tapi takdelah sampai jadi cik bedah kepochi sampai pakai baju sedonodon sampai kata bermadu ngan pengantin baru tu..huisshh..itu melampau..hukhukhuk..
ReplyDeleteharap takdelah cik bedah2 sekalian bermaharajalela di majlis kite~
like this post! syabas Xora!
ReplyDeleteberdesing telinga tu mmg banyak kali. tangan ringan je nk hinggap apa2 lol (simbolik perasaan ye, bukan btul2..altho kdg2 rs nk buat betul2 juga ada haha)
saya rasa langkah yg terbaik ialah berlaku diplomatik (membantu ke?),
cth if ada org tanya depan2 ramai2 psl cost:
senyum sbb motif dia nk malukan u takkan dapat sebab u jawab "adalah makcik, saya dan keluarga mmg suka n selesa mcm ni. sy dah cukup syukur makcik dpt dtg tgk sy, alhamdulillah" kalau nak, akhiri dengan "sayang makcik kat sy ye, terima kasih datang makcik"
wakaka!
(sambil gelak kuat2 dlm hati)
i think lebih elok kalau dpt pakat dgn keluarga terdekat if ada org2 yg cuba steal spotlight utk remove dia dari site, cth: "eh, Bedah keluar gmbr jp, amik gmbr pengantin dulu baru Bedah join" (hanya applicable kalau mother/father of bride yg ckp, bukan dari mulut pengantin..support kena ada!)
insyaAllah kita bagi can kt pengantin utk syok sendiri di hari mereka ye :D motif majlis pun untuk raikan diorg ;)
suka hati i bagi tips, macam lah i dah kawin!!
ReplyDeleteomg omg tiba2 takut!
hi xora...baca entry ni tiba2 terimbau semula apa yg jadi pd majlis i...xde la kronik sgt..tp wujud la golongan cik bedah ni..i mmg firm kan diri dr ikot ckp cik bedah2 tu...apa yg i nak buat..i buat..tp, kiat sbagai bride, sampai 1 point, akan rs penat sgt nak tepis, tangkis,hadapi semua tu...sampaikan jadi,"lantak ko la..asal aku kawen"....huhu
ReplyDeletepas akad nikah, tdengar bunyi cik bedah ckp "halusnya rantai tu"..(kami sarung rantai as batal air sembahyang)...
masa bsanding, nampak ENCIK BEDAH duk pulun amik bunga pahar kristal saya tu!!!...Skang, kat rumah, xde 1 pun bunga pahar tu yg disimpan tuk dibuat kenangan..Licin!...
Pas mkn beradap, ENCIK BEDAH tu n bini dia habiskan lauk2 pengantin...Adik2 saya ada yg x mkn lauk tu langsung...
Huuu...itu la penangan Encik dan cik bedah....
si kecil likes this! *thumb up*
ReplyDeletehaha..macam dalm facebook. itu cik bedah masa kenduri. cik bedah sebelum majlis pon ada jugak.
may we always have the strong heart & mind to handle this.
i suke entry ni..
ReplyDeletetergelak-gelak i baca kat opis nih..
satu pengajaran yg baik!
2 thumbs up! ;)
pegi mana-mana tetap ade cik bedah ni..xkira majlis kawen ke..kehidupan harian ke..tetap akan ada cik bedah 2..nak x nak terima jela kewujudannya..tp jgn smpi pengantin nek hantu sudah...ade yg kne sumbat mulut ngan hand bouquet..hehe.. =P
ReplyDeleteSalam xora,
ReplyDeleteentri yang sangat bagus..
mintak di jauhkna la dengan orang yang macam ni...
R.I.M.A.S
:)
realiti sekarang!
ReplyDeletemulut orang mana leh tutp kan xora..
sabo je la..
babe..tu la namanya org kita..yg mana mulut bedebah dalam hati ada PHD...alahai..kalau terus2an mcm ni, mmg xmaju la
ReplyDeleteadalah benar post anda. dalam saya pun ada cik bedah. dan saya baru sedar bende tu. sekarang cuba mengelak perkara sedemikian, kawan yang sudah berkahwin, tak nak tanya siapa vendor dan berapa kos kerana akan disalah tafsir when it actual fact, tanya sebab nak buat perkiraan bukan perbandingan. tetapi dek kerana nak menjaga hati kawan-kawan, saya buat survey sendiri tanpa pengetahuan mereka. tapi benar, kadang-kadang kita kata orang. diri kita pun pada masa satu ketika macam tu. kita tak sedar je. awesome post!
ReplyDeleteXora..semua yg awak tulis ni semua betul. Cuma saya bernasib baik sebab masa wedding takde pulak mak bedah ke cik bedah ni. Atau mungkin saya tak perasan.haha..Tapi masa tunang..ada. PAK Bedah namanya. Haha.
ReplyDeleteTapi bagi saya, kalau pengantin itu sendiri tunjukkan keyakinan diri terhadap persiapan yg dia buat, maknanya pengantin lebih dominan dalam hal persiapan..mungkin mak bedah pun jadi segan nak campur tgn.
Mak Bedah ni akan mula tunjuk taring kalau pengantin pun dah mula blurr dgn apa yg harus dibuat. Time tu mereka akn lantik diri sendiri sbg PA pengantin. Hahaha..ngeri!
Apapun..harap-harap wedding kamu tiada la Mak Bedah ke Cik Bedah ke..Chaiyokk Xora!
Eh panjang pulak komen..mcm nk buat entri.hehe
haha..tapi kalo wed ni bukan cik bedah je kuar pak bedah pun ade..mase wed my cs ade laki ni siap gi bukak kotak hp hantaran my cs n slamber ckp "ait kotak je..hp takde..." huhu...x patut sgguh..
ReplyDeletesgt setuju ngan entri ni.. sbb ramai yg berperangai mcm ni tapi mungkin tak disedari huhuhu~~
ReplyDeletesatu lg hot topik dari cik xora..heheh..two thumbs up! rase mcm nk share ngn kengkwn kat fb..bole ke cik xora?
ReplyDeletejust nk share one thing, bab souvenir/door gift tu..i penah terdgr cik bedah yg mrangkap 'kwn biasa2' i..dia siap kata..
"ape la org kawen skrg dok sibuk bagi kerepek la,itu la ini la..mcm2 dlm paperbag..i kalu dpt ceramic ke ape..i rase nk BUANG aje..nak buat ape pun!"...
huh! sgt terserlah ke'cik bedahan'nya..
betul kata cik xora, kalu bagi muffin aje, kate kedekut..tak berbaloi dtg majlis jauh2, susah pyh..tak mghargai tetamu..
tapi kalu bg mcm2, lain pulak katanya..
i sgt kesal bila wujudnya cik bedah2 spesies camni..huhuhu -__-!
hahaha...memang betul...!! sungguh keji kan orang ni...~ngeee
ReplyDeletegood entry la nora..dulu pon aku penah TERbedah sket..tu pun pengaruh kengkwn..tapi bile tgk sendiri betapa kwn ni excited handle majlis kawen die..n berusaha ntuk wedding die nampak perfect..aku jadek insap..n skang aku baik gile dgn orang yang aku TERbedah kan nie..sbb skang die yang dok bagi nasihat kat aku..tp aku mmg kesian la kat die sbb kwn2 aku ade sorg-2 mmg super Bedah Jr..siap amek gambar toilet org tu ok!! semata2 nak sampaikan cerita kat Bedah Sr.
ReplyDeletehaha. i suke la post ni! over excited kot eyh cik bedah ni nak tolong jadi PA si pengantin. tolong buat report semuanya tentang majlis kita. haha.
ReplyDeletebiarkan aja la si bedah dengan mulutnya. tak kan ke mana pun.. yang penting, kita selamat kahwin! =) moga majlis diberkati. itu sahaja.
haha~ tak pernah terfikir psl cik bedah junior sblm baca entry ni. tq for sharing! kena pastikan tak jemput cik bedah bila tiba masanya!
ReplyDeletebleh ke? (-.^)
1- mcm org yg penah ko cite kat aku
ReplyDelete2-erkkkk aku sponsor tart nenas, so haruskah ditarik balik?
3-slalu aku pakai bj sm theme ngan pengantin, wpun xtau theme die ape. kebetulan. tp ko kuning kan nanti?, aku pakai coklat, bj tunang :) motif bgtau awal2-sbb xde duit beli bj baru, so recyle je :)
Bestnyer post nie... Minta dijauhkann.. juga minta hapus dalam diri.. Aminn.. oh,ya.. dah pos ke kad2 jemputannya.. Kalau masih ada dan sudi jemput, ini alamat saya:
ReplyDeleteAZLINDA
17, JALAN P9B/4,
PRESINT 9,
62250 PUTRAJAYA.
Tapi kalau dah setel, takpelah.. saya cuma nervous sebab sendiri bakal langsung 4 dis 2010 ni.. Asyik mengutip ilmu di blog ni, teringin juga nak kenal tuannya. Terima kasih semua yang dikongsi. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ya..